Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Perkhidmatan

    Cermin Kereta Pecah Retak Sebab Panas

    adminBy admin28/04/2025No Comments6 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Sepanjang saya guna kereta, memang jarang untuk saya renew roadtax dan insurans kereta dengan membuat penambahan perlindungan cermin (windscreen) sekali. Biasalah, bila tidak pernah kena keadaan di mana cermin kereta pecah atau retak, kita memang merasakan ianya adalah sesuatu yang tidak perlu. Tapi bila kereta sendiri kena, memang pening lah hendak cari wang untuk baiki dan menukar cermin kereta tersebut. Bukan murah ya, tetapi mahal. Mesti akan ada yang bertanya, berapakah harga cermin kereta yang baru?

    Kisahnya begini, saya pergi kerja pada waktu pagi. Dan memang tempat letak kereta kami di atas kawasan tanah rata lapang dan tidak ada pokok untuk berteduh pun. Jadi memang sudah biasa kereta diparking di kawasan terbuka yang panas setiap hari. Cuma nasib tidak menyebelahi saya semalam. Ketika mahu memandu kereta untuk keluar berehat makan tengah hari, saya perasan yang saya tidak boleh untuk memandang cermin belakang menggunakan cermin pandang belakang kereta kabur 100%. Kenapa?

    Cermin kereta windscreen belakang retak
    Cermin kereta windscreen belakang retak

    Tukar Cermin Kereta Yang Retak Di Kedai WindScreen2U

    Sebab rupa rupanya cermin kereta bahagian belakang telah retak 100%. Terus saya parking tepi jalan untuk membuat pemeriksaan. Memang betul, cermin belakang telah retak seribu. Bila tekan terasa lembut dan cermin boleh pecah bila bila masa. Saya terus buat semakan “cover note insurans kereta” saya yang saya ambil di Takaful Ikhlas. Dan ternyata saya tidak membuat penambahan untuk perlindungan cermin (windscreen) sebelum ini. Dengan kata lain, saya memang kena tukar cermin belakang kereta saya menggunakan duit saya sendiri. Memang kecewa.

    Lebih kelakar apabila saya membantu adik saya untuk renew insurans kereta tetapi saya masukkan sekali dengan perlindungan cermin iaitu windscreen. Namun saya sendiri tidak membuat apa apa penambahan untuk tambah baik perlindungan insurans untuk kereta sendiri. Sedangkan kos untuk dapat cover windscreen hanyalah RM120 sahaja. Tidak mengapalah, benda sudah terjadi dan saya kena keluarkan wang sendiri dan hadap kos baik pulih tersebut.

    Harga insurans windscreen kereta
    Harga insurans windscreen kereta

    Setelah carian dibuat, saya menemui kedai yang ada menawarkan servis perkhidmatan untuk membaiki dan menukar cermin kereta iaitu windscreen. Perkara pertama adalah mereka akan membantu membuat semakan cover note insurans kereta kita samada kita boleh buat tuntutan claim insurans atau tidak. Dalam kes saya, oleh kerana tada perlindungan cermin, maka saya kena keluarkan kos sendiri.

    Saya ke kedai “WindScreen2U” yang mempunyai banyak cawangan seluruh Malaysia. Oleh kerana saya tinggal di Pulau Pinang, maka ada 4 cawangan kedai yang saya boleh pilih samada di Kampong Melayu Ayer Itam, Raja Uda Butterworth, Taman Tampoi Baru Bukit Mertajam dan di Kepala Batas. Saya pilih untuk ke kedai WindScree2U di Butterworth kerana dekat dengan tempat tinggal saya.

    Cermin kereta windscreen belakang pecah
    Cermin kereta windscreen belakang pecah
    Tukar cermin kereta windscreen retak seribu
    Tukar cermin kereta windscreen retak seribu

    Sebelum pergi ke sana, saya sudah membuat semakan harga 1 hari sebelum itu. Harga cermin kereta untuk setiap model kereta adalah tidak sama. Dan cermin belakang untuk kereta Proton Preve saya adalah berharga RM500. Dan kalau saya pasang dengan tinted sekali, kena tambah lagi RM100. Jadi kos keseluruhan adalah RM600.

    Pilihan Jenis Pembayaran

    • Tunai
    • Online transfer
    • QRPay
    • Kad debit/kredit
    • Tuntutan insurans cermin kereta
    • Bayaran secara ansuran bulanan (instalment) melalui;
      • Atome : 3 bulan (pembayaran pertama selepas siap pasang cermin) tanpa caj
        • Contoh : RM500
          • Bayaran pertama = RM166.70
          • Bayaran kedua = RM166.70
          • Bayaran ketiga = RM166.70
    Jadual pembayaran installment ansurans bulanan untuk tukar cermin kereta windscreen guna Direct Lending
    Jadual pembayaran installment ansurans bulanan untuk tukar cermin kereta windscreen guna Direct Lending
      • Direct Lending : 3, 6, 9, atau 12 bulan (pembayaran pertama selepas siap pasang cermin)
        • Contoh :
          • Bayaran pertama = 1.5% kadar tetap + RM30 fee wakalah
          • Bayaran kedua dan seterusnya = 1.5% kadar tetap
      • Cara mohon Atome adalah adalah Isi maklumat diri, muat naik kad pengenalan, muat naik penyata bank 3 bulan dan tanda tangan kontrak pembiayaan dan terus buat pembayaran kali pertama selepas cermin kereta siap dipasang.
      • Cara mohon Direct Lending adalah Isi maklumat diri, muat naik kad pengenalan, muat naik penyata bank 3 bulan dan tanda tangan kontrak pembiayaan dan terus buat pembayaran kali pertama selepas cermin kereta siap dipasang.
    • Done

