Alhamdulillah, kereta Perodua yang saya beli 9 tahun lepas telahpun habis bayar. Dan ketika saya mahu membuat pembayaran terakhir ansurans bulanan kereta tersebut di Public Bank, pekerja bank di sana telah menyerahkan surat geran kereta tersebut kepada saya. Dan kemudian beliau menyuruh saya untuk ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk proses pembatalan hak milik geran kenderaan secepatnya selepas 5 hari dari saya terima geran tersebut dari pihak bank. Pada asalnya sebenarnya saya agak keliru dengan permintaan tersebut. Ini kerana saya tidak faham kenapa kita kena perlu melakukan batal hak milik terhadap geran kereta kita.
Selepas bertanya rakan, saya fahamlah yang proses batal hak milik geran kenderaan adalah salah satu proses untuk membuang nama pemilik asal kepada pemilik yang baharu iaitu kepada diri kita sendiri. Semasa kita membeli kereta, kita sebenarnya telah membeli secara HUTANG. Oleh kerana kita tiada wang tunai iaitu cash, maka pihak bank akan membeli kereta tersebut secara cash kepada kedai yang menjual kereta. Ini bermakna, kereta tersebut adalah hak milik pihak bank. Jadi kita pula membeli secara hutang dengan pihak bank. Jelas?
Proses Pembatalan Hak Milik Geran Kenderaan Di JPJ
Selepas kita habis bayar hutang kita kepada pihak bank, maka proses tukar nama perlu dilakukan iaitu tukar nama pemilik kereta tersebut dari pihak bank kepada nama kita sendiri. Dan proses inilah yang kita sebut sebagai tukar atau pindah atau batal hak milik geran kenderaan. Dan saya sendiri baru sahaja melakukan selepas saya mendapat geran tersebut dari pihak bank. Berapa lama masa perlu buat tukar hak milik geran kereta ini? Bila bila masa pun boleh. Ada rakan saya yang buat selepas setahun. Namun, lebih cepat lebih baik.
Adakah proses untuk batal dan pindah hak milik geran kenderaan di JPJ cepat atau lambat. Dari pengalaman saya tadi, prosesnya hanya ambil masa 5 minit sahaja. Ambil nombor giliran, tunggu nombor dipanggil, berikan geran kenderaan kereta anda di kaunter dan pihak JPJ akan semak, turunkan tanda “cop batal” dan selesai. Mudah sahaja. Jangan bimbang prosesnya sangat sekejap sahaja.
Mungkin ada yang akan bertanya, selepas kita habis bayar loan kereta kita, di manakah kita perlu pergi untuk ambil dan dapatkan geran kereta kita? Jawapannya adalah mudah. Anda perlu pergi ke bank yang anda buat loan dulu. Kalau anda buat loan kenderaan di Public Bank Penang, maka anda perlu minta geran anda kepada bank cawangan ini. Ini kerana pihak bank cawangan inilah yang membeli dan menyimpan geran kereta anda. Jelas?
Sebenarnya saya pernah melakukan pembatalan hak milik motosikal sebelum ini. Ianya sama sahaja dengan kereta. Yang perlu anda lakukan adalah dengan membawa geran motosikal yang telah diberikan oleh kedai motor dan bawanya ke pejabat JPJ yang berdekatan dengan tempat anda. Pergi ke kaunter ambil nombor dan katakan anda mahu membuat “batal hak milik” bagi motor yang telah habis bayar. Tidak perlu mengisi borang. Cukup dengan hanya ambil nombor giliran dan berikan kepada pekerja JPJ yang memanggil anda. Proses selepas tidak sampai 1 minit pun. Dan selepas itu surat geran motosikal anda akan dicop dengan tanda “BATAL MELALUI SISTEM FIS”. Selesai. Mudah bukan
Bagaimana kalau dulu anda beli kereta dengan Public Bank di Johor dan kini anda tinggal di Pulau Pinang? Tidak perlulah anda bersusah payah untuk ke Johor semata mata untuk ambil geran kereta anda itu. Yang perlu anda lakukan adalah menelefon cawangan bank di sana untuk menghantar geran kenderaan anda ke cawangan bank di Penang di tempat tinggal anda. Mudah bukan?. Saya harap anda sudah tahu sebab kenapa anda perlu melakukan proses tukar dan batal hak milik geran kenderaan anda ya. Bye.