Baru baru ini tular viral berkenaan kes pemilik kenderaan memecahkan dan merosakkan kereta beliau yang mahu diambil oleh penarik kereta. Isunya adalah pemilik kereta tidak membayar ansuran bulanan kereta berbulan lamanya. Dan pihak bank atas kuasa mereka mengarahkan untuk kereta tersebut ditarik mengikut proses undang undang sehinggalah pemilik menjelaskan baki hutang yang tertunggak termasuk kos tarik kereta. Sebenarnya ramai pemilik kenderaan tidak berapa faham akan kos kos tersebut dan kenapa ianya dibebankan terhadap pemilik kereta tersebut. Jom saya jelaskan.
Katakan anda beli kereta baru Proton Saga di showroom Proton. Harga kereta tersebut adalah berharga RM50K. Anda memang kena beli kereta dan bayar sebanyak RM50K. Tetapi anda tidak ada duit pun. Jadi anda perlu “pinjam duit” dari bank. Bank akan beli kereta tersebut dari Proton. Dengan kata lain kereta Proton Saga tersebut adalah MILIK BANK. Kemudian bank jual semula kereta tersebut kepada anda secara hutang dan dikenakan “interest”. Maknanya kereta tersebut kekal milik bank sehingga anda habis bayar hutang kepada bank. Jelas? Faham?
Macam Mana Kereta Boleh Kena Tarik
Jadi apa yang pembeli kereta salah faham di sini? Mereka sangka yang kereta tersebut adalah milik mereka. Ini salah 100%. Macam mana kereta boleh jadi milik anda sedangkan anda belum langsaikan hutang membeli kereta betul tidak? Dan ketika anda tidak mampu untuk bayar ansurans bulanan sehingga berbulan lamanya, maka pihak bank ada hak untuk mengambil semula kereta yang sememangnya milik bank sehingga anda selesaikan semula baki bulanan yang tertunggak dan barulah kereta yang ditarik akan dipulangkan semula. Jelas? Faham.
Sebenarnya benda seperti ini tidak susah hendak faham. Kalau anda fikir logik pun pasti akan faham. Kereta harga RM50K. Baru bayar dengan bank RM10K sahaja. Dan hutang pun ada lagi RM40K. Dan geran pada kereta pun masih atas nama pemilik iaitu BANK. Hanya selepas anda selesai bayar ke semua hutang loan kereta dengan pihak bank, barulah geran akan ditukar nama dari BANK kepada NAMA ANDA!!!. Jadi sampai sini anda boleh faham?
Tu yang kesian apabila isu pemilik kereta pecahkan dan rosakkan kereta ketika kereta beliau kena tarik sebab tidak mampu bayar. Alasan sebab biarkan pemilik iaitu pihak bank dapat kereta yang rosak. Jawapannya adalah SALAH!!!. Anda sedang merosakkan kereta MILIK BANK. Jadi sudahlah anda menanggung bayaran bulanan tunggakkan yang anda tidak mampu bayar dan anda sedang menanggung kos kerugian dan kerosakkan yang anda buat. Seolah olah anda rosakkan kereta jiran, maka anda perlu tanggung kos untuk baiki kereta tersebut dan bukannya jiran. Jelas? Faham?
Sebab Kereta Kena Tarik
- Tidak bayar ansuran bulanan kereta 3 bulan berturut turut dan ke atas
- Ada tunggakkan ansuran bulanan kereta lebih dari 3 bulan
- Dapat notis dari bank untuk anda segerakan bayaran tunggakkan
- Dapat notis arahan penarikkan kereta akan dilakukan selepas pengabaian notis
2 Pilihan Selepas Kereta Kena Tarik
- Tebus – bayar semula jumlah tunggakkan keseluruhan + kos tarik kereta + kos parking kereta
- Surrender – gagal buat bayaran tebus balik dalam masa 21 hari, maka bank akan buat lelongan
Cara Untuk Ambil Kereta Yang Telah Ditarik
Selepas kerete anda ditarik oleh wakil dari pihak bank. Bank perlu bayar kepada ejen yang menarik tunda kereta anda tersebut. Dan kereta yang telah ditarik akan diletakkan dikawasan parking lot khas untuk kereta yang telah ditarik ini. Dan sudah tentulah bank perlu bayar kos parking ini. Sebab itulah jika anda mahukan kereta anda semula, anda memang kena bayar keseluruhan jumlah tunggakkan termasuk denda, kos tarik kereta dan kos parking kereta anda. Jelas? Faham?
