Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru Sunday, July 13
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Subscribe
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Beli Kereta Baru
    Home » Jenis Senarai Kos Untuk Beli Kereta Baru
    Beli Kereta Baru

    Jenis Senarai Kos Untuk Beli Kereta Baru

    adminBy admin04/10/2024No Comments4 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Telegram Email WhatsApp

    Orang beli kereta. Kau pun nak beli kereta. Tapi satu apa pun kau tak faham. Haha. Itulah kata kata netizen walaupun nampak macam troll tapi ada benarnya. Dan isu ini bukanlah pelik lagi lagi kalau anda baru pertama kali hendak beli kereta baru dan mungkin itulah pertama kali anda buat pinjaman loan dengan pihak bank. Itulah hutang pertama anda. Awal awal bajet modal sekian dan sekian. Bila sampai masa, banyak pula kena keluarkan duit. Dan mungkin ada di antara anda yang akhirnya cancel booking untuk beli kereta kerana faktor ini.

    Pertama sekali, saya BUKAN hendak kongsikan tentang kos kos yang anda perlu hadap ketika memiliki dan menggunakan kereta. Apa yang ingin saya kongsikan adalah tentang kos kos awal yang perlu anda ada dan sediakan jika anda pertama kali berhasrat dan membeli dan memiliki sebuah kereta. Tujuan adalah supaya anda bersedia dengan kos yang perlu anda sediakan. Senang cerita supaya anda tidak terkejutlah. Malu kalau booking awal awal last last terpaksa reject sebab kelemahan diri anda sendiri.

    Tiada lagi full loan kereta untuk beli kereta
    Tiada lagi full loan kereta untuk beli kereta

    Berapa Duit Kena Ada Untuk Beli Kereta Baru?

    Downpayment/Deposit (Wang Muka/Wang Pendahuluan)

    TIADA LAGI FULL LOAN KERETA. Sebenarnya memang sejak dulu tidak ada istilah full loan kereta. Ianya adalah taktik pihak sales advisor (SA) dengan cara mark-up harga untuk memudahkan penjualan kenderaan. Sejak pihak LHDN buat pembaharuan dalam sistem invoice mereka, maka teknik ini tidak lagi boleh dilakukan. Mahu tidak mahu, bakal pembeli terpaksa mengeluarkan 10% deposit ketika beli kereta. Anda mahu beli kereta Perodua Myvi yang berharga RM50K? Anda wajib berikan 10% downpayment dari harga kereta iaitu sebanyak RM5K. Baki RM45K iaitu 90% lagi barulah buat pinjaman loan kereta dengan pihak bank. Jelas? Faham?

    Contoh kiraan bayaran insurans kereta Perodua Myvi 1.5cc yang baru
    Contoh kiraan bayaran insurans kereta Perodua Myvi 1.5cc yang baru

    Insurans Kereta

    Apabila anda membeli dan memiliki kereta. Kenderaan tersebut WAJIB di lindungi dengan insurans. Di Malaysia, tahun 2023 menunjukkan sebanyak 500K kes kemalangan direkodkan. Soalannya, ketika mereka atau anda mengalami kemalangan yang akan menyebabkan kerosakkan pada kenderaan anda, adakah anda mampu tanggung kos untuk baik pulih? Majoriti dari kita memang tidak mampu. Jadi dengan mewajibkan insurans pada milikkan kenderaan, maka kos untuk pembaikkan kenderaan selepas kemalangan adalah selesai. Jelas? Faham?

    • [ Cara Kira Insurans Kenderaan ] – sila klik untuk fahamkan bagaimana cara kiraan insurans kereta dibuat dan berapakah bayaran yang dikenakan terhadap kereta anda.

    Dari contoh gambar kedua di atas ini menunjukkan kereta Perodua Myvi dengan berkapasiti 1.5L yang dijual dengan harga RM50K akan dikenakan sebanyak RM1579.50 untuk bayaran insurans.

