Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru Sunday, June 15
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Subscribe
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Beli Kereta Baru
    Home » Pajak Geran Kereta Untuk Pinjaman
    Panduan

    Pajak Geran Kereta Untuk Pinjaman

    adminBy admin20/01/2025No Comments5 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Telegram Email WhatsApp

    Salam kepada pembaca. Saya lihat sekarang sudah terlalu banyak iklan berkenaan “PAJAK GERAN KERETA” di media sosial. Jujur cakap, saya sendiri tidak faham pun apa yang ditawarkan. Selepas saya menghubungi salah satu pengiklan pajak kenderaan melalui Whatsapp, saya bertambah bingung dengan jawapan yang diberi. Saya perlu pajak geran kereta, saya dapat duit dan kereta boleh guna seperti biasa. Terus saya tanya lagi, macam mana saya boleh dapat duit? Sebab bisnes apa? Rupa rupanya, ianya adalah dari syarikat penyedia & pemberi pinjaman wang swasta.

    Ceritanya macam mana? Kalau anda ada sebuah kereta yang sudah habis bayar dan ada geran atas nama milik diri sendiri. Maka anda layak untuk cagar “geran kenderaan” anda kepada penyedia & pemberi pinjaman wang tersebut. Hanya selepas semakan dibuat dan semuanya benar dan betul, maka anda akan ditawarkan pinjaman wang berdasarkan harga value semasa kereta anda. Kereta tersebut anda boleh guna tanpa masalah seperti biasa. Bahasa mudah, anda pajak geran kereta anda untuk dapat wang cash tunai.

    Iklan pajak geran kereta dapat duit cash tunai segera
    Iklan pajak geran kereta dapat duit cash tunai segera

    Pemberi Pinjaman Wang Tidak Berlesen (AhLong)

    Harap jangan salah faham. Anda bukan pajak kereta. Tetapi anda pajak geran kereta. Sebab itulah anda masih boleh guna kereta tanpa masalah seperti biasa. Seronok dapat duit? Ingat, iklan servis perkhidmatan pemberi pinjaman wang seperti ini adalah berisiko tinggi. Geran kereta anda mereka pegang, dan anda akan dikenakan jumlah interest yang sangat tinggi. Dan sudah tentunya syarikat penyedia & pemberi pinjaman wang seperti ini kemungkinan besar adalah AhLong dan tidak berlesen. 

    Jumlah pinjaman yang ditawarkan dan kadar interest yang dikenakan untuk pajak geran kenderaan
    Jumlah pinjaman yang ditawarkan dan kadar interest yang dikenakan untuk pajak geran kenderaan

    Iklan Pajak Geran Kenderaan & Dapat Duit

    • Anda ada kereta Perodua Alza yang sudah habis bayar
    • Anda anda geran kenderaan untuk Perodua Alza ini atas nama anda
    • Harga market value kereta anda ini berharga RM30K
    • Syarikat pemberi pinjaman wang berikan loan setinggi 40% dari nilai kereta anda
    • Anda layak mendapat pinjaman setinggi RM30K x 40% = RM12K
    • Anda dikenakan interest setinggi 10-15% SEBULAN
    • Maknanya jumlah interest yang anda perlu bayar setiap bulan adalah dalam RM12K (wang pokok) X 10% (interest bulanan) = RM1200 sebulan
    • Wang yang anda pinjam iaitu wang pokok perlu dibayar habis dalam masa 3-12 bulan sahaja.

    Apa jadi kalau tidak boleh setel bayar jumlah pinjaman RM12K ini selepas tamat tempoh? Sebenarnya kebanyakkan syarikat pemberi pinjaman wang seperti ini hanya menawarkan tempoh pembayaran balik yang singkat seperti 3 bulan sahaja. Cumanya mereka menawarkan renew contract sebanyak 4 kali setiap 3 bulan (contoh). Selepas telah diberikan 4 kali peluang dan anda gagal bayar. Maka kereta anda akan ditarik atau dilelong. Sebab itulah mereka pegang geran kereta anda. Anda telah cagar pajak geran kenderaan anda.

