Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Fintech

    Withdraw Duit Guna Kad Debit Wise

    adminBy admin23/09/2024No Comments4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Di dalam menu aplikasi Wise ada menunjukkan fungsi “Add” untuk tambah duit, “Convert” untuk tukar matawang, “Send” untuk hantar duit dan “Receive” untuk menerima duit. Tetapi tiada fungsi untuk “transfer” terus ke dalam akaun bank tempatan kita. Saya tidak pasti kenapa. Namun salah satu cara untuk anda mendapatkan duit di tangan dari penghantar anda adalah dengan menggunakan kad debit Wise. Anda masih kurang faham?

    Begini, Wise atau nama panggilan lama adalah TransferWISE. Fungsi Wise adalah sama 100% sebagai platform untuk menukar matawang (currency exchange). Dalam bahasa yang mudah, kalau anda ingin ke luar negara, anda tidak perlu pun untuk ke kedai pengurup wang semata mata untuk menukar matawang Ringgit Malaysia (RM) kepada matawang lain. Lambat dan buang masa. Ke semua urusan tukar matawang ini boleh anda lakukan dengan mudah dan dengan kos fee yang murah menggunakan app Wise. Jelas ya.

    Guna kad debit Wise jenis Visa prepaid
    Guna kad debit Wise jenis Visa prepaid

    Kad Debit Wise Ada Fungsi VISA

    Cumanya aplikasi Wise setakat hari ini (2023) hanya boleh melakukan urusan tukar matawang dan menyimpan matawang sahaja. Tetapi untuk urusan pembayaran (payment) misalnya, anda tidak boleh melakukan urusan transaksi menggunakan wallet dari aplikasi Wise ini. Inilah masalahnya. Dan masalah ini boleh anda selesaikan dengan menggunakan kad Wise. Kad kad debit Wise ini akan di sambungkan terus dengan akaun wallet Wise anda. Jadi anda boleh keluarkan duit wang tunai cash melalui mesin atm di seluruh dunia. Kenapa? Dan bagaimana?

    Sebenarnya kad debit Wise ada fungsi “VISA”. Jadi anda fahamlah kalau mana mana kad debit atau kad kredit atau kad prepaid yang ada fungsi visa ini, anda boleh gunakan kad tersebut untuk keluarkan (withdraw) ke mana mana mesin ATM di seluruh dunia yang ada fungsi “Visa” terpapar padanya. Jadi bila anda ingin gunakan duit untuk membuat bayaran, anda boleh bayar secara tanpa tunai cashless menggunakan kad prepaid debit Wise atau keluarkan duit untuk mendapatkan tunai daripada mesin atm menggunakan kad debit visa Wise ini. Faham? Jelas?

    Suka Travel Luar Negara

    Kalau anda seorang yang suka berjalan ke luar negara dalam apa jua urusan. Sebenarnya adalah lebih mudah kalau anda gunakan kad debit visa Wise. Cas fee kadar tukarang matawang lebih murah menggunakan aplikasi Wise. Tukar dan beli sahaja mana mana matawang negara anda ingin anda lawati secara online. Simpan matawang tersebut ke dalam akaun Wise. Kemudian anda boleh buat apa apa bayaran seperti bayar bil atau membeli belah, gunakan sahaja kad debit Wise sebab ada fungsi visa. Mudah bukan?

    Cara aktif kad prepaid Visa Wise
    Cara aktif kad prepaid Visa Wise

    Install App Wise Untuk Smartphone

    • [ Wise ] – sila klik untuk di sini untuk ke website Wise dan mendaftar (register)

    Terima Duit Dari Luar Negara

    Anda mungkin hendak menerima bayaran dari luar negara ke Malaysia sebagai contoh. Kaedah paling senang samada anda meminta si pengirim duit transfer ke akaun bank anda menggunakan swift code. Tetapi bukan semua orang tahu dan faham caranya. Jadi anda boleh gunakan akaun Paypal sebagai medium transaksi. Mungkin bagi sesetengah orang rasa susah juga. Jadi anda suruh sahaja mereka transfer duit ke Malaysia menggunakan aplikasi Wise. Cuma masing masing kena install dan ada akaun Wise lah. Dan selepas terima duit dalam akaun wise, barulah anda boleh keluarkan duit melalui mesin atm menggunakan kad debit Wise. Cubalah.

    Kad debit Wise sebenarnya hampir sama sahaja dengan Kad Debit BigPay dari Malaysia. Tetapi kad debit visa Wise ada lebih banyak fungsi. Kalau anda tanya saya, buat masa ini kalau anda suka ke luar negara, lebih baik dapatkan kad Wise kerana fungsi penukaran wang (money changer) yang boleh anda lakukan secara online dengan pantas dan cas yang tersangat murah. Jangan risau. Syarikat WISE mendapat lesen di Malaysia untuk menjalankan operasi dan menawarkan servis mereka dengan selamat dan sah. Jom guna kad Wise.

    apply kad debit Wise guna kad debit Wise kad debit visa Wise kad debit Wise mohon kad debit Wise
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Simkad Prepaid 5G Eastel

    Cara Beli Simkad Eastel

    09/03/2026
    Ejen Eastel Dengan Member ID E-0001783

    Senarai Ejen Dealer Eastel Seluruh Malaysia

    08/03/2026
    Web promosi Eastel ada gambar muka, nama ejen, member ID dan juga nombor telefon

    Web Promosi Eastel

    07/03/2026
    Cara langgan pakej plan panggilan call dan kuota data internet bulanan simkad Eastel

    Cara Langgan Pelan Call & Internet Eastel

    07/03/2026
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2026 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.