Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru Monday, May 19
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Subscribe
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Beli Kereta Baru
    Home » Kena SCAM Beli Kereta Recond
    Kereta Recond

    Kena SCAM Beli Kereta Recond

    adminBy admin03/09/2024Updated:04/09/2024No Comments5 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Telegram Email WhatsApp

    Dulu dulu selalu dengar dan terbaca tentang kes penipuan scam beli kereta import terpakai iaitu kereta recond. Tetapi semalam tidak sangka pula yang saya akan bertemu dengan salah seorang pelanggan yang akan kebarangkalian kena tipu dengan kedai kereta recond. Biasalah, too good to be true. Kita mudah tertipu dengan penawaran harga kereta murah. Kalau dulu mungkin saya pun boleh mudah percaya. Tetapi sekarang tidak lagi. Ada sebabnya. Jom saya kongsikan panduan kepada anda.

    Pelanggan semalam menyatakan hasrat untuk membeli kereta Toyota Vios recond atau Honda City recond. Dan beliau telah mendapat tawaran pembelian kereta Honda City jenis recond yang dijual dengan harga RM31K untuk model kereta tahun 2021. Di sini pun saya sudah terkejut. Model kereta tahun 2021 adalah model Honda City generasi paling terkini. Kalau lihat dari harga pasaran semasa, Honda City terpakai keluaran tahun 2021 dijual dengan harga atas RM50K. Di sini pun sudah ada tanda tanda red flag memang kena hati hati.

    Iklan scam kereta recond murah
    Iklan scam kereta recond murah

    Iklan SCAM Beli Kereta Import Terpakai Murah

    Saya terus nasihatkan beliau agar jangan teruskan pembelian. Kalau pun betul ianya dijual dengan harga serendah dan semurah itu, ianya adalah sebuah kereta terpakai import. Dan kebanyakkan kereta import terpakai yang dimasuk ke pasaran Malaysia adalah melalui pusat lelongan di negara berkenaan. Akan ada GRED yang dipaparkan samada kereta elok, sederhana elok, biasa, kurang memuaskan dan teruk. Takut takut kereta recond yang dijual murah dari harga pasaran adalah dalam kategori kereta bermasalah atau bekas accident teruk. Anda sanggup ambil risiko?

    Ciri Ciri Red Flag Scam Iklan Kereta Murah Recond

    • Tidak benarkan untuk SCRUT kereta
    • Tidak benarkan kereta untuk dibuat pemeriksaan inspection
    • Tidak benarkan test drive keluar showroom
    • Jika diminta letak deposit, sila pastikan boleh refund kalau tidak jadi beli

    Antara jenis penipuan jualan kereta adalah kereta tersebut adalah dari jenis penipuan odometer (milage), kereta yang pernah kemalangan dan kereta yang pernah kena banjir. Tidak kisahlah kalau kereta yang kita beli itu pernah mengalami hal berkenaan asalkan seller jujur bagitau dan sebab kenapa ianya dijual murah. Masalahnya majoriti penjual kereta cakap kereta tip top condition semua elok dan ok. Dan inilah yang bahayanya kepada anda selaku pemilik kereta tersebut nanti. Banyak pula keluar modal semata mata untuk kos kerap baiki kereta sana sini.

    Mesti akan ada yang tanya, apa itu SCRUT betul tidak? Ianya adalah sebuah syarikat yang menjalankan servis perkhidmatan untuk membuat semakan sejarah berkenaan kereta terpakai di jual di kedai used car dan berkenaan kereta import terpakai (recond car). Dua dua kereta terpakai, cuma satu kereta tempatan dan satu lagi kereta yang dibawa masuk secara import. 

    Peniaga seller kereta terpakai tidak jujur pasti tidak suka dengan SCRUT
    Peniaga seller kereta terpakai tidak jujur pasti tidak suka dengan SCRUT

    Kereta terpakai tidak kisah samada tempatan atau import, ianya pasti akan ada sejarahnya. Samada pernah eksiden kemalangan atau bekas kereta banjir. Jika kereta ini pernah mengalamai hal demikian, biasanya pemilik kereta akan buat tuntutan claim insurans. Dari data inilah kita akan tahu apakah jenis claim dan kerosakkan yang pernah berlaku. Dari data inilah anda akan buat keputusan samada mahu beli kereta tersebut atau tidak. Jelas? Faham?

