Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Zeekr

    Zeekr Geely Kereta Elektrik Premium Mewah

    adminBy admin10/10/2024Updated:10/10/2024No Comments4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Rasanya semua orang kenal dengan kereta buatan Geely di Malaysia betul? Tetapi tahukah anda yang syarikat automotif kenderaan elektrik Geely ada melancarkan syarikat sub brand yang menghasilkan kereta elektrik jenis premium dan mewah dengan jenama Zeekr. Mudah cerita Zeekr adalah anak syarikat di bawah Geely. Ya, kita mungkin merasakan kereta Geely melalui Proton sudah nampak premium. Tetapi Zeekr lebih lebih lagi premium. Dengan kata lain, sudah pastilah harga sebuah kenderaan buatan Zeekr akan lebih mahal berbanding kereta buatan Proton Geely. Jelas? Faham?

    Mungkin ramai yang masih keliru dengan penjenamaan anak syarikat seperti ini. Tahukah anda, syarikat automotif besar seperti Toyota ada anak syarikat yang bernama Lexus? Dan tujuan Lexus adalah menghasilkan kenderaan yang mewah dan premium. Tahukah anda yang syarikat BYD juga ada anak syarikat yang bernama Denza. Dan Denza menghasilkan kenderaan premium mewah. Tahukah anda yang syarikat Chery juga ada anak syarikat yang bernama Jaecoo yang juga menghasilkan kenderaan premium mewah. Jadi begitu jugalah halnya antara Geely dan juga Zeekr. Harap maklum ya.

    Ranking brand jualan kenderaan di China. Geely no 2 dari segi jumlah jualan
    Ranking brand jualan kenderaan di China. Geely no 2 dari segi jumlah jualan. Gambar kredit kepada https://autonews.gasgoo.com/

    Beli Kereta Elektrik Zeekr Secara Online

    Untuk pasaran Malaysia, antara kereta yang terawal dilancarkan dan dijual adalah Zeekr X dan juga Zeekr 009. Zeekr X adalah dari kategori SUV dan Zeekr 009 pula adalah kategori MPV jenis besar. Kalau anda tanya saya, kedua dua kategori ini memang sesuai untuk pasaran dan permintaan semasa dalam market Malaysia. Masing masing ada peminatnya yang tersendiri.

    Gambar kereta elektrik Zeekr 007
    Gambar kereta elektrik Zeekr 007. Gambar kredit kepada https://en.wikipedia.org/wiki/Zeekr
    Gambar kereta elektrik Zeekr 001
    Gambar kereta elektrik Zeekr 001. Gambar kredit kepada https://en.wikipedia.org/wiki/Zeekr
    Gambar kereta elektrik Zeekr Mix 001
    Gambar kereta elektrik Zeekr Mix 001. Gambar kredit kepada https://en.wikipedia.org/wiki/Zeekr
    Gambar kereta elektrik Zeekr 7X
    Gambar kereta elektrik Zeekr 7X. Gambar kredit kepada https://en.wikipedia.org/wiki/Zeekr

    Senarai Kenderaan Zeekr

    • Zeekr 001 (2021–present)
    • Zeekr 007 (2023–present), mid-size sedan
    • Zeekr 009 (2023–present), full-size MPV
    • Zeekr X (2023–present), subcompact SUV
    • Zeekr 7X (2024–present), mid-size SUV
    • Zeekr Mix (2024–present), compact MPV

    Untuk pasaran Malaysia, kereta keluaran Geely dipasarkan sebagai model kenderaan PROTON. Kereta kereta seperti Proton X50, X70, X90 dan juga S70 sebenarnya adalah kereta buatan Geely. Cuma ianya di pasarkan sebagai kereta keluaran Proton. Ini kerana pegangan syarikat Proton dibeli dan dimiliki sebanyak 49% oleh Geely. Dengan kata lain, Geely memang tidak akan menjual kereta mereka dengan jenama Geely di Malaysia.

    Kenapa saya tulis Zeekr Geely? Sebab Zeekr adalah anak syarikat Geely yang memang ditubuhkan yang mana fokusnya hanya untuk menghasilkan kenderaan dalam kategori tersebut iaitu kategori premium dan mewah.

    Sebenarnya Proton tidaklah salah pilih dengan mengambil Geely sebagai rakan kongsi untuk membangunkan kereta Proton.  Dari segi data jualan terkini jelas menunjukkan jumlah kenderaan penumpang buatan Geely adalah tinggi malah berjaya menduduki ranking no 2 selepas BYD. Jadi adakah berbaloi untuk beli kereta Zeekr? Saya tidak akan mengatakan ianya berbaloi 100% kerana ianya dibina oleh sebuah syarikat yang baharu. Akan tetapi oleh kerana ianya adalah anak syarikat kepada Geely, maka ianya pasti mempunyai laluan yang baik untuk berkembang dan berdaya saing. Kenapa?

    Gambar kereta elektrik Zeekr X
    Gambar kereta elektrik Zeekr X. Gambar kredit kepada https://en.wikipedia.org/wiki/Zeekr

    Untuk maklumat anda, Geely ada bekerjasama dengan Mercedez-Benz dan menghasilkan kereta elektrik Smart#3. Dan platform yang sama untuk membina Smart#3 ini digunakan untuk menghasilkan kereta elektrik Zeekr X. Jadi berbaloi atau tidak? Kalau anda tanya saya, sudah tentu berbaloi. Zaman sekarang teknologi yang sama digunakan sesama sendiri sebagai usaha untuk mempercepatkan proses pembuatan yang mana terbukti tahan lasak dan dapat mengurangkan kos pembuatan.

    Siapa pesaing Zeekr 009? Kalau anda lihat gambar, rasanya saya tidak perlu kata pun anda sendiri sudah boleh agak. Pesaing bagi Zeekr 009 adalah Toyota Alphard. Cumanya Alphard adalah sebuah kenderaan dengan sumber tenaga adalah dari minyak petrol atau diesel sedangkan Zeekr 009 adalah dari bateri kerana ianya adalah sebuah kenderaan elektrik 100%.

    Gambar kereta elektrik Zeekr 009
    Gambar kereta elektrik Zeekr 009. Gambar kredit kepada https://en.wikipedia.org/wiki/Zeekr

    Saya adalah ejen yang menjual kereta baru di Malaysia. Saya jual ke semua brand jenama kereta yang ada di Malaysia. Dan saya melakukan marketing pemasaran tentang kereta secara online. Saya boleh menghubungi anda dengan sales advisor (SA) yang berdekatan dengan tempat tinggal anda. Anda berminat untuk membeli dan melakukan urusan booking dan pembelian kereta secara online, sila hubungi saya ya. Dan Zeekr adalah salah satu brand yang saya ada.

    Submit Dokumen Melalui Whatsapp

    • [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.

    Jika anda hendak mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut berkenaan apa apa jenis model kereta baru Zeekr ini, sila contact saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Saya boleh berikan gambar kereta, flyers, brochure, list harga termasuk berapakah bayaran bulanan yang dikenakan. Mesej sahaja saya melalui Whatsapp di atas ini ya. Anda juga boleh booking untuk test drive kereta Zeekr secara online melalui saya untuk anda di kawasan tempat anda. Selamat membeli kereta Zeekr baru. BYE!!!.

    Bayaran Bulanan Kereta Zeekr Beli Kereta Zeekr Gambar Kereta Zeekr Harga Kereta Zeekr Kereta Elektrik Zeekr Kereta Zeekr Kereta Zeekr Baru Kereta Zeekr Malaysia Spesifikasi Kereta Zeekr
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.