Ketika saya beli rumah Prima, saya memang tidak tahu bahawa rumah yang dibeli itu cuma disediakan hanya 1 lot petak parking kereta sahaja. Ya, memang diberitahu akan dapat 1 lot parking. Tapi kefahaman saya waktu itu adalah, kereta kedua pastilah akan parking di bawah di petak kereta di sekeliling dalam kawasan perumahan. Rupanya telahan saya silap. Kereta kedua dan lebih kena parking di luar kawasan perumahan Pr1ma. Terus jadi masalah selepas itu.
Bertahun berlalu, pihak surau mengambil inisiatif untuk jadikan tanah disebelah surau tempat untuk meletakkan kenderaan. Satu kawasan tanah terbiar yang telah penuh semak samun. Dan bila ditimbus dengan tanah, jadilah kawasan parking untuk meletak kereta kerana telah ada isu kawasan luar Prima telah sesak dengan kenderaan yang meletak kereta di bahu jalan sepanjang kawasan rumah prima. Satu inisiatif yang baik bagi menyelesaikan sementara akan isu parking penuh.

Servis Towing Kenderaan Pulau Pinang + Kedah & Penghantaran Seluruh Semenanjung Malaysia
Disebabkan inilah kali pertama saya parking di situ. Dan ini memberikan pengalaman yang berharga buat saya dan anda sebagai pembaca blog kereta ini. Kawasan tanah yang baru ditimbus dengan tanah baru, ianya masih lagi lembut. Dan kebetulan tanah pula adalah dari jenis tanah merah. Bila hari siang panas, letak kereta disitu memang tidak rasa akan ada masalah apa apa. Sebab tanah terasa keras dan kuat. Masalah berlaku selepas hujan.
Keesokkan harinya saya mahu pergi kerja. Dan kebetulan malam itu hujan lebat. Bila saya mahu keluar pagi, tanah merah telah menjadi lembik, lembut dan menjadi selut. Kereta memang terus stuck tidak boleh keluar. Lebih teruk, setiap kali saya masuk ke dalam kereta untuk tekan minyak untuk paksa kereta keluar dari tanah selut, lantai kereta dan juga tayar terus terbenam ke dalam tanah sedikit demi sedikit. Memang cemas lah ketika itu sebab tidak tahu hendak buat apa.

Hendak minta orang tolong, ramai telah keluar bekerja. Letak batu bawah tayar tidak menyelesaikan masalah. Letak papan bawah tayar pun sama. Akhirnya saya dapat panduan dari rakan untuk bertanya kepada pihak insurans kereta. Mereka ada servis perkhidmatan tunda kereta rosak. Masalahnya kereta saya bukan rosak atau kemalangan. Kereta masih boleh dihidupkan. Cuma tersangkut di dalam lumpur teruk.
Saya renew roadtax insurans guna BJAK. Dan saya memilih “Takaful Ikhlas” sebagai penyedia insurans untuk kereta saya. Saya buat panggilan kepada Takaful Ikhlas dan bertanyakan sendiri berkenaan servis tunda kereta jika ada untuk masalah yang saya hadapi. Di bawah ini adalah ringkasan yang saya dapat iaitu;
Servis Tunda Kereta Takaful Ikhkas
- Kereta wajib di atas jalan raya ATAU
- Kereta wajib berdekatan dengan jalan raya tidak lebih 10 meter
Pihak insurans meminta gambar dan juga video untuk ketahui status samada layak mendapatkan servis towing atau tidak. Dan situasi saya adalah tidak layak kerana dianggap lebih dari 10 meter walaupun bagi saya ianya cuma mungkin 15 meter sahaja dari jalan raya. Ermm, tidak mengapalah kalau itu adalah rule syarat mereka. Cuma 10 meter bagi saya sangat kecillah.
Pihak insurans menawarkan untuk mencari lori tunda bagi pihak saya dan saya sendiri yang perlu keluarkan kos tersebut. Saya bersetuju dengan alasan mahu ketahui jumlah bayaran yang dikenakan. Dan dalam masa yang sama, saya juga mencari sendiri trak atau lori tunda berdekatan tempat saya dan berjaya menemuinya. Jadi di sini adalah perbezaan harga. Trak towing dari insurans mengenakan caj sebanyak RM150 manakala dari carian saya sediri hanya dikenakan caj sebanyak RM100 sahaja. Jadi saya pilih yang murah lah.
Fiq Towing Truck Penang/Kedah
- Local ;
- RM100 : Seluruh Pulau Pinang & Kedah
- Outstation ;
- Seluruh semenanjung Malaysia
- Servis yang ditawarkan ;
- Super carrier sport car
- Super carrier with crane
- RM250 : Super carrier with baby tyre (kenderaan gear lock/steering lock)
- RM80 : Bike towing
- Heavy commercial vehicle towing
- Bassment towing
Fiq adalah pemilik kepada syarikat towing yang bernama Dunia Walet Enterprise Sdn Bhd. Saya terus call dan kebetulan beliau ada lori yang boleh terus ke tempat lokasi saya. Dalam masa 1-2 jam, masalah saya selesai.
Basement lantai kereta saya sudah terbenam dan menyentuh tanah. Jadi pencangkuk dari lori towing tidak boleh disangkutkan di bawah kereta saya. Terpaksa gunakan tali yang diikatkan pada tayar sportrim kereta untuk tarik kereta keluar sedikit dari lumpur. Bila sudah nampak bawah kereta, barulah cangkuk disangkutkan untuk menarik kereta keluar dari selut tersebut. Selesai.

Perkhidmatan Lori Tunda Penang / Kedah
- [ Whatsapp ] – sila klik link ini untuk booking lori towing utara
Servis perkhidmatan yang berkaitan dengan lori oleh syarikat Dunia Walet Enterprise Sdn Bhd ada banyak. Cumanya saya sempat menggunakan servis tunda kereta saya akibat masalah tanah selut lumpur yang menyebabkan kereta saya tersangkut di tempat tersebut. Pengalaman saya bersama mereka adalah baik. Jika kereta anda breakdown rosak atau mahu menghantar kenderaan dari satu tempat ke tempat yang lain, boleh hubungi melalui link Whatsapp di atas ini ya. BYE!!!.