Saya pernah menggunakan kereta baru Perodua Viva. Dan selepas itu saya beralih kepada Proton Saga BLM. Dan sekarang saya menggunakan Proton Preve. Apa yang saya boleh cerita dari pengalaman memiliki beberapa jenis kereta? Memang ada kereta yang jimat minyak dan memang ada kereta yang kuat guna minyak. Lagi lagi kos minyak petrol akan lebih terasa kepada mereka yang gunakan kereta secara harian untuk ulang alik ke tempat kerja.
Kerajaan bermula tahun 2024 telah melakukan proses rasionalisasi subsidi minyak. Minyak diesel telah pun di hapuskan subsidi, akibatnya harga diesel terus melonjak menjadi RM3.35 seliter. Minyak petrol RON95 masih lagi diberikan subsidi oleh kerajaan dan ianya akan tamat pada tahun 2024 (jangkaan) ini. Dengan kata lain, jika subsidi minyak petrol dihapuskan, maka harga minyak petrol RON95 akan menjadi RM3 (jangkaan) dan ke atas. Dari RM2.05 kepada RM3 (jangkaan) adalah peningkatan sebanyak 50%. Adakah anda bersedia dengan kenaikkan kos bahan api kenderaan sebesar 50% dari sebelum ini?
Kereta Malaysia Jimat Minyak
Sebagai pengguna Proton Preve dan memang menggunakan kereta ini 100% untuk ulang alik ke tempat kerja. Penghapusan subsidi minyak petrol pasti memberikan kesan terhadap kewangan saya. Orang yang banyak duit, naik berapa pun pastilah tidak terlalu terkesan. Bagi mereka yang cukup cukup sahaja setiap bulan, pertambahan kos sebanyak RM100 sebulan hanya untuk isi minyak kereta adalah sesuatu yang mahal dan membebankan. Tetapi kita tidak boleh salahkan kerajaan. Kerajaan terpaksa berbuat demikian kerana faktor ekonomi dan kewangan kerajaan untuk menguruskan negara.
Maka kita sebagai rakyat yang terkesan, mahu tidak mahu kena mencari cara bagaimana cara untuk menguruskan kewangan kita. Selain tambah pendapatan, kita kena belajar kurang kan kos komitmen bulanan. Bila bercakap tentang kereta pula dan kebetulan kena guna kereta untuk ulang alik harian ke tempat kerja, maka salah satu cara yang terbaik adalah dengan menggunakan kereta jimat minyak.
Senarai Kereta Jimat Minyak
- Perodua Axia – 25.3KM / 1 liter
- Perodua Bezza – 21KM / 1 liter
- Perodua Myvi – 21KM / 1 liter
- Perodua Ativa – 18.9KM / 1 liter
- Proton Saga – 18KM / 1 liter
- Proton Iriz – 15KM / 1 liter
- Toyota Vios – 19.2KM / 1 liter
- Honda City – 17.5KM / 1 liter
- Nissan Almera – 18.9KM / 1 liter
- Hyundai i10 – 18.9KM / 1 liter
- Mazda 2 Sedan – 19KM / 1 liter
- MG5 – 17.5KM / 1 liter
Ini adalah list senarai penggunaan minyak (fuel consumption) setiap kereta yang guna minyak petrol di Malaysia. Saya tidak masukkan kereta dari jenis hybrid kerana adalah tidak logik untuk membandingkan penggunaan minyak dari kereta biasa dengan kenderaan hybrid yang sudah tentu lagi menjimatkan. Tetapi siapa yang mampu beli kereta hybrid yang baru kalau tujuan asal untuk jimat minyak? Betul tidak?
Ada banyak lagi kereta Malaysia jimat minyak yang lain. Saya lebih berminat mahu kongsikan list senarai kereta yang berharga murah atau bawah RM100K sahaja termasuk brand kereta yang bukan jenama Malaysia. Bukan apa, kereta yang mahal dan atas RM100K pun ada yang jimat minyak. Cumanya bila bercakap tentang mahu jimat dan kurangkan kos, biasanya pemilik kenderaan pastilah dari kalangan yang menggunakan kereta yang tidak mahal. Tidak mungkinlah anda mampu memiliki sebuah kereta yang mahal harganya tetapi rasa tertekan dengan kos minyak pula. Haha. Setuju?
Cara Pemanduan Jimat Minyak
- Kurangkan Lebihan Muatan – tidak perlu membawa barang yang berat yang tidak perlu di ruangan bonet kereta anda. Berat yang berlebihan akan memaksa enjin bergerak dengan lebih penggunaan bahan api yang seterusnya meningkatkan penggunaan minyak petrol.
- Tekanan Angin Tayar – anda sendiri akan perasan kalau tayar kereta anda kempis, pemanduan kereta anda pasti akan terasa berat. Memaksa enjin untuk membawa kereta dengan rasa berat yang berlebihan pasti meningkatkan penggunaan minyak. Sila pastikan angin tayar kereta anda mencukupi dan kereta anda pasti akan bergerak dengan rasa lebih ringan.
- Kelajuan Memandu – biasanya kalau hendak jimat minyak kereta, kelajuan pemanduan mestilah bawah 90KM/hour sahaja. Bawa dengan tenang dan tanpa kerap kali tekan minyak secara tiba tiba. Lebih laju anda bawa, lebih kuat minyak akan digunakan.
- Selenggara Kereta – sila pastikan anda mengikuti jadual maintenance kereta anda. Senantiasa tukar minyak hitam bila sampai waktu dan lakukan servis servis berkala yang lain. Sebab bila kita sebut hendak jimat minyak kereta, maka benda yang paling utama adalah perkara yang berkaitan dengan enjin. Jadi memang kena servis selalu lah.
Di atas ini adalah tips bagaimana mahu menjimatkan penggunaan minyak petrol untuk kereta anda. Dan ada banyak faktor lain yang menjadi penyumbang kepada masalah kenapa kereta kita guna banyak minyak berbanding sebelum ini walaupun ianya adalah kereta yang sama. Di atas ini adalah 4 faktor utama bagaimana anda boleh merubah tabiat anda dan seterusnya boleh meningkatkan penjimatan minyak petrol kereta anda.
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.
Jika anda hendak mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut berkenaan apa apa jenis model kereta baru yang jimat minyak seperti di atas, sila contact saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. Saya boleh berikan gambar kereta, flyers, brochure, list harga termasuk berapakah bayaran bulanan yang dikenakan. Mesej sahaja saya melalui Whatsapp di atas ini ya. Anda juga boleh booking untuk test drive kereta secara online melalui saya untuk anda di area KL/Selangor ya. Dan pihak kami juga boleh untuk hantar kereta baru tersebut terus ke alamat rumah anda di seluruh semenanjung Malaysia jika mahu. Selamat membeli kereta baru. BYE!!!.