Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Cara MNP Simkad OneCALL
    Fintech

    Cara MNP Simkad OneCALL

    adminBy admin03/08/2024No Comments5 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    MNP adalah singkatan kepada perkataan “Mobile Number Portability”. Ianya adalah proses untuk berpindah dari telco lama kepada telco yang baru tanpa menukar nombor telefon yang lama. Mudah cerita, MNP adalah proses untuk kekal nombor lama di dalam network rangkaian telekomunikasi yang baru. Saya kini adalah pengguna simkad postpaid Unifi. Dan berhasrat untuk menggunakan simkad prepaid OneCALL. Jadi saya perlu melakukan proses MNP simkad OneCALL. Bagaimana? Ikuti panduan yang saya sediakan ini untuk anda ikuti.

    Pertama sekali anda kena faham, telco OneCALL adalah menggunakan network rangkaian dari TuneTalk. Dan anda kena faham yang TuneTalk menggunakan rangkaian Celcom. Dan anda juga kena faham yang Celcom sedang dalam proses menggabungkan syarikat telekomunikasi mereka dengan rangkaian Digi. Dengan kata lain, ketika anda menggunakan simkad OneCALL, rangkaian network anda sebagai pengguna adalah CelcomDigi selepas penggabungan selesai 100%. Jelas? Faham?

    Pek kad simcard prepaid OneCALL
    Pek kad simcard prepaid OneCALL

    Cara Kekal Nombor Lama Kepada Simkad OneCALL

    Saya tidak berminat bercerita panjang lebar berkenaan OneCENT. Kalau anda belum faham, sila klik link tentang OneCENT yang saya kongsikan di atas ini ya. Sila klik dan baca kaitan antara OneCENT dan juga OneCALL. Saya ringkaskan begini. OneCENT adalah program dan ianya  adalah aplikasi untuk smartphone. Dan OneCALL pula adalah simkad. Jadi untuk anda mengunakan simkad OneCALL, anda WAJIB untuk install dan daftar melalui aplikasi OneCENT. Harap maklum. Saya teruskan kepada topik kita yang utama iaitu berkenaan cara untuk MNP simkad OneCALL.

