Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Kereta Kena Hempap Pokok Boleh Claim Insurans
    Takaful/Insurans

    Kereta Kena Hempap Pokok Boleh Claim Insurans

    adminBy admin12/10/2024No Comments4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Kita selalu tonton berita mengenai kereta yang kena hempap dengan pokok tumbang. Dan dalam masa yang sama cermin kereta pecah akibat dari kemalangan yang disebabkan oleh bencana alam. Soalan. Bolehkah kita claim insurans kenderaan untuk kes kes seperti ini? Jawapannya adalah boleh dengan syarat? Syaratnya adalah kenderaan anda ada melanggan pakej perlindungan insurans berbentuk add on yang khas untuk tujuan kes kes seperti ini. Jadi anda pasti terfikir ada atau tidak ada buat apa apa pertambahan add on ketika anda renew insurans kereta anda sebelum ini?

    Ketika anda renew roadtax dan insurans kereta anda, biasanya perlindungan yang ditawarkan adalah jaminan kerosakkan ketika kemalangan. Maknanya apa apa kes yang melibatkan kemalangan, pihak insurans biasanya akan membayar kos untuk membaiki kenderaan anda tanpa masalah. Tetapi ada keadaan di mana kerosakkan yang berlaku adalah diluar dari skop kemalangan itu sendiri. Macam banjir, bencana alam, tanah runtuh, cermin retak kena batu, cermin pecah kena pokok tumbang dan lain lain lagi. Ini bukan kes yang melibatkan kemalangan.

    Cermin kereta pecah kena hempap dengan pokok patut ada insurans windscreen dan bencana alam
    Cermin kereta pecah kena hempap dengan pokok patut ada insurans windscreen dan bencana alam

    Insurans Kereta Untuk Bencana Alam (Banjir, Pokok Tumbang, Tanah Runtuh, Ribut)

    Untuk kes ini, anda memang kena langgan insurans tambahan iaitu add on kepada insurans kereta anda ketika anda mahu renews insurans kenderaan. Jelas? Add on yang saya maksudkan adalah Insurans Cermin Kereta dan Insurans Bencana Alam. Biasanya pihak insurans akan tanya anda samada anda mahu tambah insurans atau tidak. Kalau mereka tidak ada tanya, maka anda perlu bertanya kepada mereka sendiri kerana kebiasaannya pelan insurans tambahan ini tidak disertakan sekali kerana majoriti dari kita tidak mengendahkan perkara ini.

    Gambar yang saya kongsikan ini adalah gambar sebenar ketika kejadian. Di kawasan perumahan saya berlaku keadaan di mana pokok tumbang dan menghempap cermin hadapan sebuah kenderaan. Pokok jatuh dan terus memecahkan cermin depan (windscreen) kereta. Dan dalam masa yang sama ianya sudah pasti akan merosakkan bumbung kereta. Dan pihak insurans pasti TIDAK AKAN COVER untuk kerosakkan seperti ini kecuali anda ada langgan special insurans untuk kes kes seperti ini.

    Kereta kena hempap dengan pokok patut ada insurans bencana alam special perils
    Kereta kena hempap dengan pokok patut ada insurans bencana alam special perils

    Anda kena ingat ya, kalau anda selalu letak dan parking kereta bawah pokok. Kes kes seperti ini boleh jadi berlaku kepada anda. Lagi lagi kalau ketika hari hujan dan berangin kuat. Dan memang kes ini berlaku pada malam hari dan memang ketika hujan lebat. Kalau tiada perlindungan insurans yang khas untuk cermin kereta dan bencana alam memang banyaklah duit yang perlu anda keluarkan untuk proses pembaikkan.

    Dari contoh gambar di atas ini, kerosakkan yang berlaku adalah bumbung kereta kemek dan cermin kereta pecah. Pokok patah dan tumbang di atas bumbung kereta ketika hari hujan adalah termasuk dalam kes bencana alam. Dan anda wajib kena langgan insurans bencana alam yang dikenali sebagai insurans “Special Perils”. 

    Harga perlindungan insurans cermin kereta
    Harga perlindungan insurans cermin kereta
    Insurans banjir (flood) dan bencana alam (special perils) kereta
    Insurans banjir (flood) dan bencana alam (special perils) kereta

    Dan cermin kereta yang retak dan pecah pula dilindungi oleh insurans cermin yang dikenali sebagai “Winscreen”. Dengan kata lain, ketika anda renew insurans kereta anda, sila masukkan sekali insurans winscreen dan special perils sebagai add on iaitu tambahan kepada insurans kereta anda. Tidak mahal pun. Sila lihat gambar di atas ini sebagai contoh ya. Bayaran tambahan lebih kurang dalam RM200 berdasarkan harga semasa kereta anda untuk add on kedua duanya sekali. RM200 tambahan ini berdasarkan kereta Perodua Bezza ya. Hendak add on salah satu pun boleh. Terpulang.

    Cara renew insurans kenderaan kereta guna aplikasi OneCENT
    Cara renew insurans kenderaan kereta guna aplikasi OneCENT

    Saya adalah pengguna OneCENT. Dan saya melakukan proses untuk renew insurans kereta melalui app OneCENT ini. Anda boleh minta bantuan saya untuk saya perbaharui roadtax dan insurans kenderaan anda secara online kalau berminat.

    Saya Tolong Renew Insurans Kereta Anda

    • [ Whatsapp ] – Sila klik link ini untuk hubungi dan mesej saya melalui Whatsapp
    • Sila berikan 3 maklumat di bawah ini;
      • Plat No Kereta
      • IC number
      • Handphone number
      • Gambar hadapan geran kenderaan
      • Remark : Takaful insurans kereta + Windscreen + Special Perils

    Anda berminat untuk renew insurans kereta anda? Jika ya, saya boleh bantu anda. Dan saya juga boleh membantu anda mendapatkan add-on Windscreen dan special perils seperti bencana alam jika anda mahu. Semuanya boleh dilakukan secara online sahaja. Jika berminat, sila hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. BYE!!!.

    Insurans Banjir Kereta Insurans Bencana Alam Kereta Insurans Special Perils Kereta
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Langgan pakej perubatan WE KONGSI untuk anak dan isteri

    Daftar Pelan Perubatan We Kongsi Untuk Anak Dan Isteri

    01/09/2025
    Bayaran caj outpatient klinik swasta guna We Kongsi TPA eMAS cuma RM10 sahaja

    Anak Pertama Kali Ke Klinik Swasta Guna We Kongsi

    09/07/2025
    We Kongsi melalui TPA EMAS menawarkan kelebihan outpatient di klinik swasta panel dengan RM10 sahaja

    Pergi Klinik Swasta Cuma Bayar RM10 SAHAJA

    05/05/2025
    Langgan pelan perlindungan perubatan yang murah untuk anak isteri di We Kongsi

    Adik Berminat Langgan We Kongsi

    14/03/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.