Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Apa Itu Web 3.0
    Fintech

    Apa Itu Web 3.0

    adminBy admin27/08/2024No Comments4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Apa itu Web1? Generasi pertama internet adalah zaman ketika Yahoo, MSN, Netscape, Aol, Internet Explorer, Google dan lain lain. Website pada ketika ini hanyalah sebagai tempat membaca sahaja. Kita tidak boleh memasukkan data input atau kurangnya interaksi yang meluas. Interaksi hanya sehala. Hanya tempat mencari maklumat sahaja. Ringkasan, ianya adalah salah satu laman web berbentuk statik. Tujuan hanya memberi maklumat sahaja.

    Dan selepas itu era Web2 pula muncul. Era ini adalah era di mana adanya media sosial seperti Wikipedia, Skype, Facebook, Twitter, Youtube dan banyak lagi. Kita boleh memasukkan banyak input data untuk perkongsian sharing dan revolusi bisnes online pun berkembang dengan pesat pada ketika ini. Interaksi boleh dilakukan secara dua hala, sebuah sistem terbuka dan sesiapa sahaja boleh berkongsi maklumat. Sejak 10 tahun lalu sehingga kini adalah zaman yang dikatakan sebagai Web2. Dan kita masih di dalam era ini. Cumanya era ini akan diteruskan dengan perkembangan internet web yang terbaru iaitu Web3.

    Cara login Web3
    Cara login Web3

    Web3 Adalah Web 3.0

    Ramai tidak sedar yang kita sebenarnya sedang bergerak ke arah INTERNET WEB GENERASI KE-3 atau lebih dikenali sebagai WEB3!!!. Iaitu satu keadaan data yang besar secara tidak terpusat (decentralized) terbentuk. Dan salah satu teknologi yang memain peranan penting dalam ekosistem Web3 adalah teknologi rantaian blok yang dikenali sebagai BLOCKCHAIN. Dari sini timbullah teknologi Artificially Intelligence (AI), Cryptocurrency, NFT dan banyak lagi.

    • Web 1.0 Login – sign in menggunakan Username dan Password
    • Web 2.0 Login – sign in menggunakan akaun Google, Facebook, Twitter dan lain lain
    • Web 3.0 Login – sign in menggunakan Web3 ID, Digital Wallet, Public Key, Private Key dan lain lain

    Anda masih kurang jelas? Mari saya simple kan lagi. Anda pernah dengar tentang AI? Blockchain? Bitcoin? Krypto? Jika ya, itulah dia generasi bagi Web3. Ya ramai akan berasa benda ini adalah scam. Sebab utama kenapa anda berasa sedemikian adalah kerana anda tidak faham. Itu sahaja sebabnya. Tahukah anda sebenarnya benda benda yang saya sebutkan tadi adalah berkenaan tentang perubahan teknologi sahaja. Dengan kata lain, mahu tidak mahu, kita sebenarnya kena ambil tahu sebab selepas ini kita akan hidup dan gunakan teknologi berkenaan samada suka atau tidak. Keras? Itulah hakikatnya.

    Keratan akhbar berkenaan teknologi Digital ID Malaysia guna kriptografi
    Keratan akhbar berkenaan teknologi Digital ID Malaysia guna kriptografi

    Kerajaan PMX pun baru sahaja memperkenalkan Digital ID Malaysia betul? Cuba baca keratan akhbar di atas ini. Ada tulis kryptografi atau cryptography atau teknologi crypto. Anda masih rasa ianya scam? Terpulang. Kita sebenarnya sudahpun berada di dalam transisi dari Web2.0 kepada Web3.0. Blockchain bukanlah satu satunya teknologi selepas ini. Ianya hanyalah salah satu teknologi terpenting selepas ini. Memang kena ambil tahu. Kalau tidak anda akan ketinggalan.

    Web 3.0 hanyalah nama yang diberikan untuk menunjukkan perubahan era satu satu teknologi itu. Di dalam dunia Web3 itu diasaskan oleh sistem ledger rantaian blok iaitu Blockchain. Dan dari sinilah dikembangkan teknologi yang berkaitan yang membawa manfaat seperti NFT, MetaVerse, Smart Contract, Crypto token, AI Pembelajaran Mesin, Big Data dan lain lain.

    Data input Web 3.0 berdasarkan decentralized sistem
    Data input Web 3.0 berdasarkan decentralized sistem

    Apa maksud decentralize? Decentralized bermaksud tidak terpusat. Data data ini akan menyebar ke seluruh sistem blockchain. Saya tidak berhasrat bercerita panjang lebar berkenaan blockchain decentralized ini. Cukup untuk beritahu anda yang ini juga adalah salah satu kelebihan di dalam Web3 ini. Harap maklum.

    Beli Aset Digital

    • [ LUNO ] – sila klik website ini, daftar dan login.
    • Sila deposit duit di akaun Luno anda menggunakan online banking
    • Boleh mulakan trade beli dan jual bitcoin secara sah di Malaysia
    • DONE!!!

    Adakah saya sudah dan pernah beli crypto aset digital? Jawapannya adalah YA. Adakah saya faham berkenaan AI? Jawapanya adalah YA. Adakah saya faham tentang NFT? Jawapannya adalah YA. Adakah saya faham tentang Blockchain? Jawapannya adalah YA. Jadi adakah saya faham tentang Web3? Sudah tentu adalah ya. Cumanya saya bukanlah faham 100%. Hanya faham asas sahaja. Mungkin 30% sahaja. Saya ulang sekali lagi. Apa itu Web3? Ianya cumalah sebuah perubahan teknologi yang ada kaitan dengan bagaimana cara kita berinteraksi dengan data. Sebab itulah adanya decentralized dan blockchain. BYE!!!.

    Web 3 Web 3.0 Web3
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Duit hasil jual kereta menggunakan invoice kedai used car akan disburse ke kedai used car terlebih dahulu

    Duit Hasil Jual Kereta Kepada Direct Buyer Melalui Kedai Used Car

    20/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.