Saya pernah menulis dan berkongsikan tentang Cara Beli Kereta Recond Jepun sebelum ini di link ini. Perkongsian tersebut adalah perkongsian asas berkenaan dunia kereta terpakai berkualiti yang ianya diimport masuk ke dalam pasaran Malaysia dari luar negara iaitu dari negara UK dan juga Jepun. Dan pada artikel kali ini saya akan berkongsikan tentang bagaimana hendak mengetahui yang kereta recond yang anda beli itu benar benar berkualiti? Sebab banyak sahaja kes pembeli kereta import terpakai kecewa kerana keadaan kereta yang dibeli tidak seperti diiklankan.
Secara asasnya begini. Kereta baru import yang dibawa masuk ke pasaran Malaysia disebut sebagai Complete Build Unit (CBU). Dan kereta ini dibawa masuk oleh syarikat automotif di Malaysia sendiri. Contoh, ada model Honda Civic yang belum dijual di Malaysia kerana belum ada lagi proses pemasangan dilakukan di Malaysia. Maka pihak Honda akan membawa masuk model awal ini yang dibuat dan dipasang di Jepun untuk dijual di Malaysia. Selepas kilang pemasangan Honda Civic siap, maka pengeluaran seterusnya adalah dari Malaysia kerana ianya dibina dan dipasang dari kilang di Malaysia yang disebut sebagai Complete Knocked Down (CKD). Jelas? Faham?
Panduan Membeli Kereta Recond Mewah Berkualiti
Penjelasan di atas adalah berkenaan model kereta yang memang akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia. Kalau anda berminat dengan model yang tidak ada dijual di Malaysia, maka anda terpaksa membeli kereta berkenaan melalui pemegang lesen permit import/eksport (AP) yang mempunyai hak menjual kereta import mewah terpakai dari luar negara di Malaysia. Dengan kata lain, orang Malaysia memang tidak boleh membeli kereta baru dari luar negara yang tidak masuk ke pasaran Malaysia. Yang boleh adalah beli kereta luar negara yang tidak ada dipasaran Malaysia tetapi dalam status terpakai (recond) sahaja dibenarkan. Jelas? Faham?
Berbalik kepada persoalan, macam mana hendak tahu kereta recond yang kita hendak beli itu bagus dan berkualiti? Mudah. Jom saya berikan panduan kepada anda. Sebelum itu saya ingin beritahu anda yang tidak semua kedai yang menjual kereta recond mengamalkan praktis amalan yang sama untuk kepuasan pelanggan mereka. Saya cuma beritahu apakah kelebihan jika anda membeli kereta recond dari kedai kami. Jom teruskan pembacaan.
Auction Report (Grade)
Majoriti kereta recond yang dibeli, diimport dari Jepun dan dibawa masuk ke pasaran Malaysia adalah kereta yang didapatkan melalui proses pembidaan. Dan setiap kereta yang dijual semasa proses bidding dilakukan telah disekalikan dengan status semasa keadaan kereta berkenaan. Dan status keadaan semasa kereta berkenaan dipaparkan di dalam laporan auction report yang disekalikan dengan skor gred. Di atas ini adalah contoh sebenar auction report dari Jepun yang memaparkan kondisi kereta sebagai 4.5. Dengan kata lain, gred kereta recond ini adalah berskala markah 4.5/5 iaitu terbaik.
Mesti akan ada yang tanya, untuk kereta recond, gred apa yang bagus? Saya boleh galakkan anda membeli kereta recond dengan gred 3, 3.5, 4, 4.5 dan 5. Kereta recond dengan gred R adalah kereta yang telah kemalangan (accident) dan dibaiki semula atau telah di modified secara besar besaran. Jangan risau, setiap gred akan dijelaskan secara terperinci dan kenapa kereta recond tersebut di grade sedemikian.
Scrut Kereta Recond (Detail Info)
Tetapi pastilah laporan auction report dari Jepun tidak akan difahami oleh orang Malaysia kerana ianya ditulis dalam bahasa dan tulisan Jepun. Di Malaysia ada pihak yang menjalankan servis untuk semak kondisi dan maklumat kesahihan sejarah kereta berkenaan dan di paparkan di dalam bahasa Malaysia. Tujuan utama adalah untuk anda melihat sendiri info sejarah servis dan keadaan kereta tersebut samada ada sejarah kemalangan atau tidak. Dan anda boleh lihat sendiri maklumat jika ada part yang rosak dan apa yang telah ditukar dan pernah dibaiki. Dan info seperti ini sangat berguna untuk anda selaku pembeli samada mahu terus pembelian atau tidak. Dan servis ini ditawarkan oleh pihak Scrut. Terbaik.
