Seminggu lepas saya dihubungi oleh seseorang yang bercadang mahu beli kereta Proton X50 terpakai di kedai used car. Kriteria yang beliau tetapkan adalah kereta X50 tersebut mestilah keluaran tahun 2021 dari variant flagship, berwarna merah dan wajib low mileage. Beliau membuat carian di internet dan berjaya menemui kereta yang mengikuti spesfikasi yang beliau mahukan. Satu di kedai used car biasa dan satu lagi di kedai Carsome. Beliau meminta pandangan dan nasihat. Jadi apa nasihat dan cadangan yang saya boleh beri?
Pengalaman saya berblogging tentang jual beli kereta baru dan terpakai melalui blog ini. Saya perasan ada satu perkara yang bakal pembeli (buyer) kereta terpakai kena tahu. Antara kedai yang menjual kenderaan terpakai (used car) yang biasa dengan kedai Carsome, ada dua perbezaan yang ketara iaitu dari segi jaminan warranty dan juga mutu kualiti kereta yang dijual. Kita sedang bercakap tentang beli kereta terpakai aka kereta second hand ya dan bukan tentang beli kereta baru. Harap jelas tentang perkara ini terlebih dahulu.

Beli Kereta Carsome + SCRUT
Bila anda sedang “beli kereta terpakai”, dua benda ini lah yang anda kena ambil tahu. Apakah kualiti kenderaan yang anda akan beli. Dan apakah jaminan pembaikkan kerosakkan yang anda akan dapat selepas membeli kereta tersebut. Anda pasti tidak mahu jika kereta yang anda telah beli itu nanti rupa rupanya kereta bekas banjir atau pernah kemalangan accident. Lebih teruk jika berlaku kerosakkan, anda tidak dapat menuntut warranty pula. Kalau rosak biasa biasa boleh tanggung sendiri. Kalau rosak enjin atau kotak gearbox? Sanggup?
Berbalik kepada kisah customer yang sedang mencari Proton X50. Beliau akhirnya memilih untuk proceed pembelian kereta di kedai Carsome. Loan bank pun sudah lulus. Namun atas nasihat saya, beliau membuat semakan sejarah claim insurans kereta tersebut. Apa yang beliau jumpa? Rupa rupanya kereta Proton X50 yang beliau ingin beli di Carsome pernah terlibat kemalangan dan berstatus “HIGH”. Sekarang beliau meminta nasihat samada beliau patut teruskan pembelian atau tidak di Carsome.

Saya terus tanya dengan pihak Carsome adakah kereta yang dijual di Carsome ada menjual kereta yang pernah accident kemalangan? Jawapannya adalah YA!!!. TETAPI di atas kondisi dan keadaan tertentulah. Bukan semestinya kereta yang pernah accident tidak boleh dibeli atau digunakan. Cumanya bakal buyer ini ralat dengan pihak Carsome apabila salesman Carsome kata kereta tidak pernah accident. Mungkin bakal buyer ini sedikit keliru antara maksud accident dengan “collision” yang bermaksud pelanggaran.
Cumanya dalam report claim insurans yang beliau dapatkan dari Scrut, menyatakan collision itu dalam kategori HIGH dan part barang yang diganti adalah sebanyak 28 barang. Jadi beliau rasa kurang yakin lah hendak teruskan pembelian kerana memikirkan hendak tanggung loan kereta Proton X50 terpakai tersebut dalam 9 tahun akan datang. Bagi pihak Carsome pula, mungkin kerosakkan tersebut dikategori sebagai minor dan kereta masih selamat untuk dijual dan digunakan oleh customer Carsome selepas dibuat inspection.

Jadi ianya berbalik kepada keputusan diri sendiri. Kenapa saya tulis tajuk beli kereta di Carsome + SCRUT? Saya suka orang beli kereta terpakai di Carsome kerana berkualiti dan menawarkan jaminan warranty. Dan SCRUT pula adalah servis yang menawarkan perkhidmatan mendapatkan laporan sejarah claim insurans untuk kereta terpakai jika ada. Jika anda buat 2 perkara ini, maka kereta yang anda bakal beli adalah dari kategori yang selamat dipandu. Namun ini hanyalah saranan saya sahaja. Terpulang samada bersetuju atau tidak.
Servis Yang Kami Tawarkan
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pembelian kereta di Carsome
- [ SCRUT ] – Semak status kondisi kereta samada pernah kemalangan, bekas kereta banjir, pernah claim apa apa insurans dengan mudah di sini sebelum anda beli kereta terpakai
- [ EZCare ] – sila hubungi saya melalui link Whatsapp ini jika anda ingin meminta bantuan staff EzCare untuk melanggan warranty lanjutan untuk kereta terpakai
Kisah beli kereta Proton X50 di Carsome di atas ini adalah sebagai panduan kepada anda yang mahu beli kereta terpakai. Kereta yang dijual di kedai Carsome bagi saya adalah kereta yang berkualiti. Mereka sudah membuat inspection bagi memastikan hanya kereta yang baik kondisi, selamat dan layak dipandu sahaja boleh dijual. Mereka juga ada menawarkan jaminan warranty berbanding kedai used car yang bukan Carsome. Cumanya laporan SCRUT dapat membantu anda untuk membuat keputusan terbaik sebelum meneruskan pembelian. Berminat beli kereta di Carsome? Hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. BYE!!!.