    Kereta kena lelong jika tidak selesaikan pinjaman dari pajak geran kereta
    Kereta kena lelong jika tidak selesaikan pinjaman dari pajak geran kereta

    Kebanyakkan mereka iaitu anda yang berhasrat untuk pajak geran kereta untuk dapat duit seperti ini terdesak untuk perlukan wang duit. Anda tidak berminat untuk pajak kereta untuk dibuat kereta sewa sebab anda perlukan kereta tersebut untuk urusan dan perkara harian anda. Anda mahu “pajak kereta” tapi dapat duit dan dalam masa yang sama kereta yang anda pajak masih boleh anda guna seperti biasa. Maka anda terjerat dalam bisnes Ahlong versi moden yang saya ceritakan ini.

    Macam mana hendak tahu penyedia servis perkhidmatan pinjaman wang seperti ini adalah Ahlong atau pemberi pinjaman wang tidak berlesen? Mudah sahaja. Anda tidak perlu check semak latar belakang mereka. Cukup untuk anda ketahui bahawa jumlah interest yang dikenakan mereka adalah terlalu dan tersangat sangat tinggi iaitu antara 10-15% SEBULAN.

    Sedangkan kadar interest bank untuk loan kereta cuma 3-4% sahaja SETAHUN. Pinjaman kredit sah seperti loan AEON pun hanya 5-9% setahun. Macam yang saya kongsikan di atas tadi, selepas anda pajak geran kereta anda, anda dapat pinjaman sebanyak RM12K. Dan kena bayar interest sebanyak RM1200 sebulan tidak termasuk jumlah pinjaman pokok. Ianya sangat berisiko ya. Saya tidak kata anda tidak boleh pajak geran kereta anda di sini. Boleh. Cumanya anda kena faham risiko dan kemampuan pembayaran balik. Kalau mampu, silakan. Kalau tidak, sila ambil pendirian untuk elak dari perkara yang tidak diingini.

    Dapatkan pinjaman kredit tunai segera dari Tambadana yang berlesen dari KPKT Malaysia
    Dapatkan pinjaman kredit tunai segera dari Tambadana yang berlesen dari KPKT Malaysia

    Jadi apa jalan penyelesaian dan alternatif untuk mendapatkan bantuan kewangan segera untuk masalah kereta anda? Jawapannya adalah anda kena dapatkan pinjaman dari Kredit Komuniti. Ianya adalah sebuah program pemberi pinjaman wang berlesen di bawah Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).

    Daftar Kredit Komuniti Berdaftar

    • [ Tambadana ] – menyediakan pinjaman micro tunai dengan pantas berlesen di Malaysia
    • [ AdaCash ] – khidmat pinjaman peribadi berlesen di Malaysia

    Di atas tadi saya cerita panjang lebar mengenai skim pinjaman wang yang tidak berlesen yang mengenakan kadar faedah yang tersangat tinggi. Ianya akan menjerat anda dengan hutang yang kemungkinan besar sukar untuk anda keluar dan selesaikan dalam tempoh singkat. Jadi dengan adanya kredit komuniti berlesen dan sah seperti ini, maka paling tidak anda dapat sumber untuk pinjam duit dari pemberi pinjaman wang berlesen yang mengenakan kadar faedah iaitu interest rate setinggi 18% sahaja maksimum dalam setahun. Berminat? Klik link di atas ini ya. BYE!!!.

    Share. WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Cara Order Tukar Bateri Kereta Guna Runner

    25/03/2025

    Bayar Zakat Fitrah Guna TnG eWallet

    23/03/2025

    Bank Yang Senang Mudah Lulus Loan Kereta

    19/03/2025

    Cara Kira Loan Kereta Maybank

    18/03/2025

    Cara Check Rekod Sejarah Kereta Terpakai

    17/03/2025

    Cara Jual Kereta Belum Habis Bayar

    11/03/2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini

    Beli Alat Ganti Kereta Mudah Secara Online

    15/06/2025

    Buat Duit Online Dengan YouTube Shopping Shopee

    05/06/2025

    Submit Loan Bank Melalui Saya Untuk Semak Kelayakan

    22/05/2025

    Tukar Engine Mounting Untuk Kurangkan Enjin Bergegar

    22/05/2025
    © 2025 BeliKeretaBaru. Designed by BeliKeretaBaru.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Ad Blocker Enabled!
    Ad Blocker Enabled!
    Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please support us by disabling your Ad Blocker.