Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Hendak Beli Kereta Mahal Tapi Gaji Kecil
    Beli Kereta Baru

    Hendak Beli Kereta Mahal Tapi Gaji Kecil

    adminBy admin03/11/2024No Comments7 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Sebenarnya sudah ada banyak kisah viral berkenaan individu yang baru hendak beli kereta yang mereka inginkan tetapi gaji mereka pula hanya cukup cukup makan sahaja. Kisah terbaru, ada individu yang mahu beli kereta Honda FL1 tetapi gaji bersih cuma RM1100 sahaja. Bagi saya kes kes seperti ini tidak boleh pukul rata untuk semua orang. Yang pertama samada mereka tidak tahu harga dan bayaran bulanan kereta yang akan mereka kena bayar nanti. Yang kedua pula adalah dari kalangan individu yang memang bernafsu besar walaupun sedar gaji cuma sedikit iaitu kecil.

    Ambil contoh isteri saya sendiri. Sejak dari zaman bujang hingga berkahwin dengan saya, beliau tidak pernah ada hutang apa apa. Tiada loan rumah, tiada hutang kad kredit, tiada pinjaman pendidikan dan juga tiada loan kereta. Apabila berkahwin dengan saya, kami mula hendak buat hutang baru dengan beli kereta, isteri mencadangkan beli kereta baru sekian dan sekian. Apabila saya beritahu bayaran bulanan yang akan kena bayar nanti, beliau terkejut tidak sangka “harga mahal” untuk memiliki sebuah kereta yang beliau inginkan.

    Keratan akhbar viral mengenai anak muda mahu beli kereta mahal tetapi gaji kecil
    Keratan akhbar viral mengenai anak muda mahu beli kereta mahal tetapi gaji kecil

    Gaji Kecil Beli Kereta Mahal Boleh Ker?

    Jadi tidak hairan kalau ada tersangat ramai individu yang masuk ke dalam group kereta idaman seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota dan lain lain, akan ada yang tanya, kalau gaji sekian dan sekian lepas atau tidak untuk buat loan kereta tersebut. Majoritinya adalah TIDAK LEPAS atau TIDAK LAYAK kerana bergaji kecil tetapi minat kereta yang mahal. Sebab apa? Sebab macam kisah isteri saya juga tadi, iaitu tidak pernah beli kereta dan tidak tahu berapa bayaran bulanan yang akan dikenakan. Ini sahaja sebabnya.

    Cadangan? Sila ukur baju dibadan sendiri. Jangan tambah komitmen ikut selera nafsu. Lebih baik ada duit dalam poket dan boleh hidup aman berbanding ada kereta idaman tetapi tidak cukup duit untuk isi minyak kereta. Anda pilih yang mana?

    Jadi macam mana hendak pilih kereta yang layak dengan gaji? Kaedah selamat adalah, sila pastikan duit untuk buat hutang loan kereta adalah 30% dari gaji bersih anda. Kalau gaji bersih anda adalah RM1500, maknanya jumlah duit yang anda yang layak untuk diguna untuk bayar loan kereta adalah sebanyak RM1500 x 30% = RM450. Anda mahu beli kereta dengan bayaran bulanan RM500 pun boleh. Jadi baki gaji tinggal RM1000 sebulan untuk anda bayar sewa rumah atau beli rumah dan duit belanja makan setiap bulan anda termasuk isi minyak kereta.

    Cadangan bank adalah, hanya guna 15% sahaja dari gaji anda untuk beli kereta supaya anda selamat dalam kewangan anda. Fikir fikir ya. Kalau gaji RM1500, boleh beli kereta berharga RM1500 x 15% = RM225 sahaja. Cuma layak beli kereta Perodua Axia manual sahaja. Harga bayaran kereta Axia manual pun RM250 sebulan untuk 9 tahun. Kiraan 30% di atas tadi adalah kiraan maximum dari gaji bersih anda ya. Lebih rendah adalah lebih baik. Harap maklum.

    Seronoknya berjaya beli kereta baru Perodua Axia
    Seronoknya berjaya beli kereta baru Perodua Axia

    Gaji Bersih RM1500 Boleh Beli Kereta Apa?