    Panduan Port Out MNP Simkad OneCALL

    • [ Panduan Daftar OneCENT ] – Sila baca panduan step by step cara register OneCENT di sini
    • [ Panduan Beli & Aktif Simkad OneCALL ] – Sila baca panduan step by step cara beli dan aktifkan simkad OneCALL di sini
    • Anda kena buat dan selesaikan proses kedua dua di atas ini terlebih dahulu. Dengan kata lain, anda sedang menggunakan 2 simkad yang aktif. Simkad pertama adalah simkad lama dengan nombor telefon yang lama. Simkad kedua adalah simkad baru (OneCALL/TuneTalk) dengan nombor telefon yang baru.
    • Cumanya step seterusnya adalah anda mahu, untuk guna dan kekal nombor telefon anda yang lama kepada simkad OneCALL anda. Dan proses ini namanya adalah proses untuk MNP. Jelas? Faham?
    • STEP 1 : Muat turun dan install aplikasi TuneTalk terlebih dahulu;
      • [ Android ] – download aplikasi TuneTalk untuk pengguna smartphone android di sini
      • [ iOS ] – download aplikasi TuneTalk untuk pengguna smartphone iOS di sini
    • Sila buka (open) aplikasi TuneTalk
    • Sila masukkan nombor telefon OneCALL atau scan sahaja barcode simkad OneCALL anda dan kemudian sila klik “Login with OTP”
    • Sistem app TuneTalk akan detect dan kemudian sila pilih mode OTP samada melalui SMS atau email.
    • Anda akan dapat nombor OTP dan akan secara automatik login ke dalam aplikasi TuneTalk
    Cara untuk tukar dari telco lama kepada network rangkaian TuneTalk
    Cara untuk tukar dari telco lama kepada network rangkaian TuneTalk
    • Sila klik pada “More” dan klik pada “Extra Services”
    • Sila klik pada “Switch to Tune Talk”
    Current Telco provider adalah line network rangkaian dari Telco lama
    Current Telco provider adalah line network rangkaian dari Telco lama
    • Anda perlu pilih “Current Telco Provider” iaitu line yang anda gunakan sekarang dari nombor lama. Saya kes saya, saya mahu beralih dari Unifi kepada OneCALL. Jadi saya pilih Unifi Mobile
    Switch to adalah proses untuk MNP kepada simkad OneCALL (TuneTalk)
    Switch to adalah proses untuk MNP kepada simkad OneCALL (TuneTalk)
    • Sila klik pada “Add Mobile Number” dan masukkan nombor telefon;
      • Unifi : nombor telefon lama yang saya mahu kekalkan
      • TuneTalk Number : nombor telefon simkad OneCALL
    • Selepas siap, sila klik “Confirm” untuk sahkan
    • Kemudian anda akan dipaparkan dengan detail berkenaan info nombor telefon lama saya dari Unifi akan dipindahkan kepada nombor telefon baru simkad OneCALL (TuneTalk).
    • Jika info detail yang dipaparkan adalah betul, sila klik “Submit Now” dan klik “Confirm” untuk sahkan sekali lagi untuk berpindah kepada line rangkaian network TuneTalk
    Contoh sebenar SMS port out untuk MNP simkad OneCALL untuk kenal nombor telefon lama
    Contoh sebenar SMS port out untuk MNP simkad OneCALL untuk kenal nombor telefon lama
    • STEP 2 : Dalam masa 24 JAM anda akan terima sms berkenaan permohonan anda untuk keluar dari telco lama. Dan proses ini dinamakan sebagai “Port Out”. Sila reply kembali sms berkenaan dengan mengikuti arahan yang tertera
    • SILA BUAT DENGAN CEPAT!!!!!
    • Dalam kes saya, saya dapat sms arahan untuk samada bersetuju untuk port out pada pukul 2.30 PM. Dan saya perlu reply arahan sms tersebut sebelum pukul 4.30 PM pada hari yang sama. Jadi kena alert dan cepat buat. Jika lambat, memang kena buat dan ulang step di apps TuneTalk sekali lagi. Memang ini adalah amalan yang biasa pihak Telco lakukan supaya kita susah untuk berpindah telco. Biasalah mereka mestilah hendak kekalkan pelanggan mereka kalau boleh.
    • Jika tidak ada apa apa masalah terutamanya tiada bil telco tertunggak, permohonan untuk keluar (port-out) akan berjaya tanpa masalah dalam 24 jam juga.
    • Simkad lama saya iaitu Unifi Mobile telah menjadi tidak aktif iaitu tiada signal
    • Dan simkad OneCALL (TuneTalk) saya telah digantikan dengan nombor yang lama iaitu nombor yang saya mahu bawa dan kekal dari Unifi sebelum ini.
    • Hanya selepas ini sahajalah baru anda boleh melanggan subscribe pakej plan telco yang OneCALL tawarkan.
    • Jelas? Faham? Selamat mencuba!!!.

    Akhir sekali, kenapa kena install dan gunakan aplikasi TuneTalk? Sebab simkad OneCALL memang menggunakan rangkaian dari TuneTalk. Jadi segala proses untuk kekal nombor lama memang kena melalui aplikasi TuneTalk. Tetapi di masa depan mungkin pihak OneCALL akan bawa fungsi tersebut boleh dilakukan melalui aplikasi OneCENT pula. Mana tahu. Kalau anda masih belum jelas, tonton sahaja video di atas ini iaitu panduan bagaimana cara untuk MNP simkad OneCALL. Selamat mencuba. BYE!!!.

    Kekal Nombor Lama OneCALL Kekal Nombor Lama Simkad OneCALL MNP OneCALL MNP Simkad OneCALL Port Out OneCALL Port Out Simkad OneCALL
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Invois untuk beli kereta dari direct owner

    Invois Beli Kereta Direct Owner

    09/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.