Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Suis Power Window Myvi Problem Rosak
    Info

    Suis Power Window Myvi Problem Rosak

    adminBy admin24/08/2024No Comments3 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Selepas kereta Perodua Myvi isteri saya dilanggar oleh lori pada beberapa minggu lepas pada bahagian pintu pemandu. Ianya telah menyebabkan kerosakkan pada suis tingkap power window Myvi. Boleh tekan turun, tetapi susah hendak tekan naikkan tingkap. Masalah ini saya perasan ketika mahu menggunakan kad Touch n Go. Masa hendak scan, cermin tingkap diturunkan. Dan ketika mahu dinaikkan semula, tingkap kereta Myvi tidak mahu naik kembali. Terus apa yang saya fikir? Melayang lagilah duit. Kos kos baiki kereta bukannya murah.

    Saya bawa kereta isteri ke bengkel yang biasa beliau pergi. Pemilik bengkel mengatakan saya hanya perlu ke kedai alat ganti kereta untuk membeli suis power window Myvi. Beliau kata ini lebih murah. Tidak perlu bawa ke bengkel yang lain akan dicas lagi mahal katanya. Saya hanya perlu pergi beli barang tersebut, bawa ke bengkel beliau dan beliau akan tolong pasangkan. Lebih murah katanya. Saya pun bersetuju.

    Beli barang kereta di kedai alat ganti kenderaan
    Beli barang kereta di kedai alat ganti kenderaan

    Tukar Suis Power Window Myvi

    Maka saya ke Butterworth yang terdapat banyak deretan kedai tukar alat ganti kereta. Ini adalah kali pertama saya ke kedai sebegini. Tahukah anda, saya pernah memiliki Perodua Viva dan mempunyai masalah yang sama. Saya bawa ke bengkel ketika itu untuk menukar suis power window Viva. Kos gantian barang termasuk upah yang dikenakan ketika itu adalah RM150. Tahukah anda berapa kos kalau anda sendiri pergi beli suis power window Myvi di kedai spare part kereta?

    Suis power window Myvi yang dibeli
    Suis power window Myvi yang dibeli
    Kos harga suis power window Myvi di kedai spare part kereta
    Kos harga suis power window Myvi di kedai spare part kereta

    Rupa rupanya harga jualan suis power window Myvi yang dijual di kedai tukar alat ganti kenderaan hanyalah RM65 sahaja. Memang murah. Saya sendiri pun terkejut. Saya bawa kembali ke bengkel dan beliau pasang dengan percuma sahaja. Kalau ada cas upah pun sedikit sahaja kerana proses pemasangan agak mudah dan cepat.

    Sebenarnya saya sudah lama perasan akan perkara sebegini. Kalau kita ke bengkel, ada kalanya tidak ada barang yang dimahukan di kedai tersebut. Mereka meminta kita tunggu sekejap. Katanya ke stor mahu ambil barang. Sebenarnya mereka ke kedai spare part beli barang yang dimahukan tersebut. 

    Harga Perodua Myvi power window switch button
    Harga Perodua Myvi power window switch button

    Suis Power Window Perodua Myvi Online

    • [ Shopee ] – cari dan beli Perodua Myvi switch power window di sini

    Katakan harga suis power window Myvi di kedai alat ganti kereta cuma RM65. Selepas itu mereka mark up harga jadi sekali ganda iaitu RM65 x 2 = RM130. Selepas itu pemilik bengkel akan cakap harga barang adalah RM130. Dan campur upah akan jadi RM150 keseluruhannya. Jadi itulah dia harga yang saya kena bayar ketika saya menukar suis power window Viva saya sebelum ini.

    Tetapi ketika saya membeli suis power window Myvi sendiri dan meminta bengkel tolong pasangkan. Mereka hanya ambil cas upah sahaja. Jadi akan lebih murah dan lebih jimat. Tetapi anda jangan terkejut kalau saya cakap, anda boleh dapatkan suis power windows ini dengan lebih murah kalau anda beli secara online. Tidak percaya, sila lihat gambar di atas. Saya ingatkan beli di kedai sparepart sudah murah. Rupanya beli di internet lebih murah. Terpulang. Sila tonton video ringkas di atas ini tentang cara buka dan pasang suis power window Myvi. Bye.

    Beli Power Window Perodua Myvi Ganti Power Window Perodua Myvi Harga Power Window Perodua Myvi Power Window Myvi Power Window Perodua Myvi Power Window Perodua Myvi Rosak Tukar Power Window Perodua Myvi
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Duit hasil jual kereta menggunakan invoice kedai used car akan disburse ke kedai used car terlebih dahulu

    Duit Hasil Jual Kereta Kepada Direct Buyer Melalui Kedai Used Car

    20/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.