Selepas kereta anda ditarik, anda akan diberikan notis untuk buat bayaran dalam masa 21 hari (biasanya) dan kalau anda gagal, pihak bank ada hak untuk melelong kereta tersebut. Dan selepas kereta dilelong, maka anda tetap kena bayar baki hutang. Jangan ingat selepas kereta kena lelong anda sudah tiada hutang ya. Jom saya buat kira kira kepada anda untuk anda jelas dan faham.
Kos Jumlah Hutang Kereta Selepas Lelong
- Anda beli kereta Proton Saga berharga RM50K
- Selepas 2 tahun bayar dan anda ada masalah kewangan, anda gagal bayar dan kereta anda ditarik
- Selepas semakan dibuat, baki hutang loan bank kereta anda ada dalam RM40K
- Anda gagal buat bayaran baki tunggakkan termasuk kos tarik kereta dalam 21 hari
- Bank lelong kereta anda
- Kereta anda telah berjaya dibida oleh pembeli dengan harga RM25K
- Dengan kata lain, bank hanya dapat duit mereka semula sebanyak RM25K
- Sedangkan baki hutang anda ada sebanyak RM40K. Kereta anda cuma terjual dengan harga RM25K sahaja
- Baki baki hutang sebanyak RM40K – RM25K = RM15K perlu anda langsaikan
- Selepas kereta kena tarik, kena lelong, anda masih berhutang loan kereta dengan bank sebanyak RM15K
Kiraan di atas ini adalah contoh kiraan kasar sahaja supaya anda faham kronologi sebab kenapa hutang kereta anda masih ada walaupun selepas kena tarik oleh bank. Dan jika anda gagal juga untuk bayar baki hutang sebanyak RM15K ini, maka sudah tentulah rekod CCRIS anda tidak akan cantik dan sudah pasti anda akan GAGAL mendapatkan apa apa pinjaman loan dengan pihak bank selepas ini!
Hak Anda Selaku Pemilik Kereta Yang Kena Tarik
- Nama ejen
- Nombor permit
- Nama dan alamat bank
- Tempat menyimpan kenderaan yang ditarik.
Ejen penarik kereta mestilah ada lesen dan sah. Dan anda boleh minta nama, nombor permit, alamat nak dan tempat kereta anda diletakkan. Ejen wajib menunjukkan surat perintah mahkamah atau dari bank untuk penarikkan kereta. Jika mereka berikan semua info ini, maknanya mereka adalah ejen tarik kereta yang sah dan legit. Ejen tarik kereta pun kena ikut akta. Hanya boleh tarik dari pukul 9 pagi – 9 malam sahaja, tidak boleh tarik kereta pada hari minggu dan tidak boleh ambil kereta yang berada di dalam kawasan pagar rumah anda.
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.
Perkongsian dan penerangan di atas ini bukanlah penjelasan yang detail terperinci. Hanya perkongsian ringkas sahaja untuk memudahkan anda faham. Sumber berita dari Kosmo Online pun ada mengeluarkan data seramai 1200 kenderaan ditarik setiap bulan seluruh Malaysia. Rasanya mungkin ini adalah salah satu sebab kenapa kerajaan melalui LHDN menguatkuasa dan mewajibkan agar bakal pembeli kereta memberikan 10% downpayment deposit ketika hendak membeli kereta. Tujuannya adalah untuk memastikan mereka yang benar benar ada kemampuan kewangan yang baik sahaja untuk membeli dan memiliki kenderaan. Harap maklum. BYE!!!