Proton Saga adalah dalam segmen A. Ketika artikel ini ditulis (May 2024), proton saga yang terbaru adalah dari generasi ke-3 (third generation Proton Saga). Ianya dilancarkan pada tahun 2016. Dan umurnya sudah menjangkau 8 tahun. Adakah berbaloi untuk beli proton saga baru dari 3th generation ini sekarang? Patut atau tidak untuk tunggu sahaja kalau ada keluaran baru dari Proton Saga 4th generation nanti. Sebenarnya ianya berbalik kepada keperluan semasa anda sahaja. Jom saya ceritakan.
Proton saga adalah model paling murah (entry level ) keluaran syarikat automotif proton. Biasanya orang yang mahu beli proton saga mahukan sebuah kereta yang baru tetapi dengan harga yang murah. Dan dalam masa yang sama menawarkan ke selesaan kepada keluarga. Contohnya anda bergaji RM2000 ke bawah dan sudah berkeluarga. Sudah tentu anda mahukan sebuah kerja sedan yang sesuai untuk balik kampung atau jalan jauh. Bonet kereta yang luas dan keselesaan penumpang belakang adalah kemestian. Jadi proton saga adalah pilihan terbaik.
Harga Proton Saga Baru
Proton saga jimat minyak? Semua sedia maklum bahawa dari dulu kereta proton memang kurang jimat minyak berbanding kereta keluaran perodua. Tapi anda kena faham sebabnya ya. Sebab kenapa kereta perodua jimat penggunaan minyak petrol kerana faktor teknologi enjin dan juga berat kereta. Enjin kereta perodua terkenal dengan penggunaan teknologi “VVT” dan juga berat kenderaan yang ringan. Untuk pengetahuan anda, proton saga terkini juga menggunakan teknologi enjin berasaskan VVT. Dengan kata lain, penggunaan minyak (fuel consumption) proton saga baru adalah lebih jimat berbanding dari model terdahulu.
Spesfikasi Kereta Proton Saga
- 1.3 L VVT (94HP/120Nm)(New Saga 2016)
- Gearbox : CVT 4 Kelajuan/Hyundai Aisin 4AT
- Segmen : Segmen-A
- Jarak Roda : 2465mm
- Panjang : 4335mm
- Lebar : 1690mm
- Tinggi : 1515mm
- Luas Bonet : 420L
- Airbag : 2 Beg Udara
- Safety Features : ABS, EBC, BA, (ESC + TCS + HHA untuk versi premium)
- Berat : 1065KG
- Tangki Minyak : 40L
Kelebihan Proton Saga
- Jimat minyak petrol. Hanya guna 1 liter untuk 18KM jarak perjalanan
- Ruang bonet sangat luas
- Ruang kabin yang selesa
- Ciri keselamatan yang bagus
- Handling yang bagus dan kereta terasa teguh kerana lebih berat
- Sesuai untuk dijadikan kereta GRAB kerana faktor jimat minyak petrol
Kekurangan Proton Saga
- Kurang jimat minyak berbanding perodua. Perbezaan hanyalah kecil
- Interior kurang menarik bagi sesetengah orang
- Harga jualan yang turun lebih banyak berbanding kereta lain seperti perodua
Jom Submit Loan Proton Saga Online Sekarang!!!
Apa offer dan promosi jika anda beli kereta baru secara online melalui saya? Sila klik dan baca dulu ya. Saya adalah ejen penjual kereta yang menjual kereta baru dari Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi dan juga PROTON!!! di area KL/Selangor. Kenapa saya tuliskan beli kereta baru secara online? Maksudnya anda boleh untuk submit dokumen untuk tujuan check samada anda layak untuk lulus loan bank kereta atau tidak. Dan jika lulus, anda boleh datang ke showroom untuk melihat kereta sebelum bersetuju untuk sign loan agreement tersebut. Dan pihak kami juga boleh untuk hantar kereta baru tersebut ke terus rumah anda jika mahu.
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.
Jika anda hendak mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut berkenaan kereta Proton Saga baru ini, sila contact saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Saya boleh berikan gambar kereta, flyers, brochure, list harga termasuk berapakah bayaran bulanan yang dikenakan. Kalau anda ada apa apa pertanyaan berkenaan new Saga ini atau model kereta selain saga juga boleh. Asalkan ianya berkenaan model kereta baru. Mesej sahaja saya melalui Whatsapp di atas ini ya. Owh ya, sebelum terlupa, anda juga boleh booking untuk test drive proton saga secara online melalui saya. Selamat membeli kereta baru. BYE!!!.