Sudah lama sebenarnya terfikir hendak buka dan ada akaun simpanan untuk anak saya yang kini berumur 4 tahun. Setiap kali dapat hadiah berupa pemