Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Perkhidmatan

    Pengalaman Guna Towing Insurans Kereta Di Highway

    adminBy admin17/10/2026No Comments5 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Ok, pertama sekali korang kena faham yang perkongsian ini adalah dari pengalaman peribadi yang sebenar. Jadi ianya “mungkin” kurang tepat bagi kes dan pengalaman orang lain. Harap maklum ya. Pada bulan september 2026 aku ada balik ke kampung dari Penang ke Johor. Dan kisah ini adalah kisah pengalaman aku ketika balik dari Johor ke Penang. Kipas motor radiator fan rosak, terbakar dan terpaksa breakdown tepi highway. Dan ini kisah pengalaman kali pertama aku bagaimana aku guna servis dari trak tunda (towing) dari pihak insurans kereta. Jelas ya.

    Malam dah ketika itu. Sekitar pukul 8 malam di Seremban Negeri Sembilan. Tiba tiba bau hangit ketika memandu. Aku ingat bau dari udara luar. Bila aku tengok suhu temperature kereta masih normal. Tapi tiba tiba dia bar temperature naik dan terus naik. Tidak tunggu lama, aku terus berhenti tepi highway, matikan enjin, hidupkan lampu hazard kiri kanan sebagai petanda kecemasan dan terus buka bonet hood hadapan bahagian enjin. Terus keluar asap. Gila betul. Panik sekejap.

    Hubungi insurans kereta untuk towing jika rosak di tepi jalan highway
    Hubungi insurans kereta untuk towing jika rosak di tepi jalan highway

    Apa Nak Buat Jika Kereta Rosak Di Highway?

    Panik sebab apa? Sebab kereta berasap bahagian kipas radiator, berbau hangit, nampak merah menyala seperti mahu terbakar. Dan dalam masa yang sama tidak tahu hendak telefon siapa!!! Yang bagusnya kebetulan trak peronda polis bantuan ada lalu. Mereka berhenti dan berikan bantuan berupa cadangan. Cadangan apa? Minta saya terus buat call kepada pihak insurans kereta dan minta trak towing untuk tunda kereta ke bengkel repair kenderaan. Kelam kabutlah hendak cari nombor telefon insurans kereta kita. Tengah malam pula tu.

    Nasib saya teringat yang insurans kereta yang saya langgan adalah dari BJAK. Biasanya Bjak akan berkomunikasi dengan kita melalui Whatsapp. Jadi saya taip perkataan “Bjak” di Whatsapp dan menemui slip insurans kereta saya. Saya baca dan menemui nombor telefon yang perlu saya hubungi jika ada kecemasan yang memerlukan towing dalam 24 jam. Saya terus call dan alhamdulilah mereka angkat dan membantu saya. Nampaknya pilihan saya untuk renew insurans roadtax kereta guna BJAK membantu dalam hal ini.

    Insurans kereta bantu dapatkan trak tunda towing untuk highway
    Insurans kereta bantu dapatkan trak tunda towing untuk highway

    Kronologi Bantuan Pihak Insurans

    • Talian Kecemasan Takaful Malaysia : 1800-888-788
    • Mereka akan sambung bantuan melalui Whatsapp
    • Mereka minta maklumat seperti;
      1. Jenis kecemasan masalah yang berlaku
      2. Kena attach lokasi semasa melalui Whatsapp
      3. Berikan nama bengkel yang mahu pihak towing tarik dan hantar
    • Pihak insurans akan mendapatkan pihak towing dan berikan nombor telefon kita kepada mereka untuk mereka hubungi kita.
    • Bantuan trak tunda akan datang dalam 1 jam mengikut kesesakkan laluan semasa selepas ke semua maklumat yang diminta telah diberikan melalui Whatsapp.

    Kenapa tidak hubungi pihak Plus Highway? Kenapa tidak gunakan tran tunda towing highway Plus? Kenapa kena guna trak tunda towing pihak insurans? Jawapannya kedua duanya boleh tapi ada pro dan con lah. Trak towing Plus hanya tarik kereta anda dari lokasi kejadian ke hentian REHAT (R&R) atau susur keluar sahaja!!! Hanya tolong tarik kereta anda ke tepi supaya anda boleh ada akses rehat, tempat makan, toilet dan keselamatan sahaja. 

    Trak tunda towing pihak insurans kereta
    Trak tunda towing pihak insurans kereta

    Sedangkan trak towing insurans menawarkan tarik dan hantar terus ke bengkel kereta untuk membaiki kenderaan anda. Tapi bengkel kereta yang mana anda kena cari sendiri lah di internet. Kalau bengkel boleh baiki malam malam, maka ok lah. Kalau bengkel boleh baiki waktu siang, memang anda kena tunggulah sampai esok pagi. Jelas? Kes saya pula, saya berjaya dapat contact nombor telefon bengkel yang beroperasi 24 jam. Dan mereka memang bisnesnya untuk kes kerosakkan di lebuhraya highway. 

    Setelah kereta ditarik ke bengkel. Bengkel terus buat pemeriksaan. Motor kipas terbakar dan perlu di ganti. Motor kipas sparepart mereka ada. Tetapi bilah kipas itu sendiri sudah cair. Al kisahnya memang saya kena bermalam di rumah saudara atau hotel lah malam tersebut. Sebab bengkel hanya boleh cari barang ketika hari siang. Di singkatkan cerita, kereta selesai dibaiki pada pukul 4 petang. Hahaha. Bergerak balik semula ke Penang pada pukul 4 petang.

    Minta alamat dan lokasi bengkel kereta
    Minta alamat dan lokasi bengkel kereta

    Harga? Mahal sedikitlah. Biasanya kalau tukar radiator fan di bengkel tidak sampai RM500 lah. Tapi pengalaman saya di bengkel yang bisnesnya fokus kepada kenderaan yang bermasalah di highway, saya kena caj dalam RM650. Tapi boleh minta kurang. Kesimpulan, anda kena ada duitlah untuk kes kes kecemasan macam ni. Nak murah, boleh beli di Shopee. Kos tidak sampai RM300. Tapi kena pasang sendiri lah. Hahaha.

    Bantuan Untuk Anda

    • Talian Kecemasan Takaful Malaysia : 1800-888-788
    • [ Renew BJAK ] : Langgan Insurans / Roadtax Kereta BJAK
    • [ Shopee ] : Beli radiator fan Proton Preve di sini

    Saya harap perkongsian pengalaman kecil saya ini sedikit sebanyak membantu anda di dalam keadaan kecemasan kerosakkan kereta seperti yang saya alami. Haaa, ada nasihat dari polis bantuan. Dia tanya saya kalau boleh pakai insurans dari Etika. Sebab Takaful Malaysia hanya cover jarak 50KM sahaja sedangkan ETIKA cover jarak sejauh 200KM. Itu kata beliau lah. Terpulang. Dalam kes saya, kereta ditarik dari lokasi ke bengkel cuma sejauh 15KM. Jadi lebih dari cukup lah. BYE!!!.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Runner Puspakom E-Hailing (Grabcar)

    07/05/2026
    Simkad Prepaid 5G Eastel

    Cara Beli Simkad Eastel

    09/03/2026
    Ejen Eastel Dengan Member ID E-0001783

    Senarai Ejen Dealer Eastel Seluruh Malaysia

    08/03/2026
    Web promosi Eastel ada gambar muka, nama ejen, member ID dan juga nombor telefon

    Web Promosi Eastel

    07/03/2026
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.