    • 30% dari gaji bersih = RM450
    • Beli kereta dengan bayaran installment bulanan RM450 sahaja
    • Baki gaji bersih adalah RM1500 – RM450 = RM1050
    • Baki gaji RM1050 untuk sewa rumah, beli rumah, duit minyak kereta dan belanja dapur bulanan
    • Kereta apa boleh beli dengan RM450 sebulan? Anda layak beli kereta;
      • Perodua Axia
      • Perodua Bezza
      • Proton Saga
    Gambar Hadapan Tepi Perodua Myvi Merah Baru
    Gambar Hadapan Tepi Perodua Myvi Merah Baru

    Gaji Bersih RM2000 Boleh Beli Kereta Apa?

    • 30% dari gaji bersih = RM600
    • Beli kereta dengan bayaran installment bulanan RM600 sahaja
    • Baki gaji bersih adalah RM2000 – RM600 = RM1400
    • Baki gaji RM1400 untuk sewa rumah, beli rumah, duit minyak kereta dan belanja dapur bulanan
    • Kereta apa boleh beli dengan RM600 sebulan? Anda layak beli kereta;
      • Proton Iriz
      • Proton Persona
      • Perodua Myvi
    Pandangan Hadapan Kereta Perodua Ativa
    Pandangan Hadapan Kereta Perodua Ativa

    Gaji Bersih RM2500 Boleh Beli Kereta Apa?

    • 30% dari gaji bersih = RM750
    • Beli kereta dengan bayaran installment bulanan RM750 sahaja
    • Baki gaji bersih adalah RM2500 – RM750 = RM1750
    • Baki gaji RM1750 untuk sewa rumah, beli rumah, duit minyak kereta dan belanja dapur bulanan
    • Kereta apa boleh beli dengan RM750 sebulan? Anda layak beli kereta;
      • Perodua Ativa
      • Perodua Alza
    Pandangan Hadapan Proton S70 Biru
    Pandangan Hadapan Proton S70 Biru

    Gaji Bersih RM3000 Boleh Beli Kereta Apa?

    • 30% dari gaji bersih = RM900
    • Beli kereta dengan bayaran installment bulanan RM900 sahaja
    • Baki gaji bersih adalah RM3000 – RM900 = RM2100
    • Baki gaji RM2100 untuk sewa rumah, beli rumah, duit minyak kereta dan belanja dapur bulanan
    • Kereta apa boleh beli dengan RM900 sebulan? Anda layak beli kereta;
      • Perodua Aruz
      • Proton S70
    Pandangan Hadapan Honda City Hitam
    Pandangan Hadapan Honda City Hitam

    Gaji Bersih RM3500 Boleh Beli Kereta Apa?

    • 30% dari gaji bersih = RM1050
    • Beli kereta dengan bayaran installment bulanan RM1050 sahaja
    • Baki gaji bersih adalah RM3500 – RM1050 = RM2450
    • Baki gaji RM2450 untuk sewa rumah, beli rumah, duit minyak kereta dan belanja dapur bulanan
    • Kereta apa boleh beli dengan RM1050 sebulan? Anda layak beli kereta;
      • Semua kereta baru Perodua
      • Proton X50
      • Toyota Vios
      • Toyota Yaris
      • Honda City
      • Nissan Almera
    Gambar pandangan hadapan kereta Mitsubishi Xpander Facelift
    Gambar pandangan hadapan kereta Mitsubishi Xpander Facelift

    Gaji Bersih RM4000 Boleh Beli Kereta Apa?

    • 30% dari gaji bersih = RM1200
    • Beli kereta dengan bayaran installment bulanan RM1200 sahaja
    • Baki gaji bersih adalah RM4000 – RM1200 = RM2800
    • Baki gaji RM2800 untuk sewa rumah, beli rumah, duit minyak kereta dan belanja dapur bulanan
    • Kereta apa boleh beli dengan RM1200 sebulan? Anda layak beli kereta;
      • Semua kereta baru Perodua
      • Proton X90
      • Toyota Veloz
      • Toyota Hilux manual
      • Honda W-RV
      • Nissan Navara manual
      • Mitsubishi Triton manual
      • Mitsubishi Xpander

    Ya, saya tahu apa yang saya tulis dan kongsikan ini akan tidak disukai oleh golongan muda yang baru mula bekerja. Malah saya tuliskan 30% dari gaji anda untuk beli kereta. Kalau bank hanya mahu lihat 15% sahaja macam mana? Sudah tentu kelayakkan anda untuk dapatkan kereta idaman adalah lebih rendah. Saya tulis sebab saya sudah ada sedikit pengalaman hidup maksudnya sudah berkahwin, sudah beli rumah, kena belanja dapur setiap bulan, anak sekolah, bayar bil sana sini dan banyak lagi. Gaji yang kita dapat bukan untuk beli kereta semata mata. Tetapi untuk keperluan hidup yg selesa.

