Ketika saya mula mula hendak terlibat di dalam dunia kereta recond, saya sedar yang kebanyakkan kedai yang menjual kereta import terpakai memang tidak berikan jaminan warranty yang lama. Malah ada yang tidak berikan apa apa warranty pun. Tetapi alhamdulillah, syarikat pengimport dan penjual kenderaan import terpakai yang saya sertai ini ada berikan sekali dengan jaminan warranty iaitu dari Ezcare Warranty. Jadi saya sebagai ejen yang menjual kereta recon seperti ini berasa lebih yakin untuk mempromosikan kepada bakal customer yang berminat.
Ada satu kisah pembeli dan pengguna kereta recond ini. Beliau beli satu kereta import terpakai dari satu kedai. Dan selepas itu bermulalah episod yang kereta beliau kerap kali rosak dan perlu mengeluarkan kos yang banyak semata mata untuk baik pulih. Dengan kata lain, pengalaman beliau bersama kereta berkenaan adalah tidak baik dan banyak berhabis duit pula untuk kos baiki setiap kali rosak. Bila beliau buat pemeriksaan, rupanya kereta beliau ada 2 perkara yang beliau baru tahu. Apa dia?
Ezcare Warranty – Pelan Waranti Jaminan Perlindungan Kerosakan Untuk Kereta Recond
ISU 1 – Kereta import terpakai (recond car) yang beliau beli ini bukan dari gred dengan kualiti yang bagus. Malah kereta beliau adalah dari kategori pernah eksiden. Beliau langsung tidak tahu akan kondisi dan keadaan sebenar kereta tersebut sebelum ini dari dealer tersebut. Kedai cakap kereta bagus, maka baguslah. Jadi macam mana hendak tahu samada kereta tersebut benar benar bagus dan ber grade tinggi?
- [ Scrut ] – Semak status kondisi dan grade kereta recond secara online. Jangan lagi kena tipu dengan seller kedai kereta import terpakai. Sila baca artikel ini untuk belajar cara check rekod kereta recond secara online.
ISU 2 – Bila kereta beliau kerap kali rosak dan kerap kali dibaiki. Beliau mula berasa letih dengan keadaan tersebut. Biasanya orang penat bila berulang alik ke bengkel untuk baiki. Dah la kereta hendak guna. Dan dalam masa yang sama duit banyak habis begitu sahaja. Beliau tidak tahu rupa rupanya memang ada servis perkhidmatan yang menawarkan jaminan warranty untuk pengguna kereta recond seperti beliau. Cuma beliau tidak tahu dan kebetulan kedai import kereta terpakai yang beliau beli sebelum ini tidak menawarkan jaminan warranty kepada pembeli kereta recond di kedai mereka.
- [ Ezcare ] – Ini adalah salah satu penyedia servis yang menawarkan jaminan waranti selama 1-7 tahun kepada pemilik kereta recond. Jika anda membeli kereta recon dan perlukan perlindungan jaminan warranty untuk kereta anda, sila hubungi Ezcare Warranty.
Di bawah ini adalah info asas tentang Ezcare Warranty jika anda mahu melanggan secara berasingan iaitu after market. Anda boleh beli kereta di mana mana kedai yang menjual kereta recond. Kemudian anda hubungi pihak Ezcare untuk melanggan dan mendapatkan jaminan warranty selepas membeli kereta tersebut.
Info Ezcare Warranty Sdn Bhd
- Founder – Ahmad Ibrahim (43) & Amirul Akmar (38)
- Pelan jaminan untuk kereta terpakai import (recond car)
- Pelan jaminan untuk kereta terpakai (used car)
- Pelan jaminan untuk kenderaan hybrid
- Pelan jaminan untuk kereta elektrik (EV)
- Pelan jaminan untuk supercar
- Pelan jaminan untuk bikers
- Pelan perlindungan dari 1 – 7 tahun (boleh pilih)
- Jika anda mempunyai sebarang soalan atau bantuan, sila hubungi Ezcare di 1-300-88-8287
ADA SATU CARA YANG PALING SENANG!!! Anda boleh mencari dan beli kereta import terpakai dari kami. Kenapa kena beli dari kami? Kerana kedai kereta import terpakai kami menjual kereta recond yang siap sekali dengan jaminan warranty dari Ezcare Warranty selama 8 TAHUN (pilihan)!!! Dengan kata lain, selepas memiliki kereta recon dari kami, kereta anda telah dilindungi dengan jaminan warranty untuk sebarang kerosakkan yang mungkin memeningkan anda. Dan kedai kami juga berikan sekali dengan laporan auction report tentang kondisi keadaan kereta termasuk gred nya sekali. Jangan risau, kereta kami adalah dari grade tinggi.
