Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Aircond Proton Preve Sekejap Sejuk Sekejap Panas
    Info

    Aircond Proton Preve Sekejap Sejuk Sekejap Panas

    adminBy admin17/08/2024No Comments5 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Baru baru ini kereta Proton Preve saya mengalami masalah aircond yang tidak sejuk. Ianya bukanlah tidak sejuk langsung. Masalahnya adalah sekejap sejuk dan sekejap tidak sejuk. Kalau memandu pada tengah hari, aircond yang tiba tiba sejuk mula terasa panas dan sejuk kembali dalam beberapa waktu. Ini membuatkan suhu enjin iaitu temperature mula naik dan turun beberapa kali. Atas sebab itu saya teruskan matikan suis aircond proton preve dan cepat sampai ke rumah dan terus matikan engin kereta. Sebenarnya apa yang berlaku dan apa komplikasinya?

    Pertama sekali anda kena faham, bila kereta anda tidak sejuk. Ada dua benda yang anda kena perhati. Aircond kereta anda tidak sejuk terus sampai bila bila atau sekejap sejuk dan sekejap tidak. Kalau tidak sejuk sampai bila bila, itu maknanya ada kemungkinan gas sudah habis. Anda kena refill iaitu topup gas aircond baharu. Atau suis relay aircond yang rosak dan kena tukar suis relay aircond yang baharu. Atau ada kebocoraan mana mana bahagian sistem aircond dan perlu diganti baharu dan biasanya masalah selesai.

    Motor kipas radiator kereta Proton Preve keluar spark di sini
    Motor kipas radiator kereta Proton Preve keluar spark di sini

    Mengganti Kipas Radiator Proton Preve Yang Rosak

    KALAU gas aircond kenderaan anda masih sejuk dan hanya tiba tiba tidak sejuk dan elok kembali dan berulang kembali tidak sejuk dalam masa singkat. Itu bermakna ada kemungkinan suis relay aircond sudah rosak dan perlu di ganti. Atau sistem radiator aircond ada masalah atau cooling fan pada radiator ada masalah. Biasanya kerosakkan berpunca dari suis dan juga cooling fan radiator. Jadi tekaan saya 2 benda inilah yang mungkin menjadi punca kepada masalah aircond proton preve saya. Ini hanya tekaan awal saya sahaja ya kerana masalah seperti ini pernah berlaku kepada radiator fan Proton Saga lama saya dahulu.

    Mari saya ceritakan sedikit sistem aircond kereta secara ringkas. Enjin kereta bergerak dan menjadi tersangat panas. Untuk ianya bergerak dengan baik, ianya perlu bergerak dalam suhu panas yang sesuai. Dan untuk mendapatkan suhu panas yang sesuai, suhu yang terlampau panas dari engin kereta perlu dikawal dan dikurangkan sedikit. Caranya adalah dengan menyejukkan suhu terlampau panas tadi menggunakan radiator. Dan radiator juga akan menjadi panas dan perlu bantuan penyejuk lain untuk membantunya menyejukkan air di dalam radiator. Sebab itulah adanya cooling fan atau nama lain iaitu radiator fan. 

    Kipas radiator fan kereta Preve yang perlu ditukar
    Kipas radiator fan kereta Preve yang perlu ditukar

    Saya bawa ke bengkel kereta dan beritahu masalah aircond kereta yang tidak sejuk. Dan mekanik menyuruh saya untuk menghidupkan enjin kereta dan juga membuka aircond proton preve. Perkara pertama yang mekanik bengkel lihat adalah “RADIATOR FAN”. Rupa rupanya pusingan kipas radiator kurang laju dan terdapat percikkan api (spark) pada motor kipas radiator tersebut. Fahamlah mekanik tersebut yang masalah aircond tiba tiba menjadi panas kerana motor dari radiator fan sudah menunjukkan tanda tanda sedang rosak dan perlu diganti baru.

