Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Scam Kereta Recond Ambil Di Port Pelabuhan
    Kereta Recond

    Scam Kereta Recond Ambil Di Port Pelabuhan

    adminBy admin12/12/2024No Comments4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Beberapa minggu lepas, saya ada menonton video podcast oleh Hezeri Samsuri di youtube. Dan ketika itu ada seorang juri jemputan berlatar belakangkan dunia kereta recond dibawa untuk bercerita tentang scam kereta recond. Antara pengisian yang menarik bagi saya ketika itu adalah berkenaan satu kisah salah seorang bakal pembeli kereta import terpakai ketika itu tertarik dengan iklan kereta recond murah di Facebook. Selepas berbual melalui Whatsapp, akhirnya bakal pembeli tersebut meneruskan niat untuk membeli kereta recond berkenaan.

    Masalah di sini adalah, kereta tersebut berada di port (pelabuhan) di Langkawi. Untuk bawa keluar kereta berkenaan dari port, maka diperlukan untuk bayar wang deposit sebagai tanda keseriusan untuk membeli dan mendapatkan kenderaan berkenaan. Selepas pembayaran dibuat, pihak scammer mengatakan bahawa beliau dan bakal pembeli ini perlu ke port untuk ambil dan bawa keluar kereta tersebut dari pelabuhan ke esokkan harinya. Tetapi keesokkan hari, bakal pembeli tidak lagi boleh menghubungi individu si penjual kereta recond berkenaan yang dengan kata lain beliau sudah kena tipu oleh scammer penjual kereta recond.

    Scammer kereta recond port pelabuhan
    Scammer kereta recond port pelabuhan

    SCAMMER ALERT : Beli Kereta Import Terpakai Di Port

    Kisah di atas ini adalah satu pengalaman baru bagi saya berkenaan dunia kereta recond sebab saya juga adalah ejen broker yang menjual kereta recond. Saya dapat ilmu pengetahun baru bagi membantu individu yang kemungkinan terkena tipu oleh scammer kereta recond. Dan ya, saya sendiri baru baru ini telah menemui satu kes bakal pembeli kereta recond yang bertanya kepada saya tentang anaknya yang kini berminat membeli kereta recond murah yang katanya perlu bayar wang deposit sebelum boleh tengok kereta di port pelabuhan. Modus operandi yang sama. Saya terus bantu beliau. Jom saya share kisah sebenar. Teruskan membaca.

    Ada satu individu ini menghubungi saya melalui Whatsapp. Katanya anak beliau telah dapat deal dari satu individu yang mendakwa menjual kereta recond murah. Cumanya kereta tersebut berada di Westport. Untuk lihat kereta berkenaan di port, kena bayar wang muka sebanyak RM2600. Saya terus teringat akan video podcast Hezeri Samsuri yang saya tonton di youtube. Saya terus menghubungi kedai kereta recond yang saya wakili dan bertanya sendiri kepada mereka untuk mendapatkan jawapan secara pasti.

    Apa soalan saya? Ada atau tidak atau bolehkah kita beli kereta recond terus dari port pelabuhan? Jawapan dari kedai kereta recond adalah, ianya adalah sah dan jelas SCAMMER!!!.

    Jawapan kedai kereta recond berkenaan scam ambil kereta di port
    Jawapan kedai kereta recond berkenaan scam ambil kereta di port

    Rupa rupanya dealer penjual kereta import terpakai recond yang betul ini memang tidak akan minta duit untuk ambil dan keluarkan kereta dari port. Ini adalah kos yang memang ditanggung oleh kedai yang menjual kenderaan recond. Dengan kata lain, TIADA orang yang akan ambil kereta di port pelabuhan. 

    Yang betul adalah, penjual iaitu pengimport kenderaan terpakai yang akan melakukan proses seperti mengimport kereta tersebut 100% sehingga selesai sampai ke showroom kedai. Kita sebagai bakal pembeli hanya akan lihat dan beli kereta terus di kedai sahaja. Tidak ada istilah beli kereta recond di port seperti kes di atas ini. Harap maklum ya.

    Submit Dokumen Melalui Whatsapp

    • [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta recond dan submit dokumen untuk loan bank termasuk detail info anda selaku buyer.
    • [ Scrut ] – Semak status kondisi dan grade kereta recond secara online. Jangan lagi kena tipu dengan seller kedai kereta import terpakai.

    Jika anda hendak mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut berkenaan model kereta recond yang anda mahukan, sila tanya saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Beli kereta recond terus dari kedai pengimport kenderaan terpakai yang dipercayai iaitu trusted. Nasihat akhir dari saya, sila elak dari membeli kereta recond di port dan ianya adalah jelas scam. Nak selamat, jom beli kereta recond melalui saya. BYE!!!.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Beli kereta recond kena bayar puspakom

    SCAM Beli Kereta Toyota Estima Recond

    18/05/2025
    Scam kereta recond Honda HR-V

    Scam Kereta Import Honda HR-V Port Klang

    15/04/2025
    Honda Jade RS

    Beli Kereta Honda Jade Direct Owner Success Story

    21/03/2025
    Kedai Pengimport Dan Penjual Kenderaan Import Terpakai Bumi Muhibah Motor Terengganu

    Beli Kereta Recond Di Negeri Pantai Timur

    13/11/2024
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.