Saya baru sahaja menulis dan berkongsikan tentang jaminan waranti dari warranty kereta Import terpakai yang memfokuskan untuk kenderaan import terpakai. Dan ketika itu saya baru sedar rupanya ada servis perkhidmatan yang menawarkan jaminan warranty untuk kereta terpakai (second hand car) di Malaysia. Jujur saya memang tidak pernah tahu tentang perkara ini. Dan saya merasakan benda ini adalah tersangat sangat penting kepada pemilik yang sudah memiliki atau baru hendak beli kereta second hand. Kenapa?
Saya pernah membeli kereta terpakai dari Proton Preve yang dibuat pada tahun 2023. Dengan kata lain umur kereta ini sudah berumur 11 tahun kalau diukur pada tahun ini iaitu 2024. Dan kalau saya masuk ke group Facebook berkenaan isu yang berkaitan dengan kereta Preve ini, saya dapati kos untuk membaiki kotak gearbox Proton Preve adalah tersangat mahal. Semuanya berharga minima RM7K. Itu baru gearbox jenis recond dan bukan baru. Kalau beli baru confirm atas RM10K. Itulah kebimbangan saya saat ini.
Ezcare Warranty – Pelan Waranti Jaminan Perlindungan Kerosakan Untuk Kereta Terpakai
Dan ini adalah kes dari kisah sebenar. Isteri saya pemilik kepada Perodua Myvi 1st edition. Dan kebetulan beberapa bulan lepas gearbox kereta Myvi saya rosak dan perlu overhaul. Kos untuk baiki kotak gear kereta Myvi adalah RM3K. Siap repair dan tukar sana sini habis dalam RM4K kalau tidak silap saya. Dan ketika saya menulis berkenaan Ezcare Warranty ini membuatkan saya terfikir alangkah bagusnya jika saya dan isteri tahu dan ada melanggan pelan dan pakej waranti untuk kereta terpakai seperti ini.
Cubalah baca banyak kisah pemilik kereta terpakai yang menghadapi kerosakkan. Jujur cakap, beli kereta terpakai orang tidak kisah sangat pun rosak sana sini. Biasanya benda yang bersifat “wear & tear” memang akan rosak dan perlu diganti bila sudah sampai masa untuk tukar. Itu adalah kos penjagaan maintanence yang biasa. Tetapi pemilik kereta terpakai akan bimbang kalau kalau kereta yang telah dibeli tiba tiba rosak pada bahagian enjin atau kotak gearbox. Memang boleh habis duit dibuatnya.
Biasanya kalau kita beli kereta terpakai, jaminan waranti hanya 3 atau 6 bulan sahaja. Kalau ada lebih pun mungkin 1 tahun. Kita bercakap tentang anda beli kereta terpakai di kedai used car ya. Selepas beli kereta saya pasti majoriti dari anda tidak ada salinan jaminan waranti pun. Hanya cakap cakap mulut sahaja. Jadi kalau betul berlaku kerosakkan selepas anda memiliki kereta tersebut, anda pasti tidak tahu cara untuk buat tuntutan claim sebab salinan warranty memang tidak ada pun. Jadi macam mana hendak buat?
Nasihat saya, sila langgan dan dapatkan JAMINAN LANJUTAN iaitu waranti yang menawarkan perlindungan jenis after market iaitu selepas pembelian dilakukan. Contohnya macam ini. Selepas anda membeli kereta terpakai Perodua Myvi misalnya. Anda terus menghubungi pihak Ezcare Warranty untuk membeli perlindungan bagi kereta terpakai (used vehicle). Jom saya kongsikan cara caranya di bawah ini.
Cara Langgan Jaminan Waranti Dari Ezcare Warranty
- [ Ezcare ] – Ini adalah website rasmi Ezcare Warranty
- Contack Information;
- Email – info@ezcare-warranty.com
- Hotline – 1 300 88 8287
- Whatsapp – +60132880177
- Pertanyaan Umum – 03-8922-0571
- Business Hours;
- Monday – Friday 9.00 am – 5.30 pm
- Saturday – 9.00 am – 2.30 pm
- Sunday & Public Holiday- Closed
- Sila hubungi pihak Ezcare tentang keinginan anda untuk melanggan pakej perlindungan waranti untuk kereta terpakai
- Mereka akan minta info dari anda seperti;
- Nama
- Model Kereta
- Plate No
- Tahun Dibuat
- Tahun Didaftarkan
- Lokasi
- Ke semua info di atas ini perlu diberikan dan barulah pihak Ezcare boleh menentukan jumlah bayaran premium perlindungan yang patut anda bayar
Bukan semua orang beli kereta baru. Dan ramai juga yang beli kereta terpakai. Saya pernah beli kereta baru dan juga terpakai. Cuma saya sendiri baru tahu berkenaan pakej perlindungan untuk kenderaan seperti ini. Saya sempat bertanya kepada beberapa rakan dan mereka juga tidak tahu berkenaan isu ini. Dengan kata lain, penulisan dan perkongsian ini adalah lebih kepada memberikan sedikit pencerahan tentang adanya pelan pakej waranti untuk kereta terpakai yang murah dan mampu milik kepada pemilik kereta used car. Berminat?
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta dan submit dokumen untuk loan bank termasuk detail info anda selaku buyer.
- [ Scrut ] – Semak status kondisi kereta terpakai secara online. Jangan lagi kena tipu dengan seller kedai kereta used car.
Akhir sekali. Jika anda sedang mencari kereta terpakai untuk dibeli atau sudah pun menggunakan kereta secondhand, anda boleh dapatkan jaminan perlindungan kerosakkan kenderaan dari Ezcare kalau berminat. Owh sebelum saya terlupa, salah satu syarat untuk membeli pakej jaminan kerosakkan kereta terpakai dari Ezcare ini adalah kereta anda mestilah berumur tidak kurang dari 9 tahun iaitu kereta yang diperbuat pada tahun 2015 dan ke atas sahaja. Selamat membeli kereta terpakai dan langgan Ezcare Warranty sekarang juga. BYE!!!.