Beberapa hari lepas saya dihubungi oleh staff Shopee. Yang menyatakan minat mereka untuk membantu dengan cara guide saya cara untuk mengintegrasikan sistem link affiliate Shopee pada video di YouTube. Ya, saya adalah content creator yang pernah aktif buat video di YouTube. Pernah menjana income dengan iklan di YouTube. Dan ya, saya juga seorang internet marketer yang pernah buat duit dengan cara share link affiliate Shopee. Jadi berita tentang kerjasama antara Shopee dengan YouTube memang menarik minat saya.
Ceritanya begini. Kebanyakkan pembuat video di YouTube channel biasanya akan share link affiliate Shopee di ruangan description video tersebut. Cara ini di lihat kurang efektif sebenarnya. Dan kalau anda melihat di Tiktok, kaedah beli barang secara online melalui video di Tiktok tersangat sangat efektif dengan adanya “beg kuning”. Oleh kerana platform YouTube juga berasaskan video, jadi kenapa YouTube tidak meniru sahaja kaedah jual beli barang online seperti itu?

Jana Income Sebagai Content Creator Melalui Program Affiliate YouTube Shopping Shopee
Tahniah, berita gembira. Pada April 2025 secara rasmi Shopee telah pun bekerjasama dengan video content creator di YouTube Malaysia untuk meng-integrasi-kan sistem Shopee dengan YouTube menggunakan kaedah yang hampir sama dengan apa yang ada di Tiktok. Sekarang video video di YouTube samada video melintang atau menegak (YouTube Shorts) boleh dipautkan dengan link affiliate Shopee. Terbaik.
Oleh kerana saya sudah ada banyak video jenis melintang yang pernah saya upload di YouTube channel saya. Maka saya terus kemaskini video lama saya dengan pautan link Shopee untuk menjana pendapatan dari affiliate Shopee melalui video tersebut.
Dan oleh kerana saya ada banyak video menegak yang saya buat untuk Tiktok sebelum ini masih ada di simpan di dalam pc komputer saya. Maka saya gunakan kembali untuk upload di YouTube channel saya sebagai video YouTube Shorts dan dipautkan dengan link Shopee juga. Memang terbaik lah. Jadi apa kelebihan buat duit online melalui YouTube Shopee berbanding upload video di Tiktok?

Kelebihan YouTube Shopee VS Tiktok
- YouTube boleh upload video mendatar / melintang dan menegak. Sedangkan Tiktok cuma video menegak sahaja
- Anda boleh edit video YouTube lama untuk update link affiliate Shopee. Sedangkan Tiktok tidak boleh kerana perlu upload video yang baru untuk letakkan link affiliate yang baru
Saya mula aktif upload video di YouTube semula pada 23/5/2025 iaitu pada hari Jumaat. Dan majoriti video yang saya upload adalah dari kategori YouTube Shorts. Dan ke semua video yang saya upload saya tag dan pautkan dengan link produk affiliate dari Shopee. Jadi adakah kita memang boleh buat duit dengan kaedah YouTube Shopee ini? Hendak tahu samada projek ini berjaya kita akan lihat dalam 1 bulan ini iaitu pada penghujung bulan 6 tahun 2025 ini nanti.
Adakah nilai komisen sebanyak dari program affiliate YouTube dengan kerjasama Shopee ini sedikit dan kurang berbaloi? Jawapannya adalah tidak. Program affiliate dengan kerjasama antara Youtube dan juga Shopee adalah program terbaru. Berbaloi atau tidak di tentukan bagaimana untuk menarik penonton video di Tiktok dalam kelas video menegak untuk beralih menonton video menegak di YouTube yang dikenali sebagai “Shorts”

Sama macam Tiktok, bukan semua video akan berjaya viral, FYP atau convert kepada sales. Maknanya anda memang kena hasilkan video yang berjaya menarik penonton untuk percaya dan beli barang yang anda promosikan. Kita hanya perlu upload sebanyak mungkin video, dan akan ada video yang berjaya menarik minat “hook” kepada bakal pembeli untuk membeli melalui link affiliate anda. Jadi tidak ada istilah samada komisen RM10 terlalu sedikit atau apa. Yang betul adalah anda kena terus berusaha.
Daftar / Register Akaun Shopee
- [ Shopee ] – sila daftar akaun Shopee Malaysia di sini
Jadi apa kaitan program affiliate antara Shopee dan YouTube Shopping dengan blog tentang kereta? Kalau anda ada bengkel kenderaan. Kalau anda seorang pomen mekanik repair kereta. Kalau anda suka buat diy kereta anda atau apa apa yang anda buat terhadap kereta. Anda sebenarnya boleh menggunakan peluang ini untuk mencipta kandungan tentang kenderaan dalam bentuk video dan kemudian mula menjana pendapatan melaluinya seperti video di bawah ini. Berminat? Mulalah sekarang juga!!!
Apakah saya akan terus dengan YouTube Shopee? Jawapannya adalah YA!!!. Ini baru tidak sampai sebulan. Berjaya buat buat duit online dengan affiliate Shopee di YouTube tidak boleh diukur pada 1 bulan percubaan sahaja. Yang betul ukurannya adalah minima 1 tahun selepas ini. Cumanya dalam tempoh setahun ini saya tidak boleh mengeluh atau buat sekerat jalan. Saya kena pastikan dalam masa 1 tahun ini, saya berjaya menghasilkan sekurang kurangnya sebanyak 1000 video baru. Doakan saya berjaya. BYE!!!.