Japanese & Continental Car Warranty
- JAPANESE CAR PROCESSING INC WARRANTY
( VELLFIRE, ALPHARD, VOXY, HERRIER, LEXUS, STEPWAGON, ODDEYSEY )- Rm 1.8K ( 1 YEAR BASIC PLAN )
- RM 2.5K ( 5 + 1 YEARS WARRANTY MILLENNIA )
- RM 3K ( 7 + 1 YEARS WARRANTY MILLENNIA )
- CONTINENTAL BELOW 2.5CC PROCESSING INC WARRANTY
( MERCEDES & FK8 & FL5 )- RM 2.5K ( 1 YEAR BASIC PLAN )
- RM 3K ( 5 + 1 YEARS WARRANTY MILLENNIA )
- RM 4K ( 7 + 1 YEARS WARRANTY MILLENNIA )
- 5.0CC UP ( PROCESSING INC WARRANTY ) RM 3.5K 1YEAR BASIC PLAN WARRANTY
Perkongsian harga di atas ini adalah harga rujukan sahaja. Perubahan harga adalah di atas pihak EZ Care Warranty sendiri berdasarkan term & condition semasa. Harap maklum ya.
Ezcare menawarkan perkhidmatan jaminan selepas pasaran untuk kereta import terpakai dan kereta terpakai lengkap dengan konsep bengkel terbuka serta perkhidmatan penyelenggaraan kenderaan dari pintu ke pintu melalui unit bergerak syarikat. Aplikasi Ezcare Warranty dapat memudahkan anda untuk buat semakan dan tuntutan claim jika ada mana mana bahagian di dalam kereta anda yang rosak untuk proses baik pulih kenderaan anda.
Syarat Layak Claim Ezcare Warranty
- Sila pastikan kenderaan anda diservis mengikut jadual servis berkala yang telah ditetapkan untuk mengelakkan waranti kenderaan anda TERBATAL.
- Jadual servis berkala yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Servis Pertama: 7,000 km ATAU 4 bulan (mana satu yang tiba dahulu) ATAU sila ikut “Service Reminder Sticker” di cermin hadapan kenderaan anda.
Servis yang berikut: - Minyak Semi-Synthetic: Setiap 7,000 km ATAU 4 bulan (mana satu yang tiba dahulu)
- Minyak Fully Synthetic: Setiap 10,000 km ATAU 6 bulan (mana satu yang tiba dahulu)
- Minyak Transmisi/ATF: Setiap 30,000 km ATAU 12 bulan (mana satu yang tiba dahulu)
Setelah kenderaan di servis, sila muat naik dokumen ini ke dalam mobile app:
- Servis Pertama: 7,000 km ATAU 4 bulan (mana satu yang tiba dahulu) ATAU sila ikut “Service Reminder Sticker” di cermin hadapan kenderaan anda.
- ✅ “Service Reminder Sticker”
- ✅ Resit Bengkel
- ✅ Gambar Mileage Pada Odometer
- Sila simpan resit servis anda sebagai rujukan.
@ezcarewarranty Feedback Ameran Motor 🔥🔥 Terima kasih kerana support kami selama ini. Untuk korang yang ingin mendapatkan warranty terbaik, boleh hubungi kami ! Kepuasan anda keutamaan kami 📍 📞 1-300-88-8287 #ameranmotor #warrantykereta #usedcar #continentalcar #supercar #aftermarketwarranty #unlimtedclaim #ezcarewarranty #recondcar #fyp ♬ original sound – Ezcare Warranty
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta dan submit dokumen untuk loan bank termasuk detail info anda selaku buyer.
- [ Scrut ] – Semak status kondisi dan grade kereta recond secara online. Jangan lagi kena tipu dengan seller kedai kereta import terpakai.
Jika anda hendak mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut berkenaan harga apa apa jenis model kereta import terpakai dari Jepun dan UK ini, sila contact saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Saya boleh berikan gambar kereta termasuk harga. Berkenaan jumlah bayaran bulanan pula, saya akan minta sales advisor untuk bercerita lanjut dengan anda. Mesej sahaja saya melalui Whatsapp di atas ini ya. Dan pihak kami juga boleh untuk hantar kereta import terpakai tersebut terus ke alamat rumah anda di seluruh semenanjung Malaysia jika mahu dengan kos penghantaran ditanggung 100% oleh anda. Selamat membeli kereta recond import terpakai yang berkualiti tinggi dari kami dan langgan Ezcare Warranty sekarang juga. BYE!!!.