    Pandangan Hadapan Honda Civic RS Merah
    Pandangan Hadapan Honda Civic RS Merah

    Kalau anda hendak beli kereta Honda Civic, Honda CRV dan lain lain yang lebih mahal, sila pastikan gaji bersih anda adalah RM5000 dan ke atas. Bayaran bulanan untuk memiliki kereta Honda Civic yang paling murah pun adalah RM1500 sebulan ya. Ya anda tetap boleh beli kereta idaman yang nampak mewah dengan gaji kecil anda. Tetapi ianya ibarat anda hanya paksa keringkan poket anda sahaja. Beli kereta baru sekarang pun bukan boleh buat full loan, anda wajib berikan 10% downpayment. Belum kena servis kereta, isi minyak dan banyak lagi kalau rosak. Bersedia dengan kos tersebut?

    Agak kelakar bila viral berkenaan soalan berapa gaji selepas tamat pendidikan di universiti, ramai bakal graduan mahasiswa menyangka gaji mereka RM3000 dan ke atas. Kenapa kelakar? Sebab ramai yang sudah bekerja kini hendak dapat RM3000 sebulan pun payah. Ini realiti. Gaji fresh graduate diploma pun cuma RM1500 sebulan. Lepasan ijazah pun cuma RM2500 sebulan.

    Pandangan Hadapan Proton X50 Merah
    Pandangan Hadapan Proton X50 Merah

    Sebelum dan selepas memiliki kereta adalah dua hal yang berbeza. Ya anda mungkin layak dapat kereta Proton X50 idaman anda. Sebulan kena bayar RM1000 setiap bulan selama 9 tahun. Katakan gaji bersih anda cuma RM2000 sebulan. Bayar loan kereta RM1000, tinggal baki RM1000 lagi. Kereta kena servis setiap 10000KM. Hendak servis kereta kena minima RM500. Isi minyak kereta sebulan habis RM300 sebagai contoh. Lepas setahun kena renew insurans kereta kena RM2000. Belum kalau kereta rosak kena keluar duit lagi? Inilah yang kita sebut sebagai beli kereta ikut kemampuan dan bukan ikut nafsu!

    Submit Dokumen Melalui Whatsapp

    • [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.

    Tidak kisahlah anda bergaji berapa. Kalau anda ingin beli kereta baru sesuai dengan kelayakkan gaji bersih anda, sila hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Saya akan cuba bimbing anda untuk mencari kereta manakah yang boleh lulus lepas loan dengan pihak bank. Tidak perlu datang showroom pun boleh. Hanya berikan dokumen dan saya akan submit ke bank untuk semak samada kereta yang anda mahukan itu lulus loan atau tidak. Hanya selepas lulus, barulah ke ofis untuk sain dokumen. Berminat? Hubungi saya sekarang juga ya. BYE!!!.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Pandangan hadapan kereta baru Volkswagen Tiguan Elegance Warna Silver

    Beli Kereta Baru Volkswagen Tiguan Allspace

    20/05/2025
    Pandangan hadapan kereta BYD Sealion 7

    Beli Kereta BYD Sealion 7 Baru Malaysia

    14/04/2025
    Gambar hadapan tepi kereta Volkswagen Arteon R-Line warna biru

    Beli Kereta Baru Volkswagen Online Seluruh Malaysia

    11/11/2024
    Contoh kiraan bayaran insurans kereta Perodua Myvi 1.5cc yang baru

    Jenis Senarai Kos Untuk Beli Kereta Baru

    04/10/2024
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Kereta import terpakai recond BMW 118i M Sport warna merah

    Senarai Kereta Recond BMW Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Daihatsu Canbus Stripes G Turbo warna beige putih

    Senarai Kereta Recond Daihatsu Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Honda Nbox Custom Turbo warna hitam

    Senarai Kereta Recond Honda Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Toyota Landcruiser warna beige

    Senarai Kereta Recond Toyota Tahun 2026

    17/01/2026
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.