Saya dihubungi oleh Ali (bukan nama sebenar) yang berminat untuk menggunakan servis perkhidmatan runner puspakom tukar nama kami. Beliau adalah dari Selangor dan kebetulan runner kami juga beroperasi di KL dan juga Selangor. Setelah beliau beritahu nama dan lokasi, terus saya kongsikan kepada beliau nombor telefon runner tersebut. Dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan baik. Sebenarnya beliau mahu jual kereta apa? Saya sendiri tidak tahu kereta yang mahu beliau jual pada awalnya.
Berkenaan “runner”, saya BUKAN seorang runner yang menjalankan servis buat puspakom atau tukar hak milik di JPJ. Tugas saya adalah buat marketing online bagi pihak runner ini. Anda hubungi saya di Whatsapp melalui blog ini, dan kemudian saya berikan nombor telefon runner tersebut untuk anda deal urusan yang anda mahukan. Selesai. Nanti bayar upah runner pun bayar terus kepada runner tersebut dan bukan kepada saya. Jelas? Faham?

Mudahnya Buat B2 Puspakom Tukar Enjin Kereta Guna Runner
Adakah runner ini cover satu semenanjung Malaysia? Jawapannya adalah YA!!!. Runner ini ada team dalam group Whatsapp untuk setiap negeri di Malaysia. Tidak kisahlah anda dari negeri mana, runner akan pass nombor telefon anda kepada runner di negeri tersebut untuk menguruskan permintaan samada buat puspakom atau tukar nama bagi pihak anda. Selesai.
Dan saya dihubungi oleh runner di Selangor ini bahawa tugasan buat puspakom dan tukar nama JPJ untuk Ali adalah selesai. Dan untuk proses pengesahan, saya hubungi semula Ali dan bertanya adakah urusan beliau bersama runner ini benar benar selesai. Jawapannya adalah ya. Alhamdulillah. Di sini barulah saya sempat bertanya tentang kereta yang beliau mahu jual tersebut. Rupa rupanya beliau mahu jual kereta perodua Kancil milik beliau. Alhamdulillah ada orang berminat beli.

Dan rupa rupanya Ali mahu jual kereta kancil beliau selepas beliau membuat penukaran spesifikasi enjin. Dan meminta runner untuk uruskan proses B2 dan B5 di puspakom. Oleh kerana saya bukan runner, jadi saya pun baru tahu rupanya prosedur di puspakom ada untuk B2. B5 dan juga B7. Dan sudah tentulah runner puspakom & tukar nama tahu akan prosedur ini. Terbaik.
Apa itu B2, B5, B7?
- B2 adalah pemeriksaan tukar engine kereta,
- B5 adalah pemeriksaan tukar hak milik (B5) dan
- B7 adalah pemeriksaan sewa beli. Kereta Sewa beli adalah bermaksud kereta hutang bank
Di atas ini adalah kod kod sijil untuk anda buat pemeriksaan di puspakom. Perkongsian di atas ini adalah berdasarkan kisah sebenar (real case) oleh Ali yang berminat jual kereta kancil terpakai beliau menggunakan servis runner dari kami.
Booking Runner Puspakom Sekarang!!!
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk bantuan mendapatkan runner puspakom atau proses tukar nama kenderaan anda.
Kalau anda mahu jual kereta anda. Dan ada sudah buat pengubahsuaian (modified) seperti spesifikasi enjin. Sila buat pemeriksaan puspakom untuk kategori B2. Anda juga boleh gunakan perkhidmatan runner puspakom kami untuk membantu menguruskan bagi pihak anda. Jika berminat hendak booking runner, sila hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. BYE!!!.