Kalau ada orang tanya, kereta kereta model lama masih boleh tukar cermin ker? Contohnya macam kereta Proton Saga LMST, Perodua Viva, Kenari, Kembara dan lain lain model yang keluaran tahun lama lama. Ya, jawapannya adalah boleh. Kenapa? Sebab, cermin kereta bukan perlu di “custom” apabila ada permintaan untuk tukar dan ganti cermin tingkap kereta yang baru. Semua cermin kereta adalah dari jenis ready stock sahaja. Samada cermin untuk model kereta anda ada di kedai atau tidak, itu adalah masalah yang berbeza.
Beberapa hari lepas cermin kereta saya retak. Retak seribu ya. Memang tidak dapat diselamatkan. Dengan kata lain, mahu tidak mahu saya terpaksa menggantikan cermin kereta (windscreen) yang retak tersebut dengan cermin yang baru. Dan saya ke kedai Windscreen2U untuk mendapatkan servis penukaran cermin kereta di bahagian belakang yang retak. Dan itu adalah kali pertama saya melihat sendiri bagaimana proses penukaran cermin kereta dilakukan secara berdepan. Apa yang saya nampak?

Kedai Pemasangan Cermin Kereta
Rupa rupanya ada sangat banyak stok cermin kereta. Cermin depan, belakang dan sisi semua ada. Ada cermin untuk kereta dari model keluaran yang lama lama. Dan sudah tentulah cermin untuk kereta dari model dan keluaran terbaru pastilah ada. Kereta saya adalah dari model Proton Preve keluaran tahun 2013. Dan ya, cermin belakang untuk Proton Preve memang ada stok. Jadi mudah kerjalah. Di kedai Winscreen2U ada banyak stok cermin kereta. Tinggal ambil dan pasang sahaja. Terbaik.
Pengalaman saya pasang cermin kereta di kedai Windscreen2U adalah memuaskan. Kalau anda mahu memastikan kereta anda di servis dengan pantas, sila sampai awal ke kedai atau sila pastikan tiada customer lain yang sedang berada di kedai tersebut. Dan kebetulan saya sampai awal dan kereta saya di servis tukar cermin dengan pantas. Siap dalam masa 1 jam 30 minit sahaja. Kualiti kerja adalah kemas dan perkhidmatan pelanggan juga adalah baik. Kedai pun bersih.

Mahal ke untuk tukar sekeping cermin kereta? Ianya bergantung kepada cermin tingkap yang mana yang anda mahu tukar. Samada cermin hadapan atau cermin belakang atau cermin sisi. Saiz cermin dan tahap kesukaran untuk membuka dan memasangkan kembali akan menentukan kos bayaran akhir selepas kerja pemasangan selesai di lakukan.
Dalam kes saya, cermin kereta yang retak seribu adalah untuk cermin belakang. Dan saya sendiri tidak tahu akan penyebabnya. Ia berlaku ketika saya mahu keluar makan tengah hari sewaktu hari bekerja. Tahu tahu cermin sudah retak teruk. Nasib baik ada tinted, jadi cermin yang retak tidak terus pecah berderai melainkan masih kekal utuh di tempat yang sama. Sila lihat gambar di bawah ini.

Cermin kereta yang dipasang sekali dengan tinted akan menyebabkan cermin yang pecah atau retak akan kekal di tempat yang sama. Kalau tanpa tinted, sudah pastikan cermin retak seribu akan terus pecah dan berselerak kaca yang pecah di dalam kereta. Ada pro dan con lah.

Dalam kes saya, saya minta untuk cermin baru dipasang sekali dengan tinted yang berwarna sedikit gelap. Harga cermin belakang untuk kereta Proton Preve saya cuma berharga RM500. Dan kos tinted pula adalah RM100. Jadi kos bayaran akhir total adalah sebanyak RM600 sahaja.
Di Malaysia terlalu banyak kes kemalangan. Kes cermin pecah dan claim insurans pun tersangat banyak. Jadi di kedai mana anda patut hantar kereta anda untuk baik pulih, tukar, ganti atau buat tuntutan insurans? Tidak perlu pergi jauh. Pergi sahaja hantar kereta anda di kedai Windscreen2U ini. Mudah dan pantas.
Hubungi WindScreen2U Satu Malaysia
- [ WindScreen2UCustomerCare ] – sila hubungi pusat bantuan khidmat pelanggan Windscreen2U di sini
Ok, sebagai pelanggan yang baru pertama kali menggunakan perkhidmatan tukar cermin kereta di Windscreen2U, saya memang berpuashati dengan servis mereka. Hendak call bertanya pun mudah. Cawangan kedai pun ada banyak di seluruh negeri di Malaysia. Dan proses penukaran dan menggantikan cermin windscreeen pun pantas. Hendak bayar kos baiki cermin kereta guna insurans kereta pun boleh. Hendak bayar secara instalment bulanan pun ada pilihan. Windscreen2U memang terbaik. Saya berikan rating 8.5/10 kepada kedai baiki dan tukar cermin kereta ini. BYE!!!.





