Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Cermin Sisi Pandang Belakang Perodua MyVi Patah
    Myvi

    Cermin Sisi Pandang Belakang Perodua MyVi Patah

    adminBy admin31/08/2024No Comments3 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Anda bayangkan pagi pagi isteri saya hendak pergi kerja. Tengok tengok cermin sisi pandang belakang (side mirror) kereta Perodua Myvi isteri saya patah dan terkulai layu. Dan kebetulan ada surat nota yang ditulis bagi menunjukkan ketidakpuas hati akan individu terbabit terhadap kereta isteri saya yang telah secara tidak sengaja menyekat (block) laluan kecil motosikal di kawasan perumahan terbabit. Dari perasaan bersalah, saya terus berasa marah dengan tindakkan individu terbabit. Apakah kesalahan isteri saya sehingga mereka mengambil tindakkan yang agresif begitu?

    Kisahnya begini. Saya dan isteri baru sahaja berpindah rumah ke rumah sewa yang baharu di sebuah apartment di sini. Dan memang kami tidak biasa atau tahu selok belok undang undang kawasan kejiranan terbabit. Dan di sebabkan tidak tahu, saya sendiri pernah ditegur kerana tersalah letak kenderaan dan parking di kawasan kereta individu terbabit. Pelik dan hairan, parking kawasan perumahan tersebut adalah hak umum, bagaimana mereka boleh membuat hak milik sendiri. Tetapi hendak buat macam mana, kita kena ikut cara orang yang tinggal di kawasan terbabit.

    Side mirror Perodua Myvi patah
    Side mirror Perodua Myvi patah

    Side Mirror Perodua Myvi Kena Terajang Dan Patah

    Dan pada suatu hari, isteri saya meletakkan parking kereta beliau di satu kawasan. Dan kebetulan kawasan tersebut adalah laluan motosikal. Memang saya sendiri pun boleh silap. Tiada papan tanda atau tanda yang kawasan tersebut adalah kawasan laluan motosikal. Esoknya pagi pagi, side mirror Perodua Myvi kereta isteri telah patah teruk. Dan telah diletakkan nota arahan tanda kemarahan individu terbabit. Kadang kadang terfikir juga saya. Kami orang baru di kawasan tersebut. Kalau silap, apakah tidak ada cara untuk menegur dahulu?

    Tindakkan khianat individu yang tidak bertanggungjawab
    Tindakkan khianat individu yang tidak bertanggungjawab

    Jujur saya cakap, isteri saya memang silap. Tetapi bukanlah satu tindakkan yang di sengajakan. Dan saya sendiri berasa marah atas tindakkan vandalisme tersebut. Kalau tahu, memang saya akan tuntut kos baiki dan menukar cermin sisi myvi isteri saya kepada individu terbabit kalau saya tahu dan kenal orangnya. Tetapi kita memang tidak akan tahu siapa pelakunya. Kadang kadang terfikir, memang ada baiknya jika kenderaan kita dipasang alat seperti perakam video kereta dashcam seperti gambar di bawah ini. Dapatlah kita merakam aksi individu yang tidak bertanggungjawab ini. Bagaimana dengan pendapat anda?

    Harga dashcam kereta dari pelbagai brand jenama
    Harga dashcam kereta dari pelbagai brand jenama

    Dashcam Kereta

    • [ Shopee ] – anda boleh cari dan beli dashcam untuk kenderaan di sini

    Maaf, artikel ini bukan hendak cerita tentang berapa kos untuk menggantikan cermin sisi iaitu side mirror untuk kereta Perodua Myvi isteri saya. Tetapi saya hendak ceritakan salah satu produk kereta yang wajib ada sekarang adalah dashcam. Dari pengalaman seperti ini barulah saya tahu akan kelebihan jika ada dashcam kenderaan yang dapat merakam jika ada individu yang berdekatan dengan kereta kita dan melakukan perbuatan khianat merosakkan kereta kita. Ada rekod rakaman sebagai bukti untuk kita dakwa si pelaku ke balai polis. Setuju?

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Getah cermin tingkap naik turun tercabut tertanggal

    Tukar Getah Tingkap Cermin Kereta

    09/07/2025
    Harga Perodua Myvi power window switch button

    Beli Alat Ganti Kereta Mudah Secara Online

    15/06/2025
    Engine mounting kereta Proton Ertiga untuk kurangkan gegaran

    Tukar Engine Mounting Untuk Kurangkan Enjin Bergegar

    22/05/2025
    Halaman pembelian dan borang isi maklumat pembelian guna sistem OnPay

    Cara Buat Bisnes Online Jual Produk Kereta Dengan Onpay

    06/05/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.