Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Tiada Lagi Full Loan Kereta
    Info

    Tiada Lagi Full Loan Kereta

    adminBy admin14/07/20242 Comments4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Semalam saya telah mendapat Whatsapp dari sales advisor (SA) kereta MG berkenaan starting next month iaitu bulan 8 (August 2024), pihak bank tidak lagi menawarkan pinjaman penuh loan kereta. Dengan kata lain, selepas ini tidak lagi boleh dapatkan pembiayaan kereta jenis full loan. Paling tinggi pun boleh dapatkan pinjaman setinggi 90% loan kereta sahaja. Berita yang saya sendiri terkejut tetapi tidak pelik. Mesti ada sebab kenapa pihak kerajaan dan pihak bank berbuat demikian. Semuanya mesti kembali kepada data data yang diperoleh.

    Apakah data tersebut? Ianya adalah dari amalan penjual kereta yang menjual kereta secara markup harga. Rasanya anda sebagai pembeli pun tahu berkenaan hal ini. Anda mahu beli kereta ABC yang dijual dengan harga RM40K. Anda patut berikan wang muka downpayment sebanyak 10% iaitu RM4K. Dan anda boleh dapatkan pinjaman loan kereta dari bank sebanyak 90% iaitu bersamaan dengan RM36K. Masalahnya anda tidak ada duit untuk bayar downpayment sebanyak RM4K. Jadi macam mana hendak buat?

    Tiada lagi full loan kereta untuk beli kereta
    Tiada lagi full loan kereta untuk beli kereta – image credit to https://paultan.org/2024/07/12/e-invoicing-to-affect-car-buyers/

    Tiada Lagi Pinjaman Penuh Untuk Beli Kereta

    Kedai yang menjual kereta akan menolong anda dengan “mark-up” harga kereta dari RM40K (harga asal/harga sebenar) menjadi RM45K iaitu harga baru. Jadi penjual kereta akan submit permohonan loan ke bank untuk request 90% loan kereta dari pihak bank. Jika lulus, maka pihak bank akan berikan permohonan 90% tersebut dari harga RM45K iaitu sebanyak RM40500. Anda faham apa yang berlaku sekarang?

    Walaupun pihak bank hanya berikan pinjaman loan kereta sebanyak 90% sahaja. Jumlah amaun pinjaman kereta yang anda dapat adalah sebanyak RM40500. Dan jumlah ini adalah jumlah yang cukup untuk bayar kepada pihak penjual kereta TANPA anda perlu berikan wang deposit sebanyak RM4K. Jadi anda dapatlah kereta idaman anda tanpa keluarkan modal walau sesen pun.

    Kenapa praktis amalan ini berlaku? Sebab penjual kereta mahu menjual kereta berkenaan. Sebab anda tidak ada duit untuk bayar 10% downpayment. Kalau anda tidak mampu bayar wang muka 10%. Maka anda tidak dapat kereta idaman anda. Dan penjual kereta pun tidak berjaya menjual kereta. Kiranya amalan ini hanya untuk bypass syarat bank agar kereta dapat dijual tanpa masalah. 

    TETAPI sebenarnya andalah yang rugi. Kereta cuma berharga RM40K sahaja. Kalau anda buat loan 90% dan mampu berikan 10% downpayment. Anda cuma perlu bayar hutang loan kereta RM36K sahaja sebab anda hanya mendapatkan pembiayaan kereta sebanyak RM36K (90% loan) dari harga kereta yang RM40K. Tetapi oleh kerana untuk membantu anda layak mendapatkan kereta, anda kena bayar loan kereta sebanyak RM40500 akibat markup loan.

    Tiada Lagi Pinjaman Penuh Full Loan Untuk Beli Kereta
    Tiada Lagi Pinjaman Penuh Full Loan Untuk Beli Kereta

    Pihak LHDN telah memperkenalkan sistem e-Invoice Hasil untuk memudah dan meningkatkan pelancaran pengurusan sistem percukaian secara digital. Di bawah rancangan Malaysia ke-12, salah satu fokus utama adalah untuk menguatkan infrastruktur perkhidmatan digital dan mendigitalkan pengurusan percukaian. Pengesahan secara masa nyata (real-time). Hendak cerita detail saya tidak pandai. Mudah cerita selepas ini kaedah “tipu” atau markup harga kereta ketika ingin buat full loan kereta adalah sukar. Mahu tidak mahu penjual terpaksa menjual kenderaan dengan offer tawaran maksimum 90% loan sahaja anda boleh dapat. Dan anda wajib kena berikan 10% downpayment ketika ingin beli kereta.

    Kesimpulan, selepas ini tiada lagi skim pinjaman penuh untuk kenderaan yang akan dibenarkan. Ianya akan menjadi satu kesalahan jika penjual dan pembeli masih lagi melakukan transaksi secara “Full Loan” bermula Ogos 2024. Mahu tidak mahu, jika anda mahu beli kereta, anda wajib berikan wang pendahuluan downpayment sekurang kurangnya 10% dari harga kereta tersebut.

    Submit Dokumen Melalui Whatsapp

    • [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.

    Penjual kereta wajib menghantar borang e-invoice LHDN yang mana harganya mestilah sama dengan jumlah sebenar harga loan yang anda minta di bank. Kalau tidak sama, siap sedialah dengan tindakkan undang undang. Anda tipu, sistem memang boleh trace. Tidak berbaloi kalau kena tangkap buat kesalahan. Jadi kepada anda yang berminat hendak beli kereta baru apa sahaja brand jenama secara online, boleh hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. BYE!!!.

    90% Loan Kereta Full Loan Kereta
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Semak akaun bank dan nombor telefon penipu scammer secara online di SemakMule

    Cara Semak Maklumat Berkenaan Scammer Online

    27/08/2025
    Duit hasil jual kereta menggunakan invoice kedai used car akan disburse ke kedai used car terlebih dahulu

    Duit Hasil Jual Kereta Kepada Direct Buyer Melalui Kedai Used Car

    20/08/2025
    Semak rekod claim insurans kenderaan di SCRUT

    Semak Status Kereta Terpakai

    17/07/2025
    View 2 Comments

    2 Comments

    1. ~uncle gedek! on 14/07/2024 6:18 pm

      Uncle suka tagline ‘happy selling’ kat akhir mssg tu…

      Sangat positif bunyinya

      Reply
      • admin on 14/07/2024 8:10 pm

        Ya Uncle. Saya pun suka tagline tu.. 🙂

        Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.