Saya pertama kali kenal dan pernah menggunakan aplikasi Wise adalah ketika ingin menggunakan platform perdagangan jual beli saham di US melalui app Gotrade. Aplikasi Gotrade memang mewajibkan kami untuk mendeposit duit melalui aplikasi yang bernama Wise ini. Jadi saya sempatlah menggunakan akaun Wise dan memahami akan apa itu Wise. Jadi fahamlah saya yang Wise ini adalah sebuah platform penukaran wang (money changer) dan penghantaran wang (money transfer) untuk peringkat global. Kira macam pengurup wang lah tetapi berlesen dengan kerajaan Malaysia.
Jika anda membuat carian di internet, anda pasti akan menemui perkataan TransferWise. Ya, itu adalah nama lama bagi Wise. Dan Wise adalah nama penjenamaan baru. Harap maklum ya. Sama sahaja. Sebenarnya ini adalah kali pertama saya belajar dan menggunakan sendiri servis perkhidmatan menukar matawang antarabangsa. Dan baru sedar akan kelebihan menukar matawang tempatan kepada matawang luar negara menggunakan app Wise adalah untuk memudahkan urusan, lebih cepat malah lebih murah kos fee yang dikenakan. Mudah cerita, kalau anda ke luar negara, aplikasi Wise ini memang sangat penting untuk anda yang kaki travel.
Tukar Matawang Dan Transfer Duit Dengan Aplikasi Wise
Benda biasa bagi orang yang melancong keluar negara. Kalau kita hendak ke satu satu negara, kita akan ke kedai money changer/exchanger atau bahasa lain adalah kedai pengurup wang betul. Kena buang masa untuk beratur. Dan cas yang dikenakan pula adalah mahal. Lagi tidak best bila terpaksa pegang wang tunai cash yang banyak untuk ke satu satu negara. Konon untuk selamat, anda gunakan sahaja kad debit atau kad kredit visa mastercard. Tetapi kos tidak murah kerana kos penukaran matawang yang berlaku. Cara ini kurang sesuai sebenarnya. Sebab itulah orang ke kedai pengurup wang untuk tukar duit kerana lebih menjimatkan.
Akan tetapi anda boleh lebih jimat duit kalau anda menukar matawang menggunakan aplikasi seperti Wise ini. Kerana fakfor membuang masa untuk ke kedai pengurup wang dan cas mahal tidak berlaku. Malah anda boleh menukar matawang dari RM misalnya ke matawang Yuan China dengan mudah, selesa dan pantas melalui aplikasi di smartphone anda. Yang terlebih menarik, Wise juga membolehkan anda untuk mendapatkan kad debit Visa yang di link kan terus dengan akaun Wise anda. Jadi memang bertambah tambah mudah lah.
Sekarang anda sudah faham yang app Wise adalah satu aplikasi menukar matawang lain ke matawang lain dengan mudah, cepat dan murah. Anda juga boleh mendapatkan kad fizikal Wise dengan fungsi Visa. Malah aplikasi Wise sendiri mendapat lesen yang sah untuk beroperasi di Malaysia dan rakyat Malaysia boleh gunakan tanpa ragu ragu.
Persoalan seterusnya adalah, matawang dari negara mana yang boleh anda tukar matawang melalui aplikasi Wise ini? Setakat artikel ini ditulis, boleh dikatakan kebanyakkan negara boleh anda tukar matawang atau transfer atau gunakan Wise di sana kecuali beberapa negara ini – [ https://wise.com/help/articles/2978049/which-countries-can-i-use-wise-in ]. Harap maklum ya.
Sebenarnya di Malaysia pun kita ada app seperti ini iaitu aplikasi BigPay yang dihasilkan oleh anak syarikat AirAsia. Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia memang sinonim dengan dunia travel. Jadi memang patut dan sesuailah kalau syarikat ini mencipta aplikasi yang seperti ini. Cumanya buat masa ini ianya masih banyak yang perlu dilakukan untuk bersaing dengan sistem TransferWise ini. Kos menghantar wang ke luar negara dengan BigPay adalah antara yang termurah di Malaysia buat masa ini. Cuma kalau ingin bersaing dengan Wise, rasanya aplikasi Wise masih terkedepan dan paling terbaik.
Install App Wise Untuk Smartphone
- [ Wise ] – sila klik untuk di sini untuk ke website Wise dan mendaftar (register)
Saya ringkaskan sekali lagi. Aplikasi Wise adalah aplikasi mudah alih yang bukan bank untuk anda menukar pelbagai matawang dengan mudah. Anda juga boleh simpan pelbagai matawang di dalam akaun Wise anda. Anda juga boleh hantar (transfer) dan terima (receive) wang antara akaun Wise yang berlainan dengan mudah. Sesuai untuk anda tukar dan transfer wang dari duit tempatan kepada matawang lain. Dan sangat sesuai untuk anda yang pergi ke luar negara kerana ada kad Visa Wise dan akaun Wise yang disambungkan bersama.
Contoh. Anda ingin ke Turki. Matawang Turki (Turkiye) adalah “LIRA”. Anda tidak perlu pun ke money changer untuk menukar dan membeli matawang lira. Yang perlu anda buat adalah membeli atau tukar matawang ringgit Malaysia (RM) kepada LIRA Turkey melalui aplikasi Wise siap siap di Malaysia. Kemudian ketika anda berada di Turki, anda boleh keluarkan wang (withdraw) melalui mesin ATM di Turki menggunakan kad visa Wise. Anda juga boleh shopping di Turki menggunakan kad visa Wise. Jadi mudah atau tidak? Cubalah. BYE!!!.