    Contoh kiraan bayaran roadtax cukai jalan kereta Perodua Myvi 1.5cc yang baru
    Contoh kiraan bayaran roadtax cukai jalan kereta Perodua Myvi 1.5cc yang baru

    Roadtax

    Roadtax bermaksud CUKAI JALAN. Ianya dikenakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan iaitu JPJ. Tujuan roadtax adalah cukai yang dikenakan terhadap kenderaan yang menggunakan jalan raya. Dengan kata lain, hanya kenderaan yang telah bayar cukai sahaja dibenarkan untuk barapa di atas jalan raya. Contoh di atas adalah kiraan roadtax bagi kereta Perodua Myvi 1.5cc. RM20 sahaja. Murah jer!!!.

    Apabila anda hendak beli kereta, ada 3 benda yang anda kena ambil kira iaitu bayaran downpayment deposit kereta sebanyak 10%, bayaran insurans kenderaan dan bayaran cukai jalan iaitu roadtax. Jom kita kira iaitu RM5K (deposit) + RRM1579.50 (insurans kereta) + RM20 (roadtax) = RM6599.50. Dari sini dapatlah kita simpulkan bahawa kalau anda hendak beli kereta Perodua Myvi 1.5CC yang berharga RM50K, maka kos yang wajib anda keluarkan adalah sebanyak RM6600 untuk kereta tersebut. Mahal?

    Gambar Hadapan Tepi Perodua Myvi Merah
    Gambar Hadapan Tepi Perodua Myvi Merah

    Sebenarnya sudah sampai masanya rakyat Malaysia belajar untuk menguruskan kewangan dengan betul. Kena ada tabiat menyimpan. Jangan salahkan isu “gaji kecil” atau “kos sara hidup” yang meningkat naik. Yang betul adalah anda kena ubah gaya hidup. Belajar ilmu tambah pendapatan. Berbelanja terhadap perkara yang patut dan ukur baju di badan sendiri. Jangan terikut ikut dengan kemampuan orang lain. Sebab itulah tidak hairan ketika berlaku wabak Covid-19, majoriti dari kita selama ini hanya ada RM1K sahaja wang simpanan. Salah siapa?

    Submit Dokumen Melalui Whatsapp

    • [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.

    Saya adalah ejen yang menjual kereta baru dan juga kereta recond untuk ke semua model yang ada dijual di Malaysia secara online. Kepada anda yang berminat hendak beli kereta “secara online”, sila berikan dokumen kepada saya untuk saya submit kepada pihak bank untuk semak kelayakkan anda untuk mendapatkan loan pinjaman kenderaan dari pihak bank. Saya harap perkongsian saya di atas ini membantu anda di dalam mengetahui apakah modal bajet yang perlu anda sediakan jika anda ingin membeli sebuah kereta baru. BYE!!!.

    Share. WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Cara Dapat Cashback Di Tiktok & Shopee

    10/07/2025

    Tukar Minyak Enjin Perodua Myvi Guna Castrol

    09/07/2025

    Invois Beli Kereta Direct Owner

    09/07/2025

    Beli Kereta Baru Volkswagen Tiguan Allspace

    20/05/2025

    Pricelist Harga Tukar Cermin Kereta Di Windscreen2U

    30/04/2025

    Scam Kereta Import Honda HR-V Port Klang

    15/04/2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini

    Cara Dapat Cashback Di Tiktok & Shopee

    10/07/2025

    Tukar Minyak Enjin Perodua Myvi Guna Castrol

    09/07/2025

    Tukar Getah Tingkap Cermin Kereta

    09/07/2025

    Invois Beli Kereta Direct Owner

    09/07/2025
    © 2025 BeliKeretaBaru. Designed by BeliKeretaBaru.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Ad Blocker Enabled!
    Ad Blocker Enabled!
    Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please support us by disabling your Ad Blocker.