Reconditioned
Ada orang tanya, apa maksud kereta recond. Saya ringkaskan begini. Kereta recond adalah KERETA TERPAKAI dari luar negara yang dibawa masuk ke pasaran Malaysia untuk dijual. Biasanya kereta recond yang dijual di Malaysia dari jenis kereta mewah lah. Contohnya macam kereta Toyota Alphard. Dan kereta recond berbeza dengan kereta terpakai yang dijual di Malaysia. Berbeza dari segi bagaimana ianya dibaiki dan dibaik pulih. Kereta terpakai di Malaysia kita sebut sebagai kereta second hand. Kereta recond pula adalah dari perkataan reconditined iaitu diperbaharui. Maknanya kereta recond adalah kereta terpakai yang diperbaharui dan jadi macam kereta baru. Jelas? Faham?
Di mana hendak beli kereta recond UK dan Japan spec di Malaysia? Kena beli di kedai yang menjual kereta recond lah. Haha. Tapi ada banyak kedai yang jual kereta recond. Cumanya kami adalah salah satu ejen yang menjadi wakil kedai kedai yang ada menawarkan dan menjual kereta recond. Jadi apa kelebihan beli kereta recond dari kami?
Kenapa Kena Beli Kereta Recond UK/Japan Dengan Kami?
- Syarikat bumiputera
- Ada banyak pilihan kereta
- Ada jaminan warranty selama 8 tahun
- Di sediakan laporan keadaan kereta dari Auction Report & Scrut (grade kereta)
- Boleh buat full loan
- Boleh test submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja.
Sebenarnya yang paling penting adalah, anda kena memastikan yang kedai kereta terpakai import recond ini mempunyai lesen AP yang masih aktif. Kita tidak mahulah anda beli kereta sebab teruja dan mahu cepat cepat dapat beli kereta recond idaman anda. Last last kereta ada problem, bila semak semula tidak boleh buat tuntutan claim sebab lesen import permit AP sudah tamat atau tidak diperbaharui. Yang paling penting, kereta recond kami menawarkan jaminan warranty selama 8 tahun yang mana kebanyakkan kedai import recond memang tidak ada menawarkan jaminan warranty yang sebegini lama.
Akhir sekali, kereta recond grade apa sesuai beli? Kalau saya, saya lebih memilih untuk membeli kereta recond dari gred dengan skor 4, 4.5 dan 5 lah. Sebab apa? Sebab kereta recond walaupun telah di reconditioned, ianya tetap adalah sebuah kereta terpakai. Cumanya ianya berkualiti lah. Jadi dah alang alang beli kereta import terpakai walaupun ianya berkualiti, sudah tentu tidak akan sama 100% dengan yang baru. Jadi belilah kereta dengan score 4 dan ke atas. Namun ini adalah pendapat saya sahaja. Terpulang.
Jom Submit Loan Kereta Recond Secara Online Sekarang!!!
- FOR PERSONAL BUYER
- IC depan belakang
- Lesen memandu depan belakang
- Slip gaji 3 bulan terbaru
- Bank statement 3 bulan terbaru
- FOR COMPANY
- Director IC Photocopy
- SSM
- Latest 6 Month Bank Statement
- Company Registration / Form 24, 49 / M&A
- Income Tax Receipt
Apa apa masalah berhubung penyediaan dokumen boleh berbincang dengan sales advisor kami. ANDA AKAN DIHUBUNGI OLEH PIHAK BANK MELALUI CALL @ WHATSAPP BERKENAAN DOKUMEN UNTUK TUJUAN PENGESAHAN.
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta recond dan submit dokumen untuk loan bank termasuk detail info anda selaku buyer.
Jika anda hendak mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut berkenaan apa apa jenis model kereta kereta recond Jepun ini, sila contact saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Saya boleh berikan gambar kereta termasuk harga. Berkenaan jumlah bayaran bulanan pula, saya akan minta sales advisor untuk bercerita lanjut dengan anda. Mesej sahaja saya melalui Whatsapp di atas ini ya. Dan pihak kami juga boleh untuk hantar kereta recond tersebut terus ke alamat rumah anda di seluruh semenanjung Malaysia jika mahu dengan kos penghantaran ditanggung 100% oleh anda. Selamat membeli kereta recond import terpakai yang berkualiti tinggi dari kami. BYE!!!.