Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru Monday, July 14
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Subscribe
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Beli Kereta Baru
    Home » Maksud Gaji Kasar, Gaji Bersih Dan Gaji Pokok
    Info

    Maksud Gaji Kasar, Gaji Bersih Dan Gaji Pokok

    adminBy admin26/09/2024No Comments4 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Telegram Email WhatsApp

    Semasa saya mula mula kerja dahulu, pening jugalah memikirkan hal ini. Ini kerana kita sudah kira yang kita akan mendapat gaji sekian dan sekian. Dan selepas itu kita dapat gaji lain dari yang kita kira sendiri. Bila lihat slip gaji (payslip) pula, ada potongan potongan tertentu yang kita sendiri kurang faham ianya untuk apa dan kenapa. Atas sebab itu, saya mahu bercerita ringkas berkenaan gaji kasar, gaji bersih dan gaji pokok kepada anda. Di harap anda baca dengan teliti dan dapat fahaminya dengan baik.

    Baiklah, apa yang ingin saya terangkan ini adalah berpandukan gaji seorang pekerja swasta. Saya tidak pasti samada potongan gaji pekerja kerajaan adalah sama dengan pekerja swasta atau tidak. Cuma tafsiran saya, ianya mungkin berbeza. Namun asas maksud gaji kasar, gaji bersih dan gaji pokok rasanya sama sahaja. Yang penting dari penerangan ini nanti adalah, anda faham akan perbezaan tersebut. Tidaklah nanti semasa anda ingin mengisi borang dan diminta untuk mengisi maklumat gaji anda nanti, anda tidak terkeliru. Jelas ya.

    Maklumat lengkap berkenaan gaji kasar, gaji bersih dan gaji pokok ada di payslip
    Maklumat lengkap berkenaan gaji kasar, gaji bersih dan gaji pokok ada di payslip

    Gaji Kasar, Gaji Bersih Dan Gaji Pokok

    Apa yang di maksudkan dengan GAJI POKOK. Gaji pokok adalah gaji asas anda tanpa apa apa elaun atau dicampurkan dengan gaji lebih masa (OT). Biasanya kalau anda hendak kerja, maka pihak majikan akan memberitahu anda berapakah gaji yang mereka tawarkan secara asas, itulah dia gaji pokok. Misalnya, kalau anda kerja sebagai operator, maka mereka beri gaji asas anda dalam RM1000. Jika anda kerja sebagai juruteknik, mereka beri anda gaji asas RM1500. Gaji pokok adalah gaji asas yang belum dicampurkan dengan apa apa elaun atau gaji kerja lebih masa. Itulah dia gaji pokok. Jelas?

    Contoh gaji bersih yang dapat dari kilang Venture Electronics Bayan Lepas Penang
    Contoh gaji bersih yang dapat dari kilang Venture Electronics Bayan Lepas Penang

    Apa yang di maksudkan dengan GAJI KASAR. Gaji kasar bermaksud gaji yang anda terima secara keseluruhan dalam 1 bulan sebelum dilakukan apa apa pemotongan pun. Anda dapat gaji pokok, dapat gaji dari kerja lebih masa (OT), dapat elaun makan jika ada, dapat elaun kerajinan jika ada, dapat elaun shift kerja malam/siang jika ada, dapat elaun toll jika melalui highway jika ada, dapat elaun minyak petrol jika ada dan sebagainya. Jika semua ini dicampurkan, maka itulah dia gaji kasar anda dalam sebulan.

    1. MauKerja – portal cari kerja berbahasa melayu yang semakin popular
    2. JobStreet – website cari kerja yang paling popular di Malaysia

    Apa yang di maksudkan dengan GAJI BERSIH. Gaji bersih adalah gaji yang sama seperti gaji kasar tetapi selepas potongan dibuat. Biasanya majikan akan membuat potongan dari pihak anda mengikut panduan undang undang pekerja seperti potongan simpanan kwsp biasanya dalam 11%, potongan socso untuk bantuan kewangan jika tercedera ketika dalam masa bekerja, potongan cukai pendapatan jika sudah layak dikenakan cukai dan juga potongan EIS iaitu bantuan kewangan selama 6 bulan jika anda terpaksa diberhentikan kerja secara paksa kerana faktor kewangan syarikat. Selepas potongan dibuat, maka gaji baki yang tinggal itulah dia gaji bersih anda. Mudah cerita, gaji bulanan yang masuk ke akaun bank anda setiap bulan itulah dia gaji bersih anda.

    Adakah anda sudah faham dengan maksud dan perbezaan antara gaji kasar, gaji bersih dan gaji pokok? Hendak lebih faham secara mudah begini. Anda kerja sebagai technician. Gaji asas yang ditawarkan kepada anda adalah RM1500. Dan gaji asas ini adalah Gaji Pokok. Anda pun buatlah kerja lebih masa iaitu OT selama beberapa hari dalam sebulan. Dan gaji dari kerja lebih masa iaitu OT anda dapat RM1000 sebulan. Maka jumlah gaji anda adalah RM1500 + RM1000 = RM2500 betul? Katakan dalam sebulan anda dapat elaun makan dan sebagainya sebanyak RM300. Maka jumlah gaji anda menjadi RM2500 + RM300 = RM2800 betul? Dan RM2800 ini adalah Gaji Kasar sebab belum kena tolak potongan wajib. Bila sudah tolak potongan kwsp, socso, cukai dan EIS, maka gaji anda tinggal RM2400 sebagai contoh. Dan RM2400 inilah yang akan menjadi Gaji Bersih yang anda dapat setiap bulan yang dimasukkan ke dalam akaun bank anda. Jelas?

    Submit Dokumen Melalui Whatsapp

    • [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.

    WhatsAppButtonGreenSmall

    Jadi bila anda hendak beli kereta baru, antara dokumen yang sangat penting yang penjual kereta minta dari anda adalah berkenaan slip gaji 3 bulan. Pihak bank mahu buat semakan tentang berapakah gaji pokok anda, berapa gaji kasar anda dalam sebulan dan berapakah baki gaji bersih yang tinggal selepas ditolak ke semua komitmen loan pinjaman bank yang anda ada. Dari situlah baru diketahui tentang kelayakkan anda untuk mendapatkan loan pembiayaan pembelian kereta. Jelas? Faham? Hendak beli kereta dan tanya tentang kelayakkan anda? Berikan slip gaji anda kepada saya untuk saya submit ke bank melalui link Whatsapp di atas ini. BYE!!!.

    gaji bersih gaji kasar gaji pokok maksud gaji bersih maksud gaji kasar maksud gaji pokok
    Share. WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Cara Dapat Cashback Di Tiktok & Shopee

    10/07/2025

    Tukar Minyak Enjin Perodua Myvi Guna Castrol

    09/07/2025

    Invois Beli Kereta Direct Owner

    09/07/2025

    Pricelist Harga Tukar Cermin Kereta Di Windscreen2U

    30/04/2025

    Scam Kereta Import Honda HR-V Port Klang

    15/04/2025

    Gambar Sebenar Sijil Puspakom B5

    15/04/2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini

    Cara Dapat Cashback Di Tiktok & Shopee

    10/07/2025

    Tukar Minyak Enjin Perodua Myvi Guna Castrol

    09/07/2025

    Tukar Getah Tingkap Cermin Kereta

    09/07/2025

    Invois Beli Kereta Direct Owner

    09/07/2025
    © 2025 BeliKeretaBaru. Designed by BeliKeretaBaru.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Ad Blocker Enabled!
    Ad Blocker Enabled!
    Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please support us by disabling your Ad Blocker.