Jujur dengan saya! Kalau anda demam, batuk, selsema atau apa sahaja sakit. Anda akan mendapatkan rawatan di klinik kerajaan. Macam biasalah, jauh dan juga lama hendak tunggu giliran. Kalau ke klinik swasta pula, cepat sedikit tetapi kena bayar pula. Paling murah pun RM50. Biasanya RM80 lah paling rendah. Dan terlalu biasa RM100 dan ke atas kalau dapat banyak ubat. Kalau anak sakit, lagilah mahal. Pergi klinik pakar specialist, siaplah bil RM200 dan ke atas. Itu adalah biasa.
Kalau anda sakit teruk, ada kad perubatan (medical card), wajib kena ke klinik panel terlebih dahulu. Jika sakit tersebut perlu untuk mendapatkan rawatan lanjut ke hospital swasta, klinik panel akan berikan surat rujukan (referral letter). Lepas tu baru boleh ke hospital. Tapi semasa anda buat checkup di klinik swasta walaupun panel, anda kena bayar ya. RM100-RM200 adalah biasa. Kalau anda tiada atau tidak cukup duit macam mana? Pernah kena situasi macam ini.

Bayar Bil Outpatient Di Klinik Swasta Cuma RM10 Dengan WE KONGSI
Haaaa. Sebab itulah saya ingin perkenalkan anda dengan program outpatient dari We Kongsi ini!!! Apa benda alah “outpatient” ini? Apabila anda mendapatkan rawatan di hospital, anda pasti biasa nampak akan perkataan “Pesakit Luar” betul? Itulah dia maksudnya. Sesiapa yang mendapatkan rawatan perubatan samada di klinik atau hospital dan tidak tidur di dalam wad hospital, maka anda dikira sebagai pesakit luar atau outpatient lah. Jelas? Faham? Jadi apa kena mengena program outpatient dari We Kongsi dengan tajuk kita pergi klinik swasta dan cuma perlu bayar RM10 SAHAJA? Betul kah? Ye betul!!!.
Pertama kali sila klik dan faham kan dulu apa itu We Kongsi. Saya malas hendak cerita panjang lebar berkenaan We Kongsi. Sila klik dan baca dulu ya kalau hendak faham tentang program WeKongsi ini.
Tadi di atas kan saya ada cerita step bagaimana untuk admit masuk ke hospital swasta betul tidak? Anda wajib ke klinik swasta dan kemudian dapatkan referral letter. Lepas dapat surat rujukan, barulah anda boleh ke hospital untuk proses seterusnya betul tidak? Masalahnya bukan semua orang ada duit ketika kecemasan. Sudahlah sedang sakit, tidak cukup duit pula untuk ke klinik swasta.
Bagaimana kalau anda sakit, tapi tidaklah sampai perlu mendapatkan rawatan di hospital atau dimasukkan ke wad. Anda cuma perlu dapatkan rawatan dan ubat di klinik swasta sahaja. Pun kena ada duit betul tidak? Jadi di sinilah kelebihan We Kongsi!!!!!!!!
Jika anda menjadi ahli We Kongsi, anda juga diberikan kelebihan untuk mendapatkan rawatan pesakit luar (outpatient) di klinik swasta yang menjadi panel kepada We Kongsi. Tidak kisahlah berapa pun bil yang anda kena bayar, dengan We Kongsi, anda hanya perlu BAYAR RM10 SAHAJA!!!. Ye betul. Bukan scam!
We Kongsi adalah program perkongsian bil perubatan hospital swasta. Sama macam medical card. Cumanya medical card adalah program insurans. Sedangkan WeKongsi adalah program perkongsian bil perubatan hospital dalam bentuk komuniti. Dan kelebihan We Kongsi berbanding medical card adalah, anda boleh mendapatkan rawatan perubatan di klinik swasta dengan bayaran RM10 sahaja. Berbaloi bukan?

Untuk pengetahuan anda, syarikat insurans seperti AIA, Etiqa, Takaful, Great Eastern, Prudential dan lain lain termasuk WeKongsi hanyalah sebuah program sahaja. Dan pihak yang akan luluskan guarantee letter adalah TPA itu sendiri. Di atas ini adalah contoh sebenar senarai TPA yang ada di Malaysia. Hendak semak samada klinik swasta tersebut bekerjasama dengan TPA kita atau tidak mudah sahaja. Di pintu cermin hendak masuk ke klinik berkenaan biasanya ada dilekatkan jenis TPA yang di support di klinik tersebut.

Jadi bila anda ke klinik, janganlah cakap yang anda mahu gunakan We Kongsi. Mereka tidak kenal pun. Oleh kerana program We Kongsi menggunakan TPA dari eMAS, maka anda beritahu staff klinik bahawa anda mahu mendapatkan rawatan di klinik tersebut menggunakan TPA dari eMas. Anda beritahu sahaja kad pengenalan anda atau anak anda yang anda register di WeKongsi. Mereka akan buat semakan di sistem eMas dan jika ada nama tersebut, maka anda akan dibenarkan untuk mendapatkan rawatan di klinik tersebut. Jelas? Faham?
Saya kerja di sebuah kilang. Kilang menawarkan benefit kesihatan dari sebuah syarikat insurans. Bila saya ke klinik, maka saya beritahu yang saya mahu gunakan panel dari TPA MediLink-Global. Mereka check dan lulus. Sama juga halnya dengan We Kongsi. Beritahu sahaja anda dari panel EMas. Mudah sahaja. Tidak kisahlah berapa caj yang dikenakan, dengan eMAS, anda bayar RM10 sahaja. Tidak percaya? Sila lihat bil dan caj yang dikenakan oleh klinik terhadap pengguna yang join program We Kongsi dengan TPA dari eMAS. Mereka semua bayar RM10 sahaja.
Daftar/Register We Kongsi
- [ LandingPageWeKongsi ] – sila klik link ini untuk baca maklumat lebih lanjut
- [ RegisterWeKongsi ] – sila klik link ini jika anda mahu terus daftar
- [ WhatsappWeKongsi ] – ini adalah group Whatsapp kendalian saya. Sila masuk ke group ini untuk bantuan pendaftaran dan pertanyaan.
Kalau anda terfikir hendak langgan kad perubatan untuk anak anda misalnya. Apa kata anda langgan program We Kongsi untuk anak anda? Paling tidak “kalau” anak anda tidak sihat, boleh lah ke klinik swasta sahaja dan bayaran pun cuma RM10 sahaja. Kalau anda berminat, sila klik link pendaftaran We Kongsi di atas ini ya. Atau kalau anda ada apa apa soalan, boleh lah bertanya kepada saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. BYE!!!.





