Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Komisen Affiliate YouTube Shopee Selepas Sebulan
    Income

    Komisen Affiliate YouTube Shopee Selepas Sebulan

    adminBy admin08/07/2025No Comments4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Saya telah menulis aritkel bertajuk buat duit YouTube Shopee di artikel ini. Bagi saya ianya adalah satu projek bagaimana pihak YouTube boleh menarik seramai mungkin influencer. Dan juga pembuat content creator untuk beralih menggunakan platform YouTube lebih lebih lagi untuk video jenis menegak iaitu YouTube Shorts. Trend semasa, ramai suka beli barang melalui video jenis menegak, maka tindakkan kerjasama antara YouTube dan juga Shopee adalah satu usaha yang baik.

    Sebagai permulaan, pihak Shopee mencari seramai mungkin pembuat kandungan video untuk menghasilkan dan mengupload lebih banyak video ke platform YouTube dan di link “tag” kepada link affiliate Shopee. Dan program ini menawarkan ganjaran berupa wang tunai sebanyak RM500, RM1000, RM1500 dan juga RM3000 mengikut jumlah video yang berjaya di muat naik. Dengan syarat setiap video haruslah di link kan kepada affiliate Shopee. Saya terus teruja.

    Shopee YouTube Campaign Cash Reward June 2025
    Shopee YouTube Campaign Cash Reward June 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopping Shopee June 2025

    Saya telah ada sebanyak 50 video jenis menegak yang digunakan di Tiktok dan sudah tentu video tersebut sesuai untuk diupload ke YouTube Shorts channel saya. Bulan Jun 2025 ada kempen yang dijalankan oleh Shopee dari 1 June 2025 – 30 June 2025. Kalau berjaya upload sebanyak 50 video, maka pembuat kandungan (content creator) akan dapat ganjaran wang tunai sebanyak RM500.

    Tetapi ganjaran tersebut jika ada apa apa on going campaign lah. Berjaya buat, dapat duit, alhamdulillah. Tidak berjaya, kita cuba lagi. Yang paling penting adalah berapa KOMISEN yang kita dapat dari program affiliate Shopee di platform YouTube ini. Dan artikel ini akan berkongsikan nilai dan jumlah sebenar yang saya dapat sepanjang tempoh percubaan dalam 1 bulan ini.

    Berjaya dapat level Tier 3 untuk YouTube Affiliate Program Shopee June 2025
    Berjaya dapat level Tier 3 untuk YouTube Affiliate Program Shopee June 2025

    Shopee Campaign Cash Reward June 2025

    • Upload 50 video = RM500
    • Upload 100 video = RM1500
    • Upload 150 video = RM3000
    • Upload 10 video dengan setiap video 10 minit = RM1000

    Saya sertai kempen Shopee reward dengan upload sebanyak 150 video baru dalam tempoh 1 bulan June 2025. Dan gambar kedua di atas ini menunjukkan saya berjaya dapat rank level pada Tier 3 itu layak mendapatkan reward ganjaran wang tunai sebanyak RM3000. Adakah saya betul betul dapat duit dari kempen Shopee YouTube shopping sebanyak RM3K? Ganjaran wang tunai dari program YouTube affiliate program ini akan ditransfer ke akaun eWallet Shopee dalam 100 hari. Dan dari situ barulah boleh ditransfer ke akaun bank pula.

    Earning pendapatan dari affiliate program video Shorts YouTube Shopee Bulan June 2025
    Earning pendapatan dari affiliate program video Shorts YouTube Shopee Bulan June 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee Dalam  Bulan June 2025

    • Start upload video pada 1 June 2025
    • Kiraan komisen adalah pada 30 June 2025
    • Total YouTube Shorts video yang saya upload adalah sebanyak 150 video
    • Tempoh masa adalah 1 bulan sebagai percubaan
    • TOTAL EARNING COMMISSION : RM219.30

    Adakah nilai RM219.30 adalah terlalu sedikit? Bagi saya ianya adalah acceptable sama sekali. Video jenis menegak pada Shorts baru sahaja hendak popular. Dan proses beli barang di Shopee melalui video di YouTube adalah program yang baru sahaja bermula. Dengan adanya insentif seperti kempen yang saya kongsikan di atas tadi, maka kita akan melihat trend meningkatnya pembuat kandungan video berpusu pusu untuk buat duit di lubuk YouTube. Ini baru permulaan.

    Earning pendapatan dari iklan ads Shorts YouTube Shopee
    Earning pendapatan dari iklan ads Shorts YouTube Shopee

    Pendapatan Iklan Dari YouTube Shorts June 2025

    Sebenarnya saya lebih suka dapat komisen sebanyak RM100 sebulan secara pasif berbanding RM3000 dari bentuk pendapatan aktif.

    Mungkin ramai terlupa, kita boleh buat video di YouTube dan menjana pendapatan dari iklan YouTube itu sendiri. Dengan kekerapan mengupload video di YouTube Shorts, itu bermakna kita juga akan menjana income dari iklan yang terpapar pada video shorts kita. 2 in 1 ya. Komisen affiliate dapat. Earning dari iklan pun dapat. Memang menarik lah. Jumlah ads earning dari video YouTube Shorts saya adalah sebanyak RM9.57 untuk bulan ini. Jadilah..

    Daftar / Register Akaun Shopee

    • [ Shopee ] – sila daftar akaun Shopee Malaysia di sini

    Sepanjang saya buat duit dengan program affiliate Shopee YouTube Shopping ini. Saya terpaksa mengakui bahawa menghasilkan video yang berkualiti dan publish video pada waktu yang sesuai adalah faktor utama bagaimana hendak memastikan video tersebut berjaya menarik minat penonton video untuk membeli produk barangan yang kita iklankan melalui link affiliate yang kita sediakan. Insyallah saya ke arah tersebut untuk bulan yang akan datang. 

    Jadi apa kaitan program affiliate Shopee dan YouTube Shopping dengan blog tentang kereta ini? Mestilah ada kaitan. Setiap kali saya servis tukar minyak hitam kereta, tukar minyak gearbox kereta, tukar tayar kereta atau apa apa yang berkaitan dengan kenderaan selepas ini. Saya pasti akan buat dan rakam video. Dan selepas itu saya akan upload ke YouTube Shorts channel saya dan tag dengan link affiliate Shopee. Sambil buat video, dapat menjana pendapatan. Tidak gitu? Menarik? Jom join sekarang!!!.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    YouTube Shopping affiliate Shopee Malaysia

    Buat Duit Online Dengan YouTube Shopping Shopee

    05/06/2025
    Halaman pembelian dan borang isi maklumat pembelian guna sistem OnPay

    Cara Buat Bisnes Online Jual Produk Kereta Dengan Onpay

    06/05/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.