Di Malaysia, antara pengeluar kenderaan iaitu syarikat automotif yang mendapat permintaan tinggi adalah kereta buatan HONDA. Kereta baru Honda memang orang akan beli. Kereta terpakai Honda pun tetap akan ada orang beli sebab yakin dengan kualiti dan nilai harga pasarannya. Dan salah satu model kereta terpakai buatan Honda yang mendapat permintaan tinggi adalah “Honda Civic”. Tidak kisahlah keluaran tahun berapa pun tetap masih ada orang cari dan beli. Itulah Honda.
Kisahnya ada seorang customer ini mahu beli kereta Honda Civic terpakai keluaran tahun 2013 secara direct owner. Bila di tanya kepada pemilik samada kereta pernah kemalangan (accident) atau tidak, pemilik menafikannya. Dia pun cubalah untuk pandu uji (test drive) dan rasa ada yang tidak kena. Apa yang beliau buat? Terus buat semakan sejarah claim insurans kereta melalui data SCRUT. Apa yang beliau temui? Kereta pernah accident. Kereta pernah claim insurans cermin windscreen. Dan yang lebih teruk, kereta pernah melalui proses lelongan. Terus beliau cancel beli kereta tersebut.

Scrut Kereta Honda Civic Terpakai Sebelum Beli
Jika benar pemilik yang mahu menjual kereta Honda Civic ini adalah owner kedua yang telah membeli kereta tersebut pada tahun 2020. Maknanya pemilik ini tanpa sedar telah ditipu dan terbeli kereta yang pernah dilelong dan telah kemalangan sebanyak 2 kali. Dan sebagai pembeli yang ketiga, bila berjaya buat semakan latar belakang dari claim insurans kereta terpakai yang mahu beliau beli ini mempunyai rekod yang buruk, maka ianya adalah tindakkan yang bijak untuk tidak meneruskan pembelian tersebut kecuali beliau yakin yang kerosakkan akibat dari kemalangan tersebut adalah dari jenis berisiko rendah.

Cuba lihat gambar kedua di atas ini. Kereta pernah dilelong. Kereta pernah claim insurans cermin kereta. Dan kereta ada status kemalangan tahap “high” sebanyak 2 kali. Dan kebetulan di dalam report insurans pun dituliskan laporan berkenaan jarak kilometer (mileage) ketika claim dilakukan. Jadi dapat tahu jugalah kalau pemilik sebelum ini ada menipu dengan cara pusing meter ataupun tidak.
Sebenarnya tidak ada yang salah pun kalau beli kereta lelong. Malah banyak kenderaan yang dijual di mana mana kedai used car pun memang mendapatkan stok dari pusat lelongan awam seperti lelongan bank. Dan antara sebab kereta kena lelong adalah disebabkan pemilik asal tidak mampu untuk meneruskan pembayaran dan kereta kena tarik oleh pihak bank. Dan bank melalui pusat lelongan hanya inginkan baki pinjaman sahaja. Jadi pembeli yang membeli kereta lelong akan membeli dengan harga murah dari harga pasaran. Biasalah.
Yang kita mahu tahu dari report Scrut adalah maklumat samada kereta pernah kena curi, bekas banjir, cermin pecah, telah pusing meter, pernah kemalangan teruk atau yang lebih teruk kalau pernah total loss. Inilah yang kita sebagai bakal pemilik kenderaan terpakai mahu tahu sebelum membuat keputusan untuk meneruskan pembelian.

Macam gambar di atas ini. Kereta Honda Civic 2013 ini pernah kemalangan sebanyak dua kali. Tahap kerosakkan dari jenis “high”. Pernah berlaku perlanggaran semasa kereta dan sebanyak 17 part barangan yang ditukar ketika claim insurans dilakukan. Kalau anda rasa kerosakkan ini tidak terlalu teruk bagi anda, jadi teruskan sahaja beli kereta tersebut. Jika kes ini teruk bagi anda, sila hentikan transaksi pembelian kereta tersebut. Mudah.
Servis Yang Patut Anda Guna Sebelum Beli Kereta Terpakai
- [ SCRUT ] – Semak status kondisi kereta samada pernah kemalangan, bekas kereta banjir, pernah claim apa apa insurans dengan mudah di sini sebelum anda beli kereta terpakai
- [ EZCare ] – sila hubungi saya melalui link Whatsapp ini jika anda ingin meminta bantuan staff EzCare untuk melanggan warranty lanjutan untuk kereta terpakai
- [ Staff Carsome ] – sila hubungi saya melalui link Whatsapp ini jika anda ingin meminta bantuan staff Carsome untuk membeli kereta terpakai di kedai Carsome
- [ Staff MyTukar ] – sila hubungi saya melalui link Whatsapp ini jika anda ingin meminta bantuan staff MyTukar untuk membeli kereta terpakai di kedai Carro
Di atas ini adalah alat bantuan untuk anda ketika sedang mencari dan mahu membeli kereta terpakai. Pertama sila dapatkan nombor plat kenderaan kereta yang anda mahu beli untuk semak sejarah claim insurans kereta tersebut melalui SCRUT. Jika semuanya ok, sila dapatkan perlindungan jaminan warranty untuk kerosakkan enjin dan kotak gearbox kereta yang anda mahu beli dari EzCare agar anda tenang selepas membeli kereta terpakai.
Kalau anda tidak mahu pening pening kepala, cari dan beli sahaja kereta terpakai melalui Carsome atau MyTukar (Carro) melalui saya. Saya akan hubungkan anda dengan staff Carro/Carsome untuk bertanya langsung dan melakukan transaksi pembelian kereta secara terus dan pantas. Lagi pula kereta di Carsome atau MyTukar berkualiti dan ada perlindungan warranty selama 1 tahun dengan T&C lah. Saya harap kisah bakal pembeli kereta Honda Civic terpakai ini memberikan sesuatu input berguna kepada anda. BYE!!!.