    Bagaimana kalau kereta terpakai tidak pernah kena tipu pusing meter odometer. Tidak pernah kemalangan dan bukan bekas kereta banjir. Dan sudah tentu data semakan tidak akan menunjukkan apa apa maklumat. Ya betul. Dalam kes ini kereta import terpakai tersebut boleh anda minta untuk dibawa keluar untuk buat pemeriksaan condition kereta berkenaan. Anda boleh bawa kereta berkenaan untuk di inspect di Puspakom atau di SCRUT sendiri. Barulah anda tahu kondisi kereta berkenaan sebelum beli. Jika kedai tidak benarkan, itu tanda red flag sebagai tanda untuk beli kereta berkenaan. Jelas? Faham?

    Senarai servis dan harga oleh perkhidmatan SCRUT Malaysia
    Senarai servis dan harga oleh perkhidmatan SCRUT Malaysia

    Ada orang tidak kisah pasal kedai kereta jual kereta yang telah pusing meter. Meter kereta di sebut sebagai odometer. Dan odometer ini akan menunjukkan jarak perjalanan yang telah kereta tempuh dalam kilometer/mileage. Kalau telah kena pusing, maknanya mereka telah tipu. Kereta telah jalan sejauh 200KM tetapi pusing meter jadi 50KM sahaja. Anda pun beli sebab yakin kereta jarang guna. Last last kereta rosak sebab anda tidak sedar kereta kereta 200KM sepatutnya kena buat major servis dan tukar part yang telah sampai masa kena tukar.

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta recond terpercaya. Kedai kami anda boleh semak auction report dari pihak ketiga untuk lebih yakin. Kedai kami anda boleh pilih dan bawa kereta keluar dari showroom untuk buat inspection pihak ketiga tanpa masalah untuk lebih yakin. Ini adalah kedai kereta recond yang saya refer. Anda boleh buat apa apa check semakan secara bebas agar anda berpuas hati dengan kereta recond yang anda ingin beli. Kalau anda berminat, hubungi saya melalui link Whatsapp di bawah ini ya.

    Pandangan hadapan tepi kereta Toyota Alphard recond 3rd generation
    Pandangan hadapan tepi kereta Toyota Alphard recond 3rd generation
    Contoh kereta recond Mercedes Benz CLA 250 warna kuning
    Contoh kereta recond Mercedes Benz CLA 250 warna kuning
    Gambar tepi kereta Toyota Harrier recond
    Gambar tepi kereta Toyota Harrier recond
    Kereta recond Jepun Honda Civic FK7 warna biru
    Kereta recond Jepun Honda Civic FK7 warna biru
    Kereta import terpakai recond Daihatsu Taft G Turbo
    Kereta import terpakai recond Daihatsu Taft G Turbo
    Kereta Recond Audi RS6 Carbon Black Edition UK Spec
    Kereta Recond Audi RS6 Carbon Black Edition UK Spec

    Submit Dokumen Melalui Whatsapp

    • [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta import terpakai dan submit dokumen untuk loan bank termasuk detail info anda selaku buyer.
    • [ Scrut ] – Semak status kondisi dan grade kereta recond secara online. Jangan lagi kena tipu dengan seller kedai kereta import terpakai.

    Sebab itulah SCRUT ada servis untuk semak sejarah kereta recond. Boleh tahu status odometer, boleh tahu status kereta pernah kena banjir atau tidak, boleh tahu samada kereta pernah kemalangan atau tidak. Kalau tiada rekod, boleh buat inspection. Kedai yang benarkan anda semak semua ini adalah kedai yang jujur, tidak takut sebab menipu dan sebagainya. Barulah anda boleh berasa yakin membeli kereta terpakai dan elak dari kena SCAM. Jelas? Faham? BYE!!!.

    Scam Kereta Import Terpakai Scam Kereta Recond Scam Kereta Second Hand Scam Kereta Terpakai
    Share. WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    SCAM Beli Kereta Toyota Estima Recond

    18/05/2025

    Scam Kereta Import Honda HR-V Port Klang

    15/04/2025

    Cara Order Tukar Bateri Kereta Guna Runner

    25/03/2025

    Bayar Zakat Fitrah Guna TnG eWallet

    23/03/2025

    Beli Kereta Honda Jade Direct Owner Success Story

    21/03/2025

    Bank Yang Senang Mudah Lulus Loan Kereta

    19/03/2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini

    SCAM Beli Kereta Toyota Estima Recond

    18/05/2025

    Jangan Beli Toyota Corolla Cross Total Loss

    14/05/2025

    Jangan Beli Toyota Vellfire Total Loss

    13/05/2025

    Cara Selamat Beli Mercedes Benz GLC 250 Terpakai

    11/05/2025
    © 2025 BeliKeretaBaru. Designed by BeliKeretaBaru.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Ad Blocker Enabled!
    Ad Blocker Enabled!
    Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please support us by disabling your Ad Blocker.