    Pilihan pembayaran memang ada banyak. Kalau anda kekurangan duit untuk kos baiki dan tukar cermin kereta anda yang retak atau pecah, anda boleh sahaja memilih pembayaran menggunakan Atome dan juga Direct Lending. Di Direct Lending ada pilihan pembayaran bulanan yang patuh syariah. Jangan bimbang.

    Baiki, tukar dan claim insurans cermin kereta akibat retak pecah di WindScreen2U
    Baiki, tukar dan claim insurans cermin kereta akibat retak pecah di WindScreen2U

    Warranty Cermin Kereta Dari WindScreen2U

    • Pelekat terlonggar
    • Kebocoran air dari bahagian bingkai cermin
    • Cermin retak tanpa faktor luaran

    Jaminan sepanjang hayat untuk mutu kerja (lifetime workmanship warranty) untuk masalah seperti di atas ini. Dan kalau cermin kereta retak semula selepas seberapa ketika penggunaan, kedai WindScreen2U akan membaiki atau menggantikan dengan cermin windscreen yang baru dengan syarat ianya bukan akibat faktor luaran. Macam mana hendak booking servis tukar cermin kereta di WindScreen2U ini? Terus walk in sahaja.

    Cermin windscreen belakang yang telah dibuka
    Cermin windscreen belakang yang telah dibuka
    Cermin windscreen belakang untuk kereta Proton Preve
    Cermin windscreen belakang untuk kereta Proton Preve
    Cermin windscreen belakang yang telah pasang dengan cermin baharu
    Cermin windscreen belakang yang telah pasang dengan cermin baharu

    Gambar di atas adalah gambar cermin belakang untuk kereta saya iaitu Proton Preve. Dan gambar seterusnya adalah ketika cermin yang retak dan pecah telah dibuka, dibuang dan dikemaskan. Dan gambar terakhir pula adalah selepas pemasangan. Saya pilih cermin belakang yang siap sekali dengan tinted. Tujuan untuk lebih gelap dan lebih keselamatan jikalau berlaku pecah atau retak sekali lagi selepas ini.

    Berapa lama masa yang diambil untuk siap? Dalam kes saya sendiri, ianya hanya mengambil masa selama 1 jam setengah sahaja. Mula mula mereka ketuk dan pecahkan cermin yang retak seribu. Kemudian mereka buang gam lama. Kemudian mereka vacuum untuk buang cermin yang kecil dan yang pecah. Bersihkan permukaan. Kemudian sapu gam yang baru dan pasangkan kembali cermin yang baru. Siap.

    Bil bayaran tukar cermin kereta di Windscreen2U
    Bil bayaran tukar cermin kereta di Windscreen2U

    Selepas pemasangan cermin kereta siap dilakukan. Kereta tidak boleh dihantar untuk dicuci di car wash. Biarkan gam yang melekatkan cermin pada body kereta kering dan melekat dengan kuat dalam tempoh 3 hari. Selepas itu boleh cuci kereta macam biasa.

    Hubungi WindScreen2U Satu Malaysia

    • [ WindScreen2U Customer Care ] – sila hubungi pusat bantuan khidmat pelanggan Windscreen2U di sini

    Ok, sebagai pelanggan yang baru pertama kali menggunakan perkhidmatan tukar cermin kereta di Windscreen2U, saya memang berpuashati dengan servis mereka. Hendak call bertanya pun mudah. Cawangan kedai pun ada banyak di seluruh negeri di Malaysia. Dan proses penukaran dan menggantikan cermin windscreeen pun pantas. Hendak bayar kos baiki cermin kereta guna insurans kereta pun boleh. Hendak bayar secara instalment bulanan pun ada pilihan. Windscreen2U memang terbaik. Saya berikan rating 8.5/10 kepada kedai baiki dan tukar cermin kereta ini. BYE!!!.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Simkad Prepaid 5G Eastel

    Cara Beli Simkad Eastel

    09/03/2026
    Ejen Eastel Dengan Member ID E-0001783

    Senarai Ejen Dealer Eastel Seluruh Malaysia

    08/03/2026
    Web promosi Eastel ada gambar muka, nama ejen, member ID dan juga nombor telefon

    Web Promosi Eastel

    07/03/2026
    Cara langgan pakej plan panggilan call dan kuota data internet bulanan simkad Eastel

    Cara Langgan Pelan Call & Internet Eastel

    07/03/2026
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.