Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru Monday, May 19
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Subscribe
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Beli Kereta Baru
    Home » Tukar Mata Wang Asing Secara Online
    Fintech

    Tukar Mata Wang Asing Secara Online

    adminBy admin23/09/2024No Comments3 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Telegram Email WhatsApp

    Baru baru ini adik ipar saya datang ke rumah kami di Penang. Kemudian beliau memaklumkan yang kedatangan beliau adalah ingin jalan jalan dan bersiar siar di Krabi Thailand bersama rakan. Dan pada malam hari beliau mengajak isteri saya iaitu kakak beliau untuk pergi tukar mata wang Ringgit Malaysia kepada Baht Thailand di kedai pengurup wang untuk tukar matawang asing (money changer).

    Dari apa yang beliau kongsikan kepada saya adalah, beliau tidak tahu berapa cas fee untuk penukaran mata wang yang telah dikenakan kepada beliau. Cuma beliau memberitahu beliau menukar Ringgit Malaysia sebanyak RM132 untuk mendapatkan sebanyak 1000 Baht Thailand. Jadi adakah kos menukar matawang di money changer berbaloi dan menjimatkan? Jawapannya adalah ya jika anda sendiri tahu berapa kadar tukaran wang semasa ketika itu. Anda tahu?

    Paparan akaun Wise guna desktop komputer
    Paparan akaun Wise guna desktop komputer

    Cara Tukar Mata Wang Asing Guna Smartphone

    Katakan anda dari Malaysia dan ingin ke Thailand. Jadi anda perlu gunakan wang duit Thailand iaitu BAHT untuk membeli, membayar dan berbelanja. Jadi anda kena tahulah berapa kadar tukaran RM1 kepada Baht dapat berapa. Kalau anda tidak tahu, maka mudah untuk anda ditipu. Ini penting supaya anda mendapat nilai Bath yang hampir setara dengan nilai RM.

    Ada satu kisah. Beliau ingin ke Eropah. Jadi beliau tukar dari matawang RM ke Euro. Bila beliau buat semakan secara online di internet, sepatutnya beliau boleh dapat dalam 400 Euro. Tetapi beliau hanya dapat dalam 300 Euro sahaja. Kalau beza sikit tidak mengapa. Beza 100 euro sangat besar ya. 100 euro adalah sebanyak RM480 dalam Ringgit Malaysia. Ini satu jumlah perbezaan yang besar ya. Kompem anda sudah tertipu.

    Cara mudah tukar mata wang online guna smartphone
    Cara mudah tukar mata wang online guna smartphone

    Kisah adik ipar saya pula, beliau tukar mata wang Malaysia sebanyak RM132 dan dapat 1000 Baht. Saya buat semakan melalui aplikasi Wise dan dipaparkan dengan nilai sebanyak 1007 Baht.  Memang beza sikit sangat. Kalau kita tukarkan nilai 7 Baht kepada RM hanya dalam nilai 0.92 sen sahaja. Jadi kedai pengurup wang di tempat tersebut adalah betul, berbaloi dan tidak menipu. Jelas ya.

    Begini, sebernarnya saya merancang untuk berjalan jalan ke luar negara tetapi ingin membeli dan menyimpan apa apa matawang dunia di dalam eWallet sahaja. Dengan kata lain, saya ingin buat penukaran mata wang secara online melalui apps di smartphone. Jadi tidak perlu lagi untuk ke kedai money changer yang mengenakan cas yang sedikit lebih mahal dan mengambil masa pula untuk ke sana.

    Guna kad debit Wise jenis Visa prepaid
    Guna kad debit Wise jenis Visa prepaid

    Install App Wise Untuk Smartphone

    • [ Wise ] – sila klik untuk di sini untuk ke website Wise dan mendaftar (register)

    Dengan app Wise ini, saya boleh buat pertukarang mata wang asing dengan mudah menggunakan smartphone di mana mana sahaja. Malah sudah terbukti cas fee yang dikenakan pula adalah lebih murah dan menjimatkan masa.

    Timbul soalan, bagaimana untuk bayar bil? Macam mana hendak dapat duit (matawang) dari negara yang ingin kita pergi tersebut. Sebenarnya Wise juga ada Kad Visa Wise. Anda topup sahaja duit ke dalam akaun Wise melalui aplikasi Wise tersebut. Kemudian anda boleh keluarkan (withdraw) duit melalui mana mana mesin ATM yang ada logo VISA menggunakan kad debit Wise. Jadi ianya bukanlah satu isu pun.

    Saya sebenarnya perasan yang ramai warga asing beratur di kaunter money changer untuk tukar matawang mereka ke RInggit Malaysia atau tukar mata wang dari Ringgit Malaysia ke matawang negara mereka. Sebenarnya semua ini boleh dilakukan dengan mudah menggunakan app Wise sahaja. Tidak kisahlah samada anda ingin datang ke Malaysia atau ke luar negara, jom gunakan Wise untuk memudahkan urusan anda. BYE!!!.

    penukaran mata wang pertukaran mata wang asing pertukaran wang asing tukaran mata wang tukaran matawang asing
    Share. WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Daftar Dan Beli Emas Public Gold

    06/04/2025

    Cara Order Tukar Bateri Kereta Guna Runner

    25/03/2025

    Bayar Zakat Fitrah Guna TnG eWallet

    23/03/2025

    Bank Yang Senang Mudah Lulus Loan Kereta

    19/03/2025

    Cara Kira Loan Kereta Maybank

    18/03/2025

    Cara Check Rekod Sejarah Kereta Terpakai

    17/03/2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini

    SCAM Beli Kereta Toyota Estima Recond

    18/05/2025

    Jangan Beli Toyota Corolla Cross Total Loss

    14/05/2025

    Jangan Beli Toyota Vellfire Total Loss

    13/05/2025

    Cara Selamat Beli Mercedes Benz GLC 250 Terpakai

    11/05/2025
    © 2025 BeliKeretaBaru. Designed by BeliKeretaBaru.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Ad Blocker Enabled!
    Ad Blocker Enabled!
    Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please support us by disabling your Ad Blocker.