Sebenarnya sudah sepatutnya agensi di bawah kerajaan Malaysia beralih kepada teknologi berasaskan digital sepenuhnya. Tujuannya adalah untuk memudahkan urusan. Bila bercakap tentang kenderaan, agensi yang berperanan adalah Jabatan Pengangkutan Jalan iaitu JPJ. Bila bercakap tentang cukai jalan iaitu roadtax, maka amalan yang biasa dilakukan adalah dengan menampalkan pelekat sticker roadtax di cermin hadapan kereta di sebelah penumpang. Alhamdulillah, kini pihak JPJ telah pun mempunyai app mereka yang tersendiri iaitu aplikasi MyJPJ.
Bagi anda yang baru pertama kali beli kereta baru, anda pasti tidak tahu apakah perkara yang patut anda tahu sebagai pemilik kenderaan. Malah kadang tidak faham akan perbezaan antara lesen, roadtax dan juga insurans. Mari saya jelaskan secara ringkas agar anda mudah faham. Lesen memandu adalah lesen yang anda peroleh dari kelas akademi memandu kereta untuk peroleh lesen yang menyatakan anda layak memandu sebuah kenderaan seperti motosikal, kereta, lori dan lain lain. Kena renew sekurang kurangnya setahun sekali.
Aplikasi MyJPJ : Check Lesen, Roadtax, Insurans dan Geran Kenderaan
Roadtax pula adalah bermaksud “cukai jalan” iaitu cukai yang dikenakan oleh JPJ dan biasanya ianya murah sahaja dalam beberapa puluh ringgit sahaja dan wajib renew setahun sekali. Dan insurans kenderaan adalah yang paling wajib. Anda tidak renew insurans kereta, kereta anda tidak boleh perbaharui roadtax. Kenapa? Sebab dari insurans inilah kenderaan anda akan mempunyai perlindungan pembaikkan kenderaan jika berlaku apa apa jenis kemalangan. Kalau tidak diwajibkan untuk renew insurans kereta setahun sekali, kalau berlaku kemalangan, anda mampu tanggung kos baik pulih kereta anda?
Kesimpulan, apabila anda memiliki sebuah kenderaan, 3 perkara yang anda perlu ambil tahu adalah berkenaan Lesen Memandu, Roadtax Cukai Jalan JPJ dan juga Insurans Kenderaan. 3 benda ini perlu wajib renew setiap tahun. Dan hanya renew sahaja barulah anda layak memandu kenderaan dan kereta anda boleh dipandu di atas jalan raya.
Aplikasi MyJPJ
- Semakan lesen memandu
- Pembaharuan lesen memandu
- Semakan lesen kenderaan motor (LKM). Ini adalah berkenaan insurans kereta
- Pembaharuan lesen kenderaan motor (renew insurans)
- Semakan saman JPJ
- Semakan mata demerit
- Semakan status senarai hitam
- Semakan nombor kenderaan terkini. Semak nombor plate kereta terlatest
- Semakan keputusan ujian memandu
- Sijil pemilikan kenderaan. Ini adalah geran kereta
Secara jujur, saya sukakan fungsi yang ditawarkan oleh app aplikasi JPJ ini. Ia menawarkan hampir ke semua akses yang diperlukan oleh pemilik kereta. Ianya memudahkan urusan samada bagi pemilik kenderaan dan juga memudahkan urusan bagi pihak staff JPJ sendiri lagi lagi ketika bertugas di atas jalan raya. Setakat ketika artikel ini ditulis, hanya 2 sahaja fungsi yang boleh dilakukan melalui aplikasi MyJPJ iaitu renew lesen memandu dan renew insurans kenderaan.
Saya Tolong Renew Insurans Kereta Anda
- [ Whatsapp ] – Sila klik link ini untuk hubungi dan mesej saya melalui Whatsapp
- Sila berikan 3 maklumat di bawah ini;
- Plat No Kereta
- IC number
- Handphone number
- Remark
Kepada anda yang mahu buat renew insurans, boleh Whatsapp saya melalui link di atas ini. Dan kepada pembeli kereta baru pasti tertanya tanya tentang berapakah harga dan bayaran kos untuk renew insurans kereta. Anda boleh baca artikel ini Panduan Kira Insurans/Roadtax Kereta di sini sebagai rujukan anda. Hendak mudah hubungi saya sahaja melalui link Whatsapp di atas dan ejen insurans akan berikan detail quotation harga insurans selepas anda berikan gambar geran kenderaan yang anda boleh dapatkan melalui aplikasi MyJPJ seperti gambar di atas ini. Selamat mencuba. BYE!!!.