Masih ramai yang mudah kena tipu atau scam ketika mahu membeli kereta terpakai recond. Semuanya kerana iklan kereta murah. Bagi yang belum atau tidak berpengalaman berjumpa dengan scammer, memang akan mudah kena tipu. Bagi yang sudah biasa kena panggilan call atau mesej Whatsapp dari individu scammer, biasanya akan mudah kenal dengan modus operandi si scammer. Dalam hal ini, izinkan saya bekongsikan dengan anda sedikit kisah bakal pembeli kereta terpakai Toyota Estima yang telah kena tipu.
Saya dihubungi oleh seseorang melalui Whatsapp yang ingin bertanya tentang proses pembelian kereta recond. Tetapi beliau bukan mahu membeli kereta dari saya. Beliau hanya ingin bertanya sahaja. Iaitu berkenaan situasi beliau yang sedang melakukan transaksi pembelian sebuah kereta Toyota Estima recond. Beliau kongsikan iklan penjualan kereta berkenaan kepada saya dan beliau sudah pun membuat beberapa bayaran. Soalan yang beliau ajukan adalah berkenaan proses pembelian kereta recond.

Berhati Hati Dengan Iklan Beli Kereta Import Terpakai Toyota Estima
Bila saya lihat iklan yang ada tulis “processing fee” terus red flag. Proses penjualan kereta mestilah jelas. Apa maksud wang pemproses? Beli kereta mana ada kena bayar duit proses. Rupa rupanya deposit RM5000 untuk kos roadtax dan juga insurans kereta. Manakala RM2500 pula adalah wang untuk bayar puspakom. Di sini pun sudah jelas yang ianya scam. Scam di mana? Scam dalam hal bayaran puspakom lah.
Untuk pengetahuan anda, jika anda bawa kereta anda ke puspakom, kos pemeriksaan iaitu inspection kereta di puspakom tidak akan dicaj melebihi RM100. Itu kereta biasalah. Kalau kereta macam Toyota Estima mungkin kena caj lebih sedikit. Mungkinlah. Kalau kereta biasa pun tidak sampai RM100, kereta besar pun tidak lah lebih mahal sangat pun. Kalau anda pakai runner puspakom & tukar nama melalui saya pun tidak akan dicaj lebih dari RM300 pun. Kenapa nak beli kereta recond kena caj puspakom sampai RM2500? Logikkah?

Scam yang kedua adalah, tugas bayar caj puspakom adalah di pihak si penjual kereta. Orang yang mahu jual kereta lah yang patut kena bawa kereta untuk dibuat pemeriksaan. Hanya kereta yang diiktiraf lulus sahaja yang layak untuk dijual kereta bakal pembeli. Mereka yang hendak jual kereta, anda pula yang patut dan kena bayar caj puspakom. Di manakah logik tersebut?
Tetapi memang ada kes dan keadaan di mana kedai yang menjual kereta mengenakan caj bayaran puspakom sebagai tanda kita sebagai serius buyer. Namun caj yang mereka kenakan tidaklah begitu mahal iaitu dalam RM500 maksimum dan akan bayar semula dalam bentuk refund selepas permohonan loan bank adalah lulus. Kes seperti ini tidak boleh di katakan sebagai scam lah.
Bila anda beli kereta secara hutang, biasanya anda akan beli kereta menggunakan pinjaman loan bank. Bank akan memberitahu anda bahawa permohonan mendapatkan pembiayaan kereta telah lulus atau tidak. Tapi bila anda beli dari penjual scammer, anda akan diberikan notis agreement palsu seolah olah permohonan anda untuk membeli kereta tersebut adalah lulus iaitu layak. Pastilah anda akan gembira.

Gambar ketiga (letter of undertaking) di atas ini adalah contoh sebenar. Bakal buyer beli kereta Toyota Estima recond. Harga kereta adalah RM75K. Deposit adalah RM5K. Jadi jumlah pinjaman adalah RM70K. Nampak macam betul bukan?
Tapi dalam mesej Whatsapp, beliau mengatakan bayaran RM5K adalah untuk bayaran roadtax dan juga insurans kereta Toyota Estima tersebut. Kalau ya, maka sudah tentulah bayaran ini tidak termasuk sebagai wang deposit. Jadi macam mana boleh anggap RM75K harga jualan kereta menjadi RM70K sahaja? Di sini pun sudah nampak ada yang tidak kena. Kalau anda biasa beli kereta, bayaran deposit adalah berbeza dan tidak sama dengan bayaran insurans dan juga roadtax.
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta recond dan submit dokumen untuk loan bank termasuk detail info anda selaku buyer.
- [ Scrut ] – Semak status kondisi dan grade kereta recond secara online. Jangan lagi kena tipu dengan seller kedai kereta import terpakai.
Saya tidaklah katakan yang situasi proses beli kereta recond di atas ini adalah scam 100%. Namun anda kena belajar berhati hati. Jangan terus berikan wang muka deposit downpayment secara online selagi anda belum tengok kereta atau berjumpa dengan individu yang menjual kereta tersebut. Kes beli kereta Toyota Estima recond di atas ini adalah contoh terbaru sahaja. Anda boleh baca banyak kisah serupa di dalam blog ini yang jelas ianya adalah scam. Saya harap anda bukan salah seorang yang tertipu dengan iklan seperti ini. Ingin beli kereta recond? Hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. BYE!!!.




