Sebenarnya sudah dari tahun lepas lagi rakan saya mengajak saya untuk menggunakan aplikasi OneCent. Saya kurang berminat kerana tidak nampak akan kelebihan dan sebab kenapa saya perlu guna. Cumanya sejak saya mula membina dan aktif dalam dunia jual kereta, maka saya tanyakan kepada beliau tentang ada atau tidak kaitan antara Onecent dengan kereta. Dan saya baru tahu bahawa antara “menu” utama di dalam sistem app Onecent adalah kebolehan untuk renew insurans secara online melalui aplikasi tersebut. Wow menarik!!!.
Saya pernah menulis dan berkongsikan tentang panduan kira insurans kereta di sini. Tetapi saya tidak ceritakan bagaimana dan di mana anda boleh untuk bayar insurans tersebut. Dan oleh kerana saya sendiri secara rasmi telah mendaftar menjadi ahli kepada Onecent, maka artikel saya yang pertama tentang bagaimana cara untuk bayar insurans kereta adalah sudah tentu dengan menggunakan dan melalui aplikasi Onecent itu sendiri. Jom saya kongsikan cara caranya.
Renew Insurance OneCENT
Untuk pengetahuan anda, sepanjang saya menggunakan kereta, saya memang tidak pernah buat renew roadtax dan insurans secara online. Biasanya saya akan renew roadtax di pejabat pos. Dan saya akan renew insurans melalui ejen insurans di kedai. Oleh kerana saya sendiri memang telah ubah lifestyle saya kepada cashless iaitu tanpa tunai, maka saya berminat untuk buat pertama kali untuk bayar insurans kereta secara online. Jom kita lihat bagaimana cara renew insurance guna app aplikasi Onecent.
Panduan Renew Insurans Kereta Dengan OneCENT
- Muat turun aplikasi OneCent terlebih dahulu;
- [>>> Daftar OneCent <<<] – sila klik link ini untuk register. Ketika anda klik link pendaftaran ini, secara automatik akan membuka aplikasi OneCent dan anda akan terus di minta untuk isi maklumat yang diminta. Maaf, saya tidak berkongsikan secara detail cara daftar aplikasi ini ya. Sila baca artikel tentang Onecent melalui link pertama di atas tadi untuk lebih lanjut berkenaan hal ini. Harap maklum!!!
- Selepas anda berjaya login masuk, akan tertera menu “Renew Insurance”. Sila klik menu tersebut seperti gambar pertama di atas ini.
- Kemudian sila isikan detail seperti;
- Plat No
- IC number
- Handphone number
- Remark
- Sila klik “SUBMIT” selepas isi ke semua detail dengan betul dan tepat seperti gambar pertama di atas ini
- Anda akan dapat mesej dari team OneCENT yang akan meminta gambar hadapan geran kenderaan anda. Gambar geran kereta boleh anda snapshot ambil melalui aplikasi MyJPJ. Lihat gambar di atas ini.
- HQ OneCent akan Whatsapp kita dan berikan quotation harga plan insurans kereta yang ada
- OneCENT haya offer Takaful Ikhlas sahaja
- Kita pilih insurans kereta mana yang kita mahukan berdasarkan pakej dan harga
- Selepas kita sudah pilih pakej insurans kereta yang kita mahukan, sila top-up eWallet aplikasi OneCENT anda dan buat bayaran
- Cara buat bayaran quotation insurans kereta adalah dengan TRANSFER duit ke akaun eWallet OneCENT berdasarkan nombor akaun yang diberikan
- Bila sudah dapat cover note insurans, boleh bawa ke pejabat pos untuk renew roadtax. Cover note dalam bentuk soft copy ya.
- Roadtax boleh buat melalui aplikasi JPJ online kalau mahu
- DONE!!!
Di bawah ini saya sertakan sekali panduan video bagaimana cara untuk renew insurance kereta melalui app Onecent untuk anda lebih mudah faham cara untuk menggunakannya. Harap ianya membantu anda.
xxxxxxxxxxxxxx
Sebenarnya prosesnya adalah mudah sahaja. Melalui aplikasi OneCent dan juga melalui Whatsapp sahaja. Sekarang sudah zaman digital. Roadtax pun tidak perlu dilekatkan pada cermin kereta. Hanya perlu tunjuk lesen memandu, road tax cukai jalan dan insurans kereta melalui aplikasi JPJ sahaja.
Mesti akan ada yang tanya, ada banyak perkhidmatan online yang menawarkan servis untuk perbaharui insurans kereta secara online. Kenapa perlu pakai OneCent? Jawapan saya adalah, itulah kelebihan OneCent. Segala pembelian dan pembayaran yang anda lakukan melalui dan menggunakan aplikasi OneCent, anda akan dapat reward dalam bentuk cashback. Ya, anda bayar insurans kereta melalui Onecent, anda dapat cashback. Buktinya? Sila lihat pada gambar di atas ini. Anda renew insurance kereta bernilai RM556.88 dan dapat cashback sebanyak RM18.2246 dalam nilai RM. Terbaik. Menarik? Daftar Onecent sekarang juga melalui link di atas ini.