Saya mula join kempen buat duit YouTube Shopee pada bulan June 2025. Itu pun selepas di invite oleh Shopee team yang mengendalikan “Program Affiliate YouTube Shopping”. Kalau tidak, saya pun tidak tahu akan kewujudan program dan kempen berkenaan. Ya, saya adalah seorang YouTuber. Tapi sudah lama tidak meng-upload apa apa video baru di YouTube channel saya. Ya, saya juga pernah share link url affiliate Shopee. Jadi bila dapat tahu ada kempen affiliate YouTube Shopee, terus saya daftar on the spot. Kenapa?
Program affiliate YouTube shopping ini sebenar mahu menarik seberapa ramai content creator dan influencer untuk beralih menjana pendapatan di platform YouTube dengan kerjasama bersama “affiliate Shopee”. Maksudnya pihak YouTube mahu menarik seramai mungkin pembuat kandungan video di YouTube dan memberikan ganjaran dalam bentuk “buat duit online” dari program affiliate yang disediakan. Dan sudah tentu saya berminat 100% tanpa banyak soal sebab saya sudah berpengalaman dengan YouTube dan juga Shopee.

Income Pendapatan Affiliate YouTube Shopee July 2025
[ Komisen Affiliate YouTube Shopee June ] – Pendapatan dari Youtube dalam bulan “campaign” ini adalah;
- Youtube Affiliate : RM219.30 (komisen dari affiliate Shopee di YouTube)
- YouTube Iklan Shorts : RM9.57 (pendapatan dari iklan yang terpapar di video Shorts)
- YouTube Kempen : RM2225.70 (saya berjaya capai target dan layak dapat bonus kempen)
Di atas ini adalah pecahan pendapatan yang saya dapat untuk kempen pada bulan June 2025. Bagaimana dengan pecahan pendapatan untuk kempen YouTube affiliate shopping Shopee pada bulan July 2025 pula? Jom saya kongsikan buktinya di bawah ini!
Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025
- Youtube Affiliate : RM86.50 (komisen dari affiliate Shopee di YouTube)
- YouTube Iklan Shorts : RM8.08 (pendapatan dari iklan yang terpapar di video Shorts)
- YouTube Kempen : RM4649.24 (saya berjaya capai target dan layak dapat bonus kempen)
RM4649.24 yang saya dapat adalah bonus kerana saya berjaya capai target yang dikehendaki di dalam bulan kempen ini. Ada lah jumlah video yang mereka mahu saya capai. Saya berjaya upload sejumlah video yang dikehendaki dan pihak Shopee berikan reward dalam bentuk bonus seperti ini.
Sikitnya komisen affiliate yang terjana dari YouTube Shopping Shopee ini? Ganjaran bonus dari kempen kan ada tarikh. Sampai masa, kempen tamat, kita sudah tidak lagi boleh join dan dapat duit. Tapi saya sukakan kempen seperti ini kerana ianya mendidik kita macam mana hendak buat duit dan jana income pendapatan dari program affiliate Shopee guna platform YouTube. Bagi saya ini adalah pengalaman berharga. Ya, saya akan teruskan buat duit affiliate YouTube shopping ini walau selepas tamatnya kempen.

Daftar / Register Akaun Shopee
- [ Shopee ] – sila daftar akaun Shopee Malaysia di sini
Apa kaitan Shopee dan YouTube dengan blog tentang kenderaan atau kereta? Semua content creator atau influencer adalah pengguna kenderaan seperti motosikal dan juga kereta. Dan ramai dari kita suka beli aksesori kenderaan. Kalau tidak pun, pastilah pengguna kenderaan akan buat servis di bengkel baiki kenderaan. Dan semua pengalaman ini boleh dirakam video dan hasilkan pendapatan melalui affiliate program. Saya juga begitu.
Contohnya blog ini adalah tentang kereta. Ada sangat banyak aksesori kenderaan. Kalau saya tukar karpet kereta, saya terus buat review tentang karpet tersebut. Upload di YouTube channel saya dan jana income melalui link affiliate Shopee mudah bukan? Berminat? Jom daftar melalui link di atas ini ya. BYE!!!.