Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home ยป Pertama Kali Guna Setel Petronas
    Info

    Pertama Kali Guna Setel Petronas

    adminBy admin18/08/2024No Comments4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    PETRONAS adalah singkatan kepada Petroliam Nasional Berhad. Ianya adalah syarikat cari gali minyak milik kerajaan Malaysia. Dan stesen pam minyak petrol milik Petronas adalah salah satu stesyen minyak yang selalu guna untuk mengisi minyak kereta saya. Cuma saya selalu perasanlah iklan atau sticker pelekat yang memaparkan perkataan SETEL di mesin pam minyak Petronas. Dan saya sendiri perasan ramai rakan rakan media sosial umumnya berkongsikan panduan bagaimana cara untuk menggunakan aplikasi Setel Petronas. Cuma saya sendiri baru pertama kali install dan cuba guna.

    Apa itu SETEL? Setel adalah sebuah aplikasi iaitu app untuk memudahkan pengguna mengisi minyak kereta dengan menggunakan telefon pintar smartphone. App setel juga adalah sebuah dompet digital iaitu eWallet yang membolehkan anda untuk membuat pembelian barangan Petronas, membuat bayaran parking, takaful/insurans, cukai jalan roadtax, bantuan towing, tukar tayar, tukar bateri kenderaan, cas kenderaan elektrik, memaparkan nilai MESRA points dan terlebih penting adalah untuk mencari stesen minyak Petronas terdekat dengan mudah.

    Cara Isi Minyak Guna Aplikasi SETEL Petronas
    Cara Isi Minyak Guna Aplikasi SETEL Petronas

    Cara Isi Minyak Guna App SETEL

    App Setel juga mahu menjadi aplikasi semua dalam satu untuk kenderaan. Dengan kata lain, apa apa masalah berkaitan dengan kenderaan, aplikasi Setel ada jalan penyelesaian seperti masalah kehabisan bateri kereta, tayar pancit, towing tarik kereta, minyak hitam, mencari parking, renew road tax dan banyak lagi. Apa yang saya sampaikan ini adalah ciri ciri atau kelebihan yang ada pada apps Petronas Setel ini. Tetapi fungsi utama adalah kenapa Setel ini diperkenalkan adalah untuk memudahkan pengguna mudah mengisi minyak di stesen minyak Petronas tanpa perlu ke kaunter dengan mudah. Jom saya tunjukkan caranya.

    • Kategori 1 – Anda ke kaunter pam minyak. Beritahu nombor pam minyak. Dan beritahu samada mahu isi berapa ringgit atau isu penuh.
    • Kategori 2 – Anda ke terminal pam minyak. Terus buat bayaran menggunakan kad debit atau kad kredit. Saya adalah dari kategori ini. Saya memang 90% akan isi minyak guna kad debit/kredit.
    • Kategori 3 – Zaman now, anda kini hanya perlu buat bayaran melalui aplikasi Setel sahaja ketika berada di dalam kenderaan. Setelah bayaran dibuat, baru keluar dari kenderaan, angkat nozzle dan terus isi minyak. Mudah.

    Mesti akan ada yang akan tanya, kenapa kena guna app Setel dalam kereta pula? Jawapannya adalah mudah. Ianya berkait dengan soal keselamatan. Kan banyak berita tentang kereta terbakar ketika isi minyak sambil menggunakan smartphone. Jadi dinasihatkan untuk menggunakan aplikasi Setel HANYA DI DALAM KENDERAAN SAHAJA dan BUKAN KETIKA BERADA DI LUAR KENDERAAN. Jadi anda set dahulu anda mahu bayar berapa guna app Setel. Dan kemudian baru keluar dari kenderaan untuk mengisi minyak. Cara ini adalah lebih selamat. Jelas? Faham?

    Panduan Cara Guna Aplikasi Setel

    • [ App Setel ] – Sila buka aplikasi Setel. Jika belum register, sila daftar menggunakan kod tajaan referral saya iaitu 8yg48.
    • Sila pastikan baki kredit dalam eWallet Setel anda mempunyai baki tersedia. Jika belum, sila reload/tambah nilai terlebih dahulu dengan klik “TOP-UP”.
    • Aplikasi akan membuat carian stesen pam minyak Petronas yang terdekat dengan klik pada “GO TO STATION”. Sila ke stesen berkenaan kalau anda berminat.
    • Setelah sampai ke pam minyak, sila lihat nombor yang tertera pada pam minyak tersebut yang bertanda “Setel” dengan paparan Pam 1, Pam 2, Pam 3, Pam 4, Pam 5, Pam 6 dan sebagainya.
    • Di app Setel, sila klik “PURCHASE FUEL”.
    Paparan nombor pam SETEL di pam minyak Petronas
    Paparan nombor pam SETEL di pam minyak Petronas
    • Select a pump : Sila pilih nombor pam nozzel yang anda berada sekarang. Katakan anda berada di pam minyak dengan tertera Setel/Pam 1 sebagai contoh. Jadi sila pilih pam pada nombor 1.
    • Anda akan diberikan pilihan samada mahu buat bayaran berdasarkan amaun RM atau liter atau tangki penuh (FULL TANK). Katakan anda pilih mahu buat bayaran berdasarkan amaun RM30.
    • Akhir sekali sila klik “PAY”.
    • Sila pastikan transaksi selepas anda klik butang PAY adalah success iaitu berjaya.
    • Selepas itu barulah anda keluar dari kereta, angkat nozzle pump minyak dan isi minyak kereta anda seperti biasa.
    • DONE!!!.

    INGAT!!!. Ada keadaan selepas anda klik PAY pada app Setel anda, ianya akan memaparkan error seperti “Pump is currently is not available. Order is not created.”. Mungkin masalah server, atau stesen minyak berkenaan tidak mengaktifkan fungsi Setel dan lain lain. Jika ini berlaku, sila isi minyak petrol kereta anda seperti biasa samada ke kaunter atau bayar menggunakan terminal kad debit/kredit anda. Harap maklum ya.

    Sebagai pengguna yang baru pertama kali menggunakan app Setel, saya boleh katakan ianya memang memudahkan saya. Saya memang sejak dulu bayar minyak terus di pump menggunakan kad debit sahaja. Bagi saya ianya memudahkan saya. Jadi bila ada kaedah yang lebih mudah, pastilah saya akan cuba guna contohnya menggunakan aplikasi Setel seperti ini. Bukan susah pun. Duduk dalam kereta, bayar guna apps Setel. Keluar angkat gagang nozzel pam minyak dan isi. Mudah sangat sangat. Selamat mencuba. BYE!!!.

    Aplikasi Setel Petronas App Setel Petronas Apps Setel Petronas Guna Setel Petronas Setel Petronas
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Duit hasil jual kereta menggunakan invoice kedai used car akan disburse ke kedai used car terlebih dahulu

    Duit Hasil Jual Kereta Kepada Direct Buyer Melalui Kedai Used Car

    20/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Kereta import terpakai recond BMW 118i M Sport warna merah

    Senarai Kereta Recond BMW Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Daihatsu Canbus Stripes G Turbo warna beige putih

    Senarai Kereta Recond Daihatsu Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Honda Nbox Custom Turbo warna hitam

    Senarai Kereta Recond Honda Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Toyota Landcruiser warna beige

    Senarai Kereta Recond Toyota Tahun 2026

    17/01/2026
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.