Sebenarnya ketika saya menuliskan artikel tentang Proton X50 Facelift 2024, saya sedar ketika itu di China telah 2 tahun memasarkan kereta Proton X50 untuk versi terkini. Jujur cakap saya berasa pelik. Kenapa Proton masih mahu buat kemaskini “minor” terhadap model kereta Proton X50 ketika itu sedangkan model facelift terbaru Proton X50 sedang dijual di China sudah 2 tahun lamanya. Di China, model Proton X50 di kenali sebagai Geely Binyue kemudian menjadi Geely Coolray dan kini menjadi Geely Binyue L.
Proton X50 Minor Facelift 2024 melakukan kemaskini penambahbaikan dalam bentuk kecil iaitu lebih kepada sistem multimedia IHU unit yang lebih responsive, sistem kamera 360 dari SD kepada HD, ada power tailgate dan sedikit kemaskini penambahbaikan terhadap kotak gearbox. Lain lain lebih kurang sama sahaja terutamanya pada rekaan exterior dan juga interior. Jadi apa perubahan “facelift” untuk tahun 2025 ini? Berlaku major facelift? Jawapannya adalah YA!!!.

Proton X50 Baru (New Model) 2025
Saya dan isteri berkenan dengan reka bentuk kereta Proton X50 lama. Cumanya yang saya kurang berkenaan adalah tentang enjin nya. Ya, ramai pakar katakan yang enjin Proton X50 adalah terbaik, tidak ada masalah malah tetap memberikan pengalaman pemanduan yang baik dan menyeronokkan. Ya, saya mengaku semua itu. Tapi maklumlah, lain orang lain pendapat. Proton X50 yang lama menggunakan enjin dari jenis 3 silinder. Saya kurang gemar untuk terima hakikat yang kereta besar dan berat menggunakan enjin 3 silinder. Ini pendapat sayalah.
Saya dari dulu sukakan kereta dengan enjin 4 silinder. Ya, enjin Proton X50 lama memang gunakan enjin 3 silinder. Cumanya enjin tersebut didatangkan sekali dengan kuasa turbo bagi meningkatkan output kuasa kenderaan tersebut. Maka terhasillah sebuah kereta Proton X50 dengan enjin yang berkuasa. Yang tidak kisah, maka teruslah gunakan tanpa masalah. Cumanya di posisi saya, saya tunggu jika proton akan keluarkan model dengan enjin 4 silinder atau tidak. Dan penantian kita berbaloi. Kini proton memperkenalkan model Proton X50 dengan enjin 4 silinder secara rasmi pada 15 OCTOBOER 2025.
Macam mana kita boleh tahu yang proton akan memperkenalkan kereta Proton X50 dengan enjin 4 silinder? Mudah sahaja. Di sebabkan Proton X50 ini adalah rekaan asal iaitu versi rebadge yang diambil dari Geely Binyue di China. Dan model Geely Binyue di China telah di upgrade kepada enjin 4 silinder, sudah tentulah di Malaysia pun akan dibawa masuk juga. Cuma kita tidak tahu bila. Dan kini telah rasmi bahawa model kereta Proton X50 untuk tahun 2026 ini versi major change (MC) dengan kemaskini enjin, rekaan exterior dan interior terbaru. Mantap!!!.
Spesifikasi Proton X50 (Geely Binyue L)
- Enjin Baru (New): 1.5L TGDI 4 silinder (181HP / 290Nm)
- Enjin Lama : 1.5L turbo 3 silinder (148HP/226Nm)
- Gearbox : 7-DCT
- Segmen : B-segment SUV
- Kelebihan :
- 8.88 inch digital panel instrument (meter)
- 14.6-inch infotaiment touchscreen
- Wireless Apple CarPlay & Android Auto
- 17 @ 18 inci sport rim
- Eco, Comfort, Sport and Adaptive drive modes
- Electric parking brake with auto brake hold
- Wireless charging
- Tayar spare dalam boot space
- Power tailgate
- Keselamatan (Safety) :
- 6 airbag
- Stability control, rear side radar sensors, blind spot monitoring, rear cross traffic alert rear collision warning and a door opening warning.
- Autonomous emergency braking
- Adaptive cruise control with stop and go
- Lane centring assist
- Lane keeping assist
- Traffic sign recognition
- Auto high beam
- Tyre pressure monitoring system
- 360-degree camera with transparency
- Park assist (flagship)
- Tangki Minyak :
- Ruang Kargo : 330L
- Penggunaan Minyak : 6.5L / 100KM atau 1 liter untuk 15.38KM
Kereta baru, mestilah rekaan luaran dan dalaman pun baru. Cantik atau tidak ianya adalah subjektif. Untuk saya, rekaannya adalah terbaik. Tetapi apa yang saya ingin highlight kan adalah berkenaan spesifikasi enjin yang ditawarkan. Ianya menawarkan enjin jenis 4 silinder dengan output kuasa yang sudah tentu lebih tinggi berbanding enjin Proton X50 jenis 3 silinder yang lama.
Variant Harga New Proton X50 2025
- Executive : RM89,900
- Premium : RM101,900
- Flagship : RM113,300
PROMOSI!!! Di atas semua ini, terdapat rebat sebanyak RM4,000 untuk 10,000 pelanggan pertama yang membuat tempahan sebelum 31 Oktober, menjadikan harga turun kepada
Macam biasa, model kereta Proton memang mengetengahkan 3 jenis variant sesuai dengan bajet dan spesifikasi yang ditawarkan. Kereta Proton X50 yang paling murah adalah dari variant Executive dan yang paling mahal pula dari variant Flagship kerana menawarkan spesifikasi tinggi iaitu jenis highspec. Saya juga kongsikan berapa wang deposit downpayment dan berapa bayaran bulanan monthly installment yang akan anda kena bayar setiap bulan.
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.
Saya adalah broker yang berurusan dengan showroom Proton seluruh Malaysia. Jika anda mahu mendapatkan info berkenaan harga dan bayaran bulanan untuk Proton X50 ini, anda boleh hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Dan anda juga boleh submit loan bank kereta idaman anda ini secara online melalui saya untuk seluruh negeri di Malaysia. Tujuannya adalah untuk semak kelayakan anda samada boleh lulus atau tidak mendapatkan pinjaman loan pembelian kereta dari pihak bank. Tunggu apa lagi? Hubungi saya sekarang juga!!! BYE!!!.