    Saya terus membuat carian motor radiator fan di Lazada dan juga Shopee. Hasil carian menunjukkan harga bagi radiator fan original Proton Preve adalah dalam lingkungan RM160-170. Ianya adalah harga bagi “motor” kipas itu sahaja dan tanpa bilah dan juga casing. Oleh kerana kipas radiator saya yang rosak hanyalah “motor” nya sahaja, jadi tidak perlulah kita beli casing dan juga bilah kipas. Casing dan bilah kipas boleh digunakan semula. Faham ya.

    Masalah aircond proton preve tidak sejuk atau panas selesai selepas menukar radiator fan
    Masalah aircond proton preve tidak sejuk atau panas selesai selepas menukar radiator fan

    INGAT!!! Dari pengalaman saya membeli barang sparepart kenderaan di kedai sparepart dan juga menghantar kereta di bengkel, biasanya harga barang yang perlu ditukar itu biasanya akan mahal 2 kali ganda kalau anda baiki di bengkel kereta. Ini adalah dari pengalaman saya sendiri. Anda kena faham, bengkel akan membeli alat ganti kenderaan di kedai sparepart juga. Kalau kedai sparepart jual barang A dengan harga RM100, kalau anda baiki di bengkel, barang A yang sama akan dijual kepada anda dengan harga RM200 dan belum termasuk kos upah. Ini adalah amalan biasa.

    Bukankah tadi saya katakan yang radiator fan Proton Preve berharga RM160-RM170 di Shopee? Tetapi disebabkan saya membaiki masalah tersebut di bengkel kereta, maka kos yang dikenakan terhadap saya adalah RM320 untuk motor kipas radiator tersebut dan RM20 sebagai kos upah. Jumlah keseluruhan adalah RM350. Anda jangan ingat kedai bengkel ini menipu pula. Ini adalah amalan biasa. Mereka berniaga dan mereka mahukan untung. Mereka juga beli dari pembekal dengan harga RM160 di kedai sparepart. Jadi mereka jual kembali kepada kita iaitu pelanggan dengan harga yang telah dinaikkan untuk mengambil untung. Ini normal.

    Harga kipas motor radiator fan Proton Preve
    Harga kipas motor radiator fan Proton Preve

    Radiator Fan Proton Preve Online

    • [ Shopee ] – cari dan beli kipas radiator fan kereta Proton Preve di sini

    Kalau anda pandai baiki masalah tersebut sendiri, maka anda boleh beli sahaja barang yang rosak di kedai sparepart kenderaan dan baiki sendiri. Maka anda boleh jimat banyak. Tetapi majoriti dari kita tidak tahu masalah kereta kita dan tidak pandai untuk membaiki masalah tersebut. Jadi kita perlu meminta bantuan bengkel kereta. Jadi kita perlulah bayar dengan harga di kedai bengkel. Jelas ya.

    Selepas saya menukar kipas radiator yang baharu. Masalah aircond proton preve tiba tiba menjadi panas iaitu tidak sejuk telah selesai. Radiator fan berfungsi dengan baik dan dapat mengekalkan suhu enjin yang sesuai dan tidak menjadi terlalu panas (overheat) yang menyebabkan aircond tidak menjadi sejuk kerana panas melampau. Ingat ya, bila kereta anda ada masalah temperature naik, itu bermakna enjin anda menjadi terlalu panas. Sila matikan aircond dan enjin kereta anda. Kalau anda biarkan boleh menyebabkan kerosakkan besar kepada enjin dan lebih teruk kereta anda terbakar. Sila hati hati ya. Kalau boleh terus cepat baiki masalah tersebut di bengkel kereta. BYE!!!.

    Beli Radiator Fan Proton Preve Harga Radiator Fan Proton Preve Radiator Fan Radiator Fan Proton Preve Radiator Fan Proton Preve Rosak Suis Relay Radiator Fan
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Duit hasil jual kereta menggunakan invoice kedai used car akan disburse ke kedai used car terlebih dahulu

    Duit Hasil Jual Kereta Kepada Direct Buyer Melalui Kedai Used Car

    20/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.