Baru baru ini terjadi kes cermin kereta kena pecah oleh perbuatan khianat dan kecurian di kawasan perumahan tempat tinggal saya. Bukan hanya 1 kereta ya tetapi ada 2-3 kes yang terjadi. Saya sendiri pernah hampir hampir cermin hadapan kena pecah akibat dibaling batu oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Dan rasanya anda sendiri mungkin berpengalaman menghadapi keadaan yang sama seperti ini. Walaupun apa isunya, bila bercakap tentang cermin kereta pecah atas beberapa sebab, kos untuk baik pulih bukan sedikit.
Cermin kenderaan samada pada bahagian depan, tepi dan belakang adalah salah satu bahagian yang sangat penting. Jarang rosak atau pecah walaupun anda gunakan lebih dari 10 tahun jika tidak ada apa apa isu. Tetapi apabila pecah atas sebab sebab tertentu, bukan semua orang mampu untuk mengeluarkan kos yang besar untuk tukar dan gantikan dengan cermin kereta yang baru. Sebabnya adalah kerana harga bagi menukar dan menggantikan cermin kereta yang baharu adalah sangat mahal. Sebab itulah adanya insurans cermin kereta. Anda tahu?
Polisi Perlindungan Insurans Cermin Kereta (Windscreens)
Mungkin bagi pengguna kereta lama sudah tahu. Dan bagi pengguna yang baru beli kereta baru buat pertama kali, pasti bingung dengan pertanyaan berkenaan. Sebab mereka fikir yang kereta mereka ada warranty untuk semuanya. Waranti beli kereta baru hanya untuk bahagian paling utama kereta seperti enjin, kotak gearbox, wiring, body chasis dan lain lain yang penting. Tayar kereta, bateri kereta, radiator, aircond dan yang lain lain dikira sebagai sebahagian dari “tear & wear” yang pasti akan rosak dan perlu diganti sendiri oleh kita selaku pengguna kenderaan.
Ketika anda mahu renew insurans kereta. Anda akan ditawarkan samada mahu menambah (add-on) insurans cermin kereta ke dalam insurans kereta anda. Agak ramai pengguna kenderaan yang tidak mahu menambah insurans cermin kenderaan kerana berpendapat ianya adalah kes yang jarang berlaku. Terpulang kerana itu adalah pilihan. Sebab itulah ianya diklasifikasikan sebagai add-on sahaja di dalam insurans. Kalau anda tanya saya, kalau anda ada bajet, sila langgan sekali insurans cermin untuk kereta anda. Bagi saya ianya adalah perlu.
Sebenarnya berapakah kos sebenar kalau kena tukar cermin kereta sendiri? Dalam artikel ini, saya berikan contoh sebenar berdasarkan harga cermin bagi Perodua Bezza. Range harga cermin bagi kereta Bezza adalah dari RM700-RM1000 bergantung kepada jenis variant kereta.
Perlindungan Insurans Cermin Kereta
- Kena bayar premium 15% dari harga sebenar cermin kereta anda
- Cermin depan/belakang
- Cermin tingkap pintu
- Cermin tiga segi
- Cermin sunroof
Harga cermin bagi setiap model kereta adalah berbeza. Berdasarkan gambar pertama dan ketiga, jelas pihak insurans membuat kiraan polisi perlindungan insurans cermin kereta Perodua Bezza 1.0cc berdasarkan harga pasaran yang berharga RM800. Dan kadar bayaran premium insurans yang dikenakan adalah sebanyak 15% iaitu menjadi (RM800x15%) = RM120.
Jadi berbaloi atau tidak untuk anda bayar tambahan insurans sebanyak RM120 iaitu 15% dari harga sebenar cermin kereta yang berharga RM800 di pasaran? Jawapannya adalah ya. Ramai dari kita hendak bayar insurans RM500 pun rasa mahal. Apatah lagi bayar RM1000 dan ke atas. Kalau tidak ambil cover insuran untuk cermin kereta, kalau pecah, hendak keluarkan modal RM800 memang terasa sangat sangat.
Saya Tolong Renew Insurans Kereta Anda
- [ Whatsapp ] – Sila klik link ini untuk hubungi dan mesej saya melalui Whatsapp
- Sila berikan 3 maklumat di bawah ini;
- Plat No Kereta
- IC number
- Handphone number
- Gambar hadapan geran kenderaan
- Remark : Takaful insurans kereta + Windscreen
Kepada anda yang mahu perbaharui insurans kenderaan anda. Dan juga berhasrat untuk tambah add-on insurans cermin kereta. Dan dalam masa yang sama mahu polisi auto insurans yang patuh syariah. Boleh hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini. Kita buat secara online sahaja. Saya harap panduan polisi insurance Windscreen kereta ini memberikan info yang berguna buat anda. BYE!!!.