Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Panduan Kira Insurans Kereta Termasuk Roadtax
    Info

    Panduan Kira Insurans Kereta Termasuk Roadtax

    adminBy admin14/06/2024No Comments4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Jika anda baru sahaja beli kereta baru, setiap tahun anda perlu untuk memperbaharui insurans kenderaan termasuk cukai jalan. Jadi sudah pasti ketika anda mahu renew insurans dan cukai kereta anda misalnya, anda pasti hendak tahu berapakah dan bagaimanakah pihak mereka membuat kira kira insurans kereta dan juga roadtax. Selalunya kita hanya bersetuju tanpa bertanya lanjut betul? Sebenarnya anda sendiri boleh membuat kiraan jumlah bayaran insurans termasuk cuka jalan yang anda perlu bayar jika mahu. Semuanya boleh dilakukan secara online. Berminat hendak tahu cara kira insurans kereta dan juga roadtax?

    Mungkin ada yang belum tahu atau tidak faham berkenaan masalah roadtax dan insurans untuk kenderaan ini. Apabila telah sampai tarikh hampir tamat, yang perlu kita bayar adalah perlindungan insurans (insurance coverage) dan juga cukai jalan (roadtax). Tujuan insurans adalah untuk memberikan jaminan bayaran kerosakkan jika berlaku apa apa kemalangan terhadap kenderaan anda. Mudah cerita, kereta anda kemalangan (accident) dengan kenderaan lain. Maka, kos untuk memperbaiki kerosakkan kereta anda itu akan ditanggung oleh pihak insurans.

    Kalkulator online untuk kira insurans kereta di Malaysia
    Kalkulator online untuk kira insurans kereta di Malaysia

    Cara Kira Insurans Kereta Dan Roadtax Online

    Sedangkan cukai jalan (road tax) pula adalah sebagai cukai yang dikenakan oleh pihak kerajaan terhadap kenderaan anda untuk dibolehkan dipandu di atas jalan raya. Harap anda maklum tentang kenapa anda perlu membayar kedua dua ini. Jadi apabila anda hendak memperbaharui roadtax anda, anda sebenarnya akan diminta untuk membuat bayaran memperbaharui iaitu renew semula cukai jalan dan juga insurans untuk setahun lagi.

    Kadang kadang kita terfikir juga, macam mana mereka kira insurans kereta dan juga roadtax kita. Kita selalunya bersetuju sahaja. Jadi kepada anda yang berminat ingin tahu, di bawah ini saya kongsikan caranya. Ada beberapa perkara anda kena tahu dahulu sebelum anda boleh membuat kira kira iaitu Harga Semasa Kenderaan, Harga Cukai Kenderaan, Kapasiti Engin Kenderaan dan juga berkenaan tentang NCD (No Claim Diskaun). 4 benda ini wajib anda tahu dahulu.

    Harga Semasa Kereta – Kaedah paling mudah adalah lihat tahun kereta anda di laman “mudah.my” dan tengok berapakah harga jualan semasa kereta anda. Itulah dia harganya market value semasa. Itu kaedah paling mudah. Untuk kaedah lebih tepat, sila buka laman ini – [ Car Market Value Calculator ] dan tonton video di bawah ini untuk lebih jelas dan faham.

    Kapasiti Engin Kenderaan – Rasanya kapasiti engin kereta anda pasti tahu bukan? Ada 660cc, 860cc, 1000cc, 1300cc, 1600cc, 1800cc, 2000cc dan ke atas. Memang untuk kira insurans kereta dan juga roadtax memerlukan anda tahu kapasiti saiz engin anda. Rasanya tiada masalah di sini

    NCD (No Claim Diskaun) – Tahukah anda yang bayaran insurans untuk kenderaan ini memang ada diskaun yang diberikan. Selalunya diskaun yang diberikan adalah berdasarkan tahun anda mula memiliki kenderaan tersebut. Tahun pertama 25% NCD, tahun kedua 30% NCD, tahun ketiga 38.33% NCD, tahun keempat 45% NCD dan tahun kelima dan seterusnya adalah sebanyak 55% NCD. Gunakan link ini – [ Check NCD Online ] untuk semak NCD terkini anda. Boleh tonton video di bawah untuk melihat bagaimana NCD di kira.

    Anda sudahpun mempunyai 3 maklumat asas yang diperlukan seperti di atas ini. Dengan 3 maklumat utama di atas ini anda sudah boleh membuat kira kira tentang berapakah harga dan jumlah kasar bayaran insurans yang perlu anda bayar. Sila gunakan link ini – [ Car Insurance Calculator ] untuk anda membuat kira kira jumlah insurans kereta anda. Tonton video di bawah ini untuk lebih jelas dan faham

    Harga Cukai Kenderaan – Cukai kenderaan juga disebut sebagai roadtax iaitu cukai jalan. Cara nak kira roadtax ini mudah sahaja. Sila buka laman ini – [ Roadtax Calculator ] dan tonton video di bawah ini untuk lebih jelas dan faham.

    Anda kini sudahpun tahu tentang cara kira insurans kereta dan juga cara kira cukai jalan roadtax anda. Jadi jumlah yang perlu anda bayar adalah dengan mencampurkan kedua dua nilai di atas iaitu jumlah insurans dan juga jumlah roadtax. Tetapi anda kena ingat ya, maklumat yang dipaparkan hanyalah sebagai ukuran umum sahaja. Boleh jadi jumlah yang perlu anda bayar sedikit lebih tinggi atau lebih rendah bergantung kepada pihak insurans manakah yang anda pilih/ambil/gunakan untuk cover kos pampasan kemalangan jika berlaku. Harap perkongsian tentang panduan kaedah cara kira insurans kereta ini berguna kepada anda. Bye

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Duit hasil jual kereta menggunakan invoice kedai used car akan disburse ke kedai used car terlebih dahulu

    Duit Hasil Jual Kereta Kepada Direct Buyer Melalui Kedai Used Car

    20/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.