Saya pernah buat duit dengan iklan adsense di Youtube. Saya pernah buat duit dengan affiliate Tiktok. Dan ya, saya pernah share link url affiliate Shopee di Facebook. Semuanya sebab saya hendak buat duit dan jana pendapatan online dari program affiliate. Tapi saya buat suam suam kuku lah. Tapi sejak adanya program affiliate YouTube Shopping, saya terus jadi bersemangat semula. Kenapa? Sebab ianya menggabungkan platform YOUTUBE & SHOPEE sekaligus. Memudahkan kerja saya. Jom teruskan membaca.
Tiktok mula terkenal dengan segment video menegak. Dan kemudian, Tiktok perkenalkan pula dengan fungsi beli belah secara online melalui “beg kuning”. Populariti ini sudah tentu menggugat aliran pengunjung yang menonton video di YouTube. Sebab itulah YouTube memperkenalkan segmen video menegak tinggi dengan sebutan “Shorts”. Tapi YouTube shorts tidak ada beg kuning macam Tiktok. Atas sebab inilah YouTube bekerjasama dengan Shopee. Maka terhasillah program yang bernama affiliate YouTube shopping. Jelas? Faham?

Income Pendapatan Affiliate YouTube Shopee August 2025
Kalau di Tiktok, hendak beli online ada butang beg kuning. Cumanya di YouTube, kalau hendak beli online, ada “beg oren” lah. Kelebihan YouTube pula adalah, selain ada video menegak yang kita sebut sebagai SHORTS, YouTube juga sudah sedia terkenal dengan video melintang yang membolehkan kita menghasilkan video dengan duration lebih lama dan panjang.
[ Komisen Affiliate YouTube Shopee July ] – Pendapatan dari Youtube dalam bulan “campaign Julai” ini adalah;
- Youtube Affiliate : RM86.50 (komisen dari affiliate Shopee di YouTube)
- YouTube Iklan Shorts : RM8.08 (pendapatan dari iklan yang terpapar di video Shorts)
- YouTube Kempen : RM4649.24 (saya berjaya capai target dan layak dapat bonus kempen)
Di atas ini adalah pecahan pendapatan yang saya dapat untuk kempen pada bulan July 2025. Bagaimana dengan pecahan pendapatan untuk kempen YouTube affiliate shopping Shopee pada bulan Ogos 2025 pula? Jom saya kongsikan buktinya di bawah ini!

Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025
- Youtube Affiliate : RM100.23 (komisen dari affiliate Shopee di YouTube)
- YouTube Iklan Shorts : RM3.77 (pendapatan dari iklan yang terpapar di video Shorts)
- YouTube Kempen : RM36663.23 (saya berjaya capai target dan layak dapat bonus kempen)
Kalau bandingkan rekod bonus kempen yang saya dapat antara July dan August, nampak ada penurunan. Tetapi saya tidak kisahlah sebab bulan ogos saya masih dapat income dari bonus kempen yang masih agak banyak. Terima kasih Shopee.
Daftar / Register Akaun Shopee
- [ Shopee ] – sila daftar akaun Shopee Malaysia di sini
Apa kaitan Shopee dan YouTube dengan blog tentang kenderaan atau kereta? Semua content creator atau influencer adalah pengguna kenderaan seperti motosikal dan juga kereta. Dan ramai dari kita suka beli aksesori kenderaan. Kalau tidak pun, pastilah pengguna kenderaan akan buat servis di bengkel baiki kenderaan. Dan semua pengalaman ini boleh dirakam video dan hasilkan pendapatan melalui affiliate program. Saya juga begitu.
Macam baru baru ini kereta Proton Preve saya kena tarik oleh lori tunda dari Penang akibat masalah kereta melekat di parking lumpur selut. Saya merakam video tersebut. Upload di YouTube channel saya dan saya link kan dengan link affiliate Shopee untuk mempromosikan produk tali yang mengikat untuk tarik kereta keluar dari tempat lumpur tersebut. Jika ada yang klik dan beli barang, saya dapatlah komisen. Mudah bukan? Berminat, sila daftar program affiliate Shopee melalui link di atas ini ya. BYE!!!.