Bila ingin beli kereta terpakai, jangan beli sebab rasa kereta tersebut nampak cantik di pandangan mata. Bila beli kereta terpakai, jangan cepat rasa teruja sebab berjaya booking kereta yang dijual dengan harga murah berbanding harga pasaran. Bila beli kereta terpakai, sila jangan terus percaya bulat bulat dengan apa yang owner atau kedai kereta beritahu kepada anda. Dan kali ini izinkan saya untuk berkongsikan sebuah kisah berkenaan bakal owner baru yang ingin beli sebuah kereta Mercedes Benz GLC 250 terpakai.
Kisahnya seorang bakal pembeli kereta ingin mencari sebuah kenderaan terpakai Mercedes Benz GLC 250. Selepas membuat carian, maka beliau bertemulah dengan kereta yang beliau inginkan. Kereta nampak cantik. Tetapi sejak kenal dengan “SCRUT”, maka beliau buat semakan terlebih dahulu. Selepas semakan dibuat, beliau terkejut bahawa kereta tersebut pernah claim insurans untuk kes kemalangan sebanyak 9 KALI ACCIDENT!!!.

SCRUT Kereta Mercedes Benz GLC 250 Sebelum Beli
Dalam data scrut, tahap kerosakkan di kategorikan sebagai Low, Medium, High dan Severe. Cumanya kereta Mercedes Benz GLC 250 yang beliau ingin beli itu dalam kategori “High” lah. Ada sesetengah kes, kereta yang pernah kemalangan dan berstatus high pun boleh dibeli setelah dibaiki. Tidak kisah pun asalkan ianya masih sedap dipandu dan bakal pemilik baru terima dengan keadaan condition berkenaan. Masalahnya adalah, bakal pemilik berasa ralat untuk teruskan pembelian sebab kereta sudah pernah accident banyak kali. Kalau anda bagaimana?
Beli lah kereta terpakai dengan cara paling selamat agar tidak tertipu dengan iklan yang diiklankan oleh si penjual. Kalau pun kereta tersebut pernah kemalangan dan claim insurans banyak kali, dan kategori kemalangan adalah pada tahap low atau medium, itu menunjukkan pemilik lama kurang cermat ketika memandu kereta tersebut. Ya, saya sendiri pun rasa tidak ada masalah kalau kes kemalangan kecil. Tapi kalau sudah sampai 9 kali, rasanya saya sendiri pun berbelah bahagi hendak beli kereta tersebut.

Lagi bagus kalau penjual kereta beritahu yang kereta tersebut pernah mengalami kemalangan dan ianya adalah kemalangan kecil. Tapi kalau si penjual mengatakan kereta Mercedes Benz GLC 250 tersebut TIDAK PERNAH ACCIDENT tetapi semakan report Scrut menunjukkan yang Mercedes Benz GLC 250 pernah kemalangan dan claim insurans sebanyak 9 kali, maka jelaslah yang si penjual kereta telah berbohong. Bohong sikit tidak mengapa, ini bohong 100%. Ermmm, tidak tahu hendak kata apa lagi.
Dari report Scrut yang saya perolehi, kereta Mercedes Benz GLC 250 terpakai ini claim insurans banyak kali. Dan di antara yang pemilik kereta ini claim adalah insurans cermin kereta (windscreen). Dalam report Scrut, jenis kerosakkan ditentukan dalam kategori Low, Medium, High dan juga Severe. Kereta ini paling teruk pun cuma dalam kategori High lah. Tapi disebabkan banyak kali claim, insurans, maka sudah tentulah bakal pembeli kereta ini mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pembelian walaupun kereta tersebut cantik sangat.

Kereta Mercedes Benz GLC 250 adalah sebuah kenderaan SUV yang cantik, nampak moden dan nampak gah. Siapa pun pasti hendak memiliki kereta ini. Walaupun anda mahu beli sebuah kenderaan terpakai, selagi nama brand ini adalah “Mercedes”, maka ianya tetap akan dipandang tinggi sebagai status lambang kenderaan mewah. Harga pasaran pun masih di atas RM150K untuk model keluaran tahun 2020 dan ke atas.
Saya selalu ulang banyak kali kepada mereka termasuk anda diluar sana yang sedang mencari kereta terpakai. Sila buat semakan claim insurans kereta yang anda ingin beli tersebut. Cuma dapatkan nombor chasis atau nombor plat sahaja. Paling tidak anda akan ketahui sejarah kemalangan kenderaan tersebut jika anda. Semak di mana? Semak melalui link Scrut di bawah ini.
Kalau beli kereta terpakai, jangan pakai suka suka beli sahaja. Kalau anda beli kereta mahal lagilah kena hati hati. Kena pastikan kereta yang anda ingin beli itu ada pelindungan jaminan kerosakkan. Jadi sila beli warranty tambahan di EZcare di link di bawah ini ya.
Servis Yang Patut Anda Guna Sebelum Beli Kereta Terpakai
- [ SCRUT ] – Semak status kondisi kereta samada pernah kemalangan, bekas kereta banjir, pernah claim apa apa insurans dengan mudah di sini sebelum anda beli kereta terpakai
 - [ EZCare ] – sila hubungi saya melalui link Whatsapp ini jika anda ingin meminta bantuan staff EzCare untuk melanggan warranty lanjutan untuk kereta terpakai
 - [ Staff Carsome ] – sila hubungi saya melalui link Whatsapp ini jika anda ingin meminta bantuan staff Carsome untuk membeli kereta terpakai di kedai Carsome
 - [ Staff MyTukar ] – sila hubungi saya melalui link Whatsapp ini jika anda ingin meminta bantuan staff MyTukar untuk membeli kereta terpakai di kedai Carro
 
Kesimpulannya, jika anda mahu beli kereta terpakai, sila lakukan Scrut terlebih dahulu. Jika kereta clear dari sejarah claim insurans akibat apa apa kes accident atau hanya kemalangan kecil, sila ambil perlindungan warranty dari EzCare. Dan jika anda tidak mahu pening kepala untuk mencari kereta terpakai di kedai used car yang berkualiti, saya bantu anda dengan bantuan staff yang bekerja terus di Carsome atau MyTukar (Carro) untuk anda berhubung secara langsung melalui link Whatsapp di atas ini ya. Saya harap panduan Scrut kereta Mercedes Benz GLC 250 di atas ini memberikan input berguna kepada anda. BYE!!!.



