Salam kepada pembaca. Adakah anda sedang melakukan survey untuk mencari kereta baru secara online? Jika ya, anda di halaman yang betul. Boleh ker beli kereta baru secara online. Maksud beli kereta online bukan macam klik klik beli di Shopee ya. Tetapi ianya bermaksud mana mana urusan yang boleh dilakukan secara online bagi memudahkan urusan, maka ianya boleh dilakukan. Anda hendak beli kereta Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi dan lain semuanya boleh. Jangan tidak tahu, hendak kereta dihantar terus ke rumah pun boleh. Wow!!! Jangan tidak percaya pula!
Bila bercakap tentang hendak beli kereta. Prosedur yang biasa dilakukan adalah anda lihat kereta di showroom, test drive kereta, lihat berapa bayaran bulanan yang dikenakan. Jika berpuas hati dengan kereta tersebut, maka anda akan diminta untuk berikan beberapa dokumen untuk proses submit loan kereta. Jika loan diluluskan, maka anda boleh tandatangan borang perjanjian jual beli kenderaan sebagai tanda setuju beli kereta. Ini adalah proses yang biasa jika anda ingin membeli mana mana kereta di mana mana showroom di seluruh Malaysia.
Panduan Mudah Beli Kereta Baru (Submit Loan Kereta Online)
Tapi apa beza jika beli kereta baru secara online? Macam yang saya cerita di awal awal tadi. Mana mana urusan yang boleh dilakukan secara online, maka itu adalah pilihan yang ditawarkan. Anda akan diminta untuk berikan dokumen melalui Whatsapp sahaja. Dan kemudian SA (sales advisor/salesman) akan hantar permohonan loan kereta anda kepada beberapa bank. SA kemudian akan inform anda samada permohonan untuk mendapatkan loan kereta anda lulus atau tidak.
Saya berikan situasi untuk anda fahamkan. Anda sudah penat penat datang ke showroom untuk melihat kereta idaman anda. Anda sudah test drive yang menyebabkan anda yakin itu adalah kereta yang tepat untuk anda. Kemudian anda berikan dokumen yang diminta. Last last dapat tahu yang request loan anda gagal aka rejected. Sedih dan kecewa bukan? Tapi kalau awal awal terus buat submit loan untuk “test”. Kalau dapat tahu tidak lulus pun tidaklah rasa ralat sangat. Dan kalau dapat tahu lulus, memang hati akan terasa berbunga hendak shoping mencari kereta idaman. Setuju?
Tapi ianya bukanlah bermaksud anda tidak boleh datang ke showrooms sebelum proses submit loan. Boleh sahaja. Ianya adalah pilihan sahaja. Sebab lain orang lain kehendak dia. Ada orang hendak datang ke showroom untuk lihat kereta dahulu. Selepas berpuas hati, baru hendak proceed untuk tindakkan seterusnya. Ada orang lain pula tidak kisah hanya lihat gambar kereta. Dia hendak mudah sahaja. Jadi terus submit dokumen untuk check samada loan lulus atau tidak. Hanya selepas lulus loan barulah datang ke kedai showroom untuk test kereta. Jelas? Faham?
Cara Beli Kereta Secara Online
- Saya kongsikan gambar kereta yang anda mahukan
- Saya kongsikan senarai harga kereta termasuk bayaran bulanan
- Jika anda berminat, sila berikan dokumen yang saya perlukan untuk membuat permohonan loan kereta (submit loan) kepada pihak bank seperti;
- IC depan belakang
- Lesen memandu depan belakang
- Slip gaji bulan terbaru;
- 3 bulan jika anda pekerja kerajaan
- 6 bulan jika anda pekerja swasta
- Bank statement terbaru;
- 6 bulan jika anda pekerja swasta atau peniaga
- Daftar Niaga SSM jika anda bekerja sendiri
- Jika loan bank lulus, anda boleh ke showroom untuk melihat kereta dan test drive
- Jika tidak berpuas hati, anda boleh tolak offer loan bank tersebut tanpa masalah
- Jika berpuas hati, anda boleh terus sign loan bank tersebut on the spot
- Masa menunggu kereta bergantung kepada stok kereta di pusat jualan kereta tersebut atau giliran untuk menerima kereta di pusat showroom tersebut. Boleh bertanya kepada dealer untuk status semasa penghantaran kereta anda.
Ok saya sudah bercerita tentang cara beli kereta baru secara online. Saya harap anda faham maksud “online” yang saya maksudkan di atas ini ya. Sekarang saya hendak cerita mengenai SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA pula. Ada apa?
Kenapa ada orang suka berurusan secara online? Sebab ada di antara mereka yang suka untuk memilih kaedah yang mudah. Jenis yang tidak suka susah susah hendak pening kepala, buang masa dan buang tenaga. Dengan kata lain ada di antara mereka ini tidak kisah pun kalau beli kereta di mana mana seluruh Malaysia asalkan kereta dihantar terus ke rumah. Nampak macam berisiko tetapi memang ada individu yang jenis seperti ini. Adakah anda dari kategori ini?
Test Drive Kereta Di Rumah
- Proton – Ketika artikel ini ditulis, hanya Proton Selangor yang menawarkan servis untuk hantar kereta ke rumah untuk customer lakukan pandu uji (test drive) di seluruh KL & Selangor
- Perodua – Hanya boleh lakukan test drive kereta di showroom sahaja
- Honda – Hanya boleh lakukan test drive kereta di showroom sahaja
- Toyota – Hanya boleh lakukan test drive kereta di showroom sahaja
Kereta Dihantar Terus Ke Rumah
- Proton – Boleh hantar (deliver) ke semua model kereta Proton seluruh semenanjung Malaysia
- Perodua – Boleh hantar (deliver) ke semua model kereta Perodua seluruh semenanjung Malaysia
- Honda – Boleh hantar (deliver) ke semua model kereta Honda seluruh semenanjung Malaysia
- Toyota – Boleh hantar (deliver) ke semua model kereta Toyota seluruh semenanjung Malaysia
Kereta Apa Boleh Beli Secara Online
Ke semua model kereta samada dari Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi dan lain boleh di hantar terus ke rumah customer yang telah lulus loan dan sign agreement perjanjian beli kereta dengan pihak bank ke seluruh semenanjung Malaysia.
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.
Sedikit info kepada pembaca. Saya adalah ejen (referrer) kepada salesman/sales advisor (SA) untuk servis center/showroom Proton area KL/Selangor. Saya juga ejen kepada broker untuk kereta Perodua, Honda, Toyota dan brand kereta yang lain. Dan salah satu sebab saya ejen kepada SA proton Selangor adalah kerana memberikan khidmat test drive kereta proton baru terus di rumah anda untuk kawasan KL & Selangor. Dan dalam masa yang sama SA ini juga menawarkan khidmat untuk hantar terus kereta yang berjaya dibeli (lulus loan + sign agreement) ke alamat rumah anda di seluruh semenanjung Malaysia untuk ke semua model brand kereta baru. Harap maklum ya.
Atas sebab inilah kenapa saya menawarkan khidmat menjual kereta baru untuk ke semua model brand kereta secara online untuk memudahkan anda. Dan kami juga boleh menawarkan khidmat penghantaran kereta anda ke seluruh semenanjung Malaysia. Namun ini hanya pilihan kepada anda yang memang mahukan perkhidmatan seperti ini. Jika anda dari KL dan Selangor, anda boleh buat booking untuk datang dan test drive kereta di Showroom kalau berminat. Mahu beli kereta baru? Sila hubungi saya sekarang melalui link Whatsapp di atas ini ya. BYE!!!.