Kereta “SMART” adalah sebuah kenderaan elektrik jenis sub-compact dengan kerjasama antara Mercedes Benz dan juga Geely Holding Group. Masing masing memegang pegangan syarikat ini sebanyak 50% & 50%. Jadi tahulah kita bahawa kereta elektik jenama Smart yang ada di pasaran sekarang adalah kereta buatan Jerman dan juga China. Saya sendiri pun baru tahu setelah ambil tahu tentang syarikat ini selepas majlis pelancaran kereta Smart#3.
Dulu saya ingatkan kereta Smart#1 adalah sebuah brand kereta di bawah anak syarikat Mercedes Benz semata mata kerana ada logo “Brabus”. Maklumlah perkataan Brabus adalah sinonim dengan Mercedes Benz. Rupa rupanya Brabus adalah sebuah syarikat tuning automotif yang khusus untuk menawarkan prestasi tinggi kepada kereta. Jadi kalau ada kereta dengan logo Brabus, fahamlah kita bahawa kereta itu telah di tune untuk high performance.
Harga Smart#3 Baru
Untuk pengetahuan anda, Smart#3 telah dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada 10 July 2024. Dan ada 3 variant yang ditawarkan iaitu Smart#3 Pro, Smart#3 Premium dan Smart#3 Brabus. Harga kereta? Harga kereta Smart 3 ini tidaklah begitu murah. Ianya sebuah kereta EV dan dalam masa yang sama ianya direka bentuk oleh syarikat Mercedes Benz. Range harga adalah antara RM175K – RM255K. Saya kongsikan detail berkenaan kereta ini melalui perkongsian di bawah ini.
Spesfikasi Kereta Smart#3
- Motor : Permanent Magnet Synchronous Motor (PMSM)
- Power Output : 268HP/343Nm
- Power Output : 422HP/543Nm
- Gearbox : 1-speed direct-drive
- Segmen : Compact crossover SUV segmen C
- Jarak Roda : 2785mm
- Panjang : 4400mm
- Lebar : 1844mm
- Tinggi : 1556mm
- Luas Bonet : 370L
- Airbag : 7 Beg Udara
- Safety Features : ABS, EBD, BA, ESC, TCS, HSA & ADAS
- Berat : 1820KG
- Charging Rate:
- AC : 22kW : 10-80% SoC in three hours
- DC : 150kW : 10-80% SoC in 30 minutes
- Driving Range (Estimated) : 325KM-455KM
Secara peribadi saya memang tidak suka mana mana kereta elektrik (EV) yang mempunyai range jarak pemanduan 350KM. Bagi saya, paling minima pun mestilah mampu bergerak sejauh 400KM setiap kali cas penuh 100%. Jadi adalah berbaloi kalau anda beli kereta variant Smart#3 Premium atau Smart#3 Brabus. Namun ini adalah pendapat sayalah. Mungkin anda berbeza.
Harga Kereta Elektrik Smart#3
- Kereta Smart 3 Pro : RM175K
- Kereta Smart 3 Premium : RM215K
- Kereta Smart 3 Brabus : RM255K
Kadar Kapasiti Bateri Kereta Smart#3
- Kereta Smart 3 Pro : 49kWh
- Kereta Smart 3 Premium : 66kWh
- Kereta Smart 3 Brabus : 66kWh
Berbaloi untuk beli Smart#3 Premium atau Smart#3 Brabus untuk jarak pemanduan (range) yang lebih jauh sebelum kehabisan tenaga bateri kereta.
Kadar Range Perjalanan Kereta Elektrik Smart#3
- Kereta Smart 3 Pro : 325KM WLTP (rear motor)
- Kereta Smart 3 Premium : 455KM WLTP (rear motor)
- Kereta Smart 3 Brabus : 415KM WLTP (dual motor)
Standard Warranty Smart#3
- Bateri : 200000KM @ 8 tahun
- Komponen Elektrik : 150000KM @ 8 tahun
- Kereta : 4 tahun
- Alat Ganti : 2 tahun
- Perkhidmatan bantuan : 24 jam & 7 hari seminggu
Pengecas Rumah Smart#3
- Smart#3 Pro (7.2kW ac charging) – 10-80% SoC in six hours
- Smart#3 Premium & Brabus (22kW ac charging) – 10-80% SoC in three hours
Bila bercakap tentang pengecasan pastas, ianya hanya boleh di dapati di stesen pengecas kenderaan EV sahaja. Dan rumah kediaman memang tidak ada sokongan untuk menawarkan kadar pengecasan voltan tinggi. Namun adakah pengecas 7.2kW dan 22kW sesuai untuk mengecas bateri kereta EV di rumah? Jawapannya adalah ya!!!.
Kalau dilihat dari data di atas ini, pengecas AC 7.2kW untuk kegunaan di rumah mampu mengecas bateri kereta penuh dalam 6 jam lamanya. Untuk 22kW adalah selama 3 jam. Anda balik kerja, terus cas kereta dari malam sampai ke pagi, tempoh 6 jam adalah masa yang lebih dari cukup sebenarnya. Dalam hal ini, walaupun pengecas AC untuk Smart#3 Pro tidak pantas, tetapi untuk kegunaan di rumah adalah sudah memadai.
Bagaimana dari segi design reka bentuk. Saya suka dengan rekaan exterior Smart#3 ini. Tidak ada komen sama sekali. Smart#3 ini saiznya adalah sedikit lebih besar dari Smart#1. Kalau anda tanya samada selesa atau tidak, sudah tentulah kereta Smart EV yang baru ini lebih selesa dalam soal ruang kabin nya. Berapa harga dan bayaran bulanan? Sila lihat gambar pertama di atas ini ya.
Jom Submit Loan Untuk Kereta Smart#3 Secara Online Sekarang!!!
Apa offer dan promosi jika anda beli kereta baru online melalui saya? Sila klik dan baca dulu ya. Saya adalah ejen penjual kereta yang menjual kereta baru dari Perodua, Honda, Mitsubishi, Nissan, Proton, Toyota, KIA, MG dan juga SMART EV!!!. Kenapa saya tuliskan beli kereta baru secara online? Maksudnya anda boleh untuk submit dokumen untuk tujuan check samada anda layak untuk lulus loan bank kereta atau tidak. Dan jika lulus, anda boleh datang ke showroom untuk melihat kereta sebelum bersetuju untuk sign loan agreement tersebut. Boleh ker submit loan untuk anda di seluruh semenanjung Malaysia? Boleh jer!!!
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.
Jika anda hendak mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut berkenaan apa apa jenis model kereta baru Smart EV ini, sila contact saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Saya boleh berikan gambar kereta, flyers, brochure, list harga termasuk berapakah bayaran bulanan yang dikenakan. Mesej sahaja saya melalui Whatsapp di atas ini ya. Anda juga boleh booking untuk test drive kereta Smart EV secara online melalui saya untuk anda di kawasan tempat anda. Dan pihak kami juga boleh untuk hantar kereta baru tersebut terus ke alamat rumah anda di seluruh semenanjung Malaysia jika mahu. Selamat membeli kereta elektrik Smart#3 baru. BYE!!!.