Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Kedai Kereta Recond HM FALAH Penang
    Kereta Recond

    Kedai Kereta Recond HM FALAH Penang

    adminBy admin07/11/2024Updated:07/11/2024No Comments7 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Salam kepada pembaca. Anda dari Pulau Pinang? Sedang mencari kereta recon yang premium dan berkualiti? Anda mahu tahu tentang kedai pengimport (dealership) yang trusted dengan dokumen import kenderaan terpakai boleh dipercayai? Jika ya, anda berada di halaman yang betul dan saya perkenalkan anda dengan kedai import kereta terpakai (reconditoned car) dari HM FALAH!!. Pernah dengar? Kalau belum, mari saya jelaskan secara ringkas.

    HM Falah pada awalnya adalah sebuah Top 10 Agency dalam Liberty Insurance dan juga Top Market Agent dalam Etika General Takaful. Dan HM Falah berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang insurans. Kemudian HM Falah telah berjaya mendapatkan lesen import (AP) untuk kenderaan pada tahun 2022. Dan sejak itu, syarikat HM Falah Sdn Bhd terus fokus kepada perniagaan utama mereka iaitu menjadi pengimport kenderaan terpakai jenis mewah yang berkualiti tinggi dan jual dengan harga mampu milik.

    Honda Civic FL5 Type-R recond warna biru ada dijual di HM Falah
    Honda Civic FL5 Type-R recond warna biru ada dijual di HM Falah

    HM FALAH Sdn Bhd (Pengimport Kereta Recond Pulau Pinang)

    Siapa owner iaitu founder kepada HM Falah Sdn Bhd? Pemilik kepada kedai yang import dan jual kenderaan terpakai recond ini adalah Encik Hamdan Bin Mohamed. Sebenarnya tidak kisah lah siapa owner kedai tersebut. Yang penting adalah, adakah kereta recond yang dibeli itu boleh dipercayai, memang berkualiti tinggi dan bagaimana pula dengan servis selepas jualan kalau berlaku kerosakkan, adakah boleh claim untuk pembaikkan dan sebagainya. Jika ke semua ini ditawarkan, maka sah lah kereta yang dibeli itu boleh memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada bakal pembeli. Adakah HM Falah dalam kategori ini?

    Auction House Japan

    Kereta recond yang dibawa masuk ke dalam market Malaysia majoritinya memang melalui proses pembidaan yang diberi nama “Auction House”. Dan kereta yang menang bida inilah yang akan dibeli dan dibawa masuk ke dalam pasaran Malaysia. Proses untuk bawa masuk kereta recon ini akan menyebabkan kedai import kenderaan terpakai di Malaysia akan senaraikan samada kereta dalam proses “Pre-Order” atau sudah berada di Malaysia iaitu “Ready Stock”. HM Falah ada kedua dua jenis kategori ini. Anda boleh order kalau mahu.

    Gambar auction report dan gred untuk kereta Toyota Vellfire recond
    Gambar auction report dan gred untuk kereta Toyota Vellfire recond

    Gred Kereta Recond

    Untuk mendapatkan kenderaan recon yang berkualiti, biasanya memang dinasihatkan untuk mendapatkan gred kereta recond dari 4.0 – 5. Dan HM Falah memang menjual kereta recond dengan gred 4 dan ke atas sahaja. Di atas ini adalah contoh sebenar gred kereta recond yang nilainya adalah 4.5A.

    Loan Kereta Recond

    Ramai orang ingat kalau beli kereta terpakai jenis recond ini akan dikenakan interest yang tinggi. Untuk maklumat anda, kereta recon tidak pernah terdaftar di Malaysia. Walaupun ianya sebuah kenderaan terpakai, oleh kerana apabila di bawa masuk, maka kereta ini baru didaftarkan dan akan dianggap sebagai kereta baru. Dengan kata lain, mana mana kereta yang dianggap sebagai kenderaan baru layak untuk mendapatkan loan pinjaman kenderaan dengan kadar interest rate yang rendah sama macam beli kereta baru. Dan ya, di HM Falah anda boleh buat loan kereta dengan bank secara full loan.

    Jenis jenis warranty yang ditawarkan oleh kereta recond dari HM Falah
    Jenis jenis warranty yang ditawarkan oleh kereta recond dari HM Falah

    Warranty Kereta Recond

    Kereta recond adalah kenderaan terpakai  yang dibawa masuk dari luar negara secara import. Siapa yang akan menanggung dan memberikan jaminan waranti di Malaysia? Sudah tentulah bukan kedai kereta itu sendiri. Di HM Falah, anda akan ditawarkan dengan jaminan waranti lanjutan dari pihak ketiga yang disebut sebagai “extended warranty” iaitu dari syarikat EZ Care Warranty dan juga dari Apeg Warranty. Biasanya  jaminan kenderaan terpakai untuk kereta recond akan menawarkan jaminan dari segi kerosakkan enjin, kotak gearbox, aircond dan juga ECU. Jadi rasa selamat lah sikit akan beban kewangan kalau selepas beli tiba tiba rosak pula.

    Inspection Pihak Ketiga

    Kedai kereta cakap kondisi kereta elok, tidak rosak, tidak pernah kemalangan dan sebagainya. Macam mana hendak tahu kereta recond yang anda ingin beli itu masih dalam keadaan elok? Kedai yang terpercaya akan membenarkan kereta mereka dibawa keluar dari showroom untuk dibuat pemeriksaan inspection oleh pihak ketiga. Hanya selepas pemeriksaan mendapati kereta dalam keadaan condition yang betul betul elok, maka anda boleh percaya dengan cakap seller dari kedai tersebut. Di HM Falah, mereka benarkan kaedah ini kerana mereka yakin mereka jual kereta recond dari gred berkualiti tinggi.

    Ringkasan spesifikasi kereta recond dari auction sheet data report Japan
    Ringkasan spesifikasi kereta recond dari auction sheet data report Japan

    Semakan Gred & Kondisi Kereta Pihak Ketiga

    Ketika kereta dibida melalui auction house di Jepun, pihak di sana akan berikan auction report yang akan memaparkan gred dan condition kereta. Tetapi ramai sahaja kedai kereta recond yang akan berikan slip auction report yang palsu yang sudah di edit. Cara untuk beli laporan auction report dari pihak ketiga di Malaysia adalah melalui link SCRUT di bawah ini. Jadi anda boleh compare samada sama atau tidak. Kalau sama, maka kedai tersebut adalah jujur. Dan ya, kedai import kenderaan mewah berkualiti dari HM Falah memang benarkan anda untuk buat semak silang data kereta recond melalui SCRUT.

    • [ Scrut ] – Semak status kondisi dan grade kereta recond secara online. Jangan lagi kena tipu dengan seller kedai kereta import terpakai.

    Jangan pelik kalau ada yang bertanya, ada ke orang beli kereta recond secara online dan minta dihantar secara delivery ke rumah pembeli iaitu buyer? Jawapannya adalah ya dan ada. Kereta memang akan dihantar terus ke alamat yang diberikan dengan syarat kos penghantaran akan ditanggung oleh pembeli. Harap maklum ya.

    Gambar kereta recond Honda N-One RS di Malaysia
    Gambar kereta recond Honda N-One RS di Malaysia

    Senarai Kereta Recond Di HM Falah

    • Daihatsu Canbus
    • Honda N-One RS
    • Honda Civic FL1, FL5 & Type-R
    • Lexus RX-300 F Sport
    • Subaru Levorg STI
    • Toyota Corolla Touring
    • Toyota Voxy ZS
    • Toyota Harrier Z
    • Toyota Alphard S
    • Toyota Alphard S Gold
    • Toyota Alphard SC
    • Toyota Prius
    • Mercedes Benz CLA

    Ini adalah list senarai antara kereta recond yang ada dijual di HM Falah. Kalau tiada, anda boleh masuk booking sebagai pre-order dan wajib berikan minima sebanyak 30% dari harga nilai semasa jualan kereta tersebut (deal persetujuan bersama) dan wajib lulus loan bank sebagai tanda anda serius buyer dan pihak syarikat HM Falah akan bawa masuk kenderaan berkenaan bagi pihak anda.

    Senarai kereta recond ready stock di HM Falah setakat November 2024
    Senarai kereta recond ready stock di HM Falah setakat November 2024

    Senarai kereta recond di atas ini adalah ready stock yang ada ketika ini. Lain hari, lain kereta. Ada banyak yang masih preorder. Jadi kena tanya untuk ketahui senarai latest update semasa kenderaan recond import terpakai yang ada di HM Falah. Kalau anda mahu tahu samada kereta yang lain ada dijual atau tidak, anda boleh hubungi saya melalui link Whatsapp di bawah ini ya.

    Submit Dokumen Melalui Whatsapp

    • [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta recon, pembelian kereta recond dan submit dokumen untuk loan bank termasuk detail info anda selaku buyer.

    Macam mana hendak tahu kereta recond yang ada dijual di HM Falah? Hubungi sahaja saya melalui link Whatsapp di atas ini. Jika anda berpuas hati dengan gambar dan juga harga yang ditawarkan, sila berikan maklumat dokumen yang diminta untuk proses submit loan ke bank untuk semakan kelayakkan. Dan selepas loan lulus, anda boleh datang ke kedai untuk melihat kereta idaman anda. Ya, anda juga boleh hadir di kedai HM Falah untuk buat test drive dan melihat sendiri kereta recond berkualiti secara depan mata yang ada dijual di sini. Akhir sekali, kami harap anda berpuas hati untuk beli kereta recond di HM Falah. BYE!!!.

    Beli Kereta HM FALAH HM FALAH HM FALAH Malaysia HM FALAH Penang HM FALAH Pulau Pinang Kereta Recon HM FALAH Kereta Recond HM FALAH Kereta Terpakai HM FALAH
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Kereta import terpakai recond Lexus NX350 F Sport warna putih (3)

    Senarai Kereta Recond Lexus Tahun 2026

    24/01/2026
    Kereta import terpakai recond BMW 118i M Sport warna merah

    Senarai Kereta Recond BMW Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Daihatsu Canbus Stripes G Turbo warna beige putih

    Senarai Kereta Recond Daihatsu Tahun 2026

    17/01/2026
    Kereta import terpakai recond Honda Nbox Custom Turbo warna hitam

    Senarai Kereta Recond Honda Tahun 2026

    17/01/2026
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Eastel Starter Kit Incentive

    Ejen Dealer Simkad Eastel

    31/01/2026
    Pakej plan panggilan dan data internet untuk simkad prepaid Eastel

    Simkad Eastel

    31/01/2026
    Caj harga bayaran servis runner puspakom dan tukar nama hak milik thumb print JPJ

    Upah Runner Puspakom

    24/01/2026
    Kereta import terpakai recond Lexus NX350 F Sport warna putih (3)

    Senarai Kereta Recond Lexus Tahun 2026

    24/01/2026
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.