ScrutPertama sekali kena faham APA ITU SCRUT? Scrut adalah singkatan kepada perkataan “scrutinising” yang membawa maksud melakukan pemeriksaan (examine) dan juga selidik (inspect). Scrut adalah platform yang menawarkan laporan penuh berkenaan SEJARAH LELONGAN & SEJARAH KENDERAAN dari Jepun dan juga UK. Mudah cerita untuk anda semak check rekod asal kereta tersebut secara online. Dan apa kaitan Scrut dengan beli kereta terpakai atau lebih tepat lagi berkenaan kereta import terpakai yang dikenali sebagai kereta recond.
Pembaca sekalian, kita hendak semak keadaan condition kereta kalau kita beli kereta terpakai (second hand) samada ada sejarah kemalangan, sejarah kerosakkan, sejarah baik pulih dan sebagainya. Dengan maklumat tersebut akan membantu kita untuk membuat keputusan samada kereta tersebut patut dibeli atau tidak. Kalau beli kereta terpakai (recond) yang di import dari luar negara macam mana hendak tahu samada kereta tersebut masih ok atau tidak? Jadi apa maklumat yang kita boleh dapat berkenaan kereta tersebut.
SCRUT – Servis Semak Condition Kereta Recond
Majoriti kereta recond yang dibawa masuk ke pasaran Malaysia adalah melalui pusat lelongan (auction) di Jepun. Di Jepun, setiap kereta yang di lelong memang akan disediakan laporan berkenaan grade kereta termasuk dengan keadaan condition semasa kereta berkenaan. Biasanya dealer penjual kereta import terpakai di Malaysia hanya memberitahu sahaja yang kereta recond yang mereka jual itu adalah berkualiti dan dalam keadaan baik. Kalau kena tipu pusing reset meter (odometer) jarak perbatuan (mileage) pun bukannya anda akan tahu. Tetapi macam mana anda hendak tahu dengan pasti? Dengan adanya Scrut, anda boleh mendapatkan dan membeli Laporan Lelong (Auction Report) dengan harga RM60 sahaja.
Cara Dapatkan Chassis Number Kenderaan
Nombor casis adalah nombor bagi badan (body) kenderaan anda. Setiap pengeluar kenderaan akan memberikan sekali dengan Nombor Casis dan juga Nombor Enjin bila kereta tersebut dijual. Maklumat ini ada pada geran kenderaan tersebut. Dengan kata lain, ianya maklumat yang tidak boleh ditipu ketika dijual. Kalau anda beli kereta terpakai atau recond, anda boleh dapatkan info berkenaan 2 maklumat ini. Lihat geran dan check sendiri pada kenderaan. Kalau sama, maka ianya adalah kereta dengan part yang asal. Dengan kata lain, anda tahulah yang kenderaan tersebut adalah original dan bukannya telah diubah suai.
Contoh. Kalau anda mahu beli kereta recond contohnya Toyota Voxy berwarna putih seperti gambar pertama di atas di kedai Ahmad. Sila minta nombor chasis kereta tersebut dari kedai tersebut. Jika mereka tidak mahu beri, ada kemungkinan mereka mahu sorokkan maklumat yang mereka tidak ingin anda ketahui. Bagi saya ianya adalah petanda redflag untuk anda elak beli kereta tersebut. Kalau mereka beri, maka mereka jujur. Anda boleh boleh gunakan maklumat info nombor chassis ini untuk membuat semakan tentang rekod kereta tersebut secara online. Bagaimana ingin semak? Ikut panduan di bawah ini.
Ada orang tanya, apa itu VIN number? VIN adalah singkatan kepada Vehicle identification number. Jadi Vin number dengan Chassis number sama atau tidak? Jawapannya adalah ianya adalah sama sahaja. Jelas? Faham?
Cara Semak Auction Report Online
- [ Scrut.my ] – Sila klik link ini dan masuk ke website rasmi Scrut Malaysia
- Sila daftar dan beli kredit terlebih dahulu. Sila beli credit berdasarkan servis report yang ada mahukan. Nasihat saya, sila terus beli kredit topup RM100 sekaligus.
- Masukkan nombor casis yang tertera pada body bingkai kereta atau Nombor Pengenalan Kenderaan (VIN). Seperti gambar kedua di atas ini, info “Frame No” juga bermaksud ianya adalah casis number. Harap maklum.
- Pilih laporan dengan imej/foto yang sepadan dengan nombor casis anda.
- Buat pembayaran guna credit yang anda telah beli sebelum ini.
- Dapatkan laporan dengan segera dalam tempoh 24 jam.
- Laporan (report) yang anda mahukan akan tertera terus di dalam dashboard akaun scrut anda.
- Done.
Selepas anda memasukkan nombor chasis kenderaan anda dan buat semakan, dan laporan akan dihantar terus kepada anda dalam tempoh 24 jam. Mudah dan pantas. Sebab itulah kenapa anda kena ada nombor casis kereta recond yang anda mahu beli tersebut. Ini adalah salah satu cara selamat agar anda beli kereta recond yang berkualiti dengan grade tinggi.
Ketika saya melakukan semakan melalui Scrut untuk mendapatkan auction report kereta recond Toyota Voxy ini, ianya di paparkan dalam bahasa Jepun dan ianya berharga RM60. Untuk maklumat anda, di Jepun proses lelongan adalah terperinci. Mereka telah buat semakan detail lengkap berkenaan keadaan kereta tersebut dan berikan grade siap siap. Dan saya nasihatkan anda untuk beli report tambahan yang berharga RM40 untuk pihak scrut buatkan satu salinan baru di dalam bahasa Malaysia untuk memudahkan anda faham. Sebab itu saya suruh anda siap siap beli credit bernilai RM100. Terpulang.
Apa Ada Dalam Auction Report Scrut
- Boleh semak dan dapatkan latar belakang kereta recond
- Info jarak mileage KM ketika ianya dijual
- Gred kenderaan antara A-E
- Spesifikasi & keadaan kereta
- Gambar ketika lelongan
- Harga jualan di jepun
Tiada Data Rekod Report Kereta Recond
Ada keadaan di mana anda tidak mendapatkan apa apa maklumat berkenaan kereta recond yang anda ingin beli. Sebabnya hanyalah satu sahaja iaitu kereta import terpakai yang ingin anda beli itu tidak dibawa masuk melalui proses lelongan (auction) samada dari Jepun atau UK. Maksudnya apa? Ianya kemungkinan dibeli terus melalui dealer dari peniaga di kedai kereta terpakai di negara terbabit. Jadi memang tidak ada sejarah lelongan dan seterusnya memang tidak akan ada data tentang kondisi keadaan kereta berkenaan. Terpulang samada anda ingin teruskan beli atau tidak.
Kedai yang menjual kereta import terpakai memang ramai yang kurang beretika ketika menjual kereta dari kedai mereka. Kereta ada rekod kerosakkan kemalangan yang teruk pun cakap kereta mereka bagus dan dalam keadaan yang baik. Jadi macam mana kita hendak tahu samada kereta tersebut benar benar dalam kondisi yang baik dan selamat dipandu atau tidak? Caranya adalah dengan mendapatkan laporan report kereta berkenaan. Di mana hendak dapatkan report kereta recond di Malaysia yang sahih? Caranya adalah dengan melalui servis yang ditawarkan oleh pihak Scrut. Tagline mereka adalah Get SCRUT before WE get SCREWED!. Selamat mencuba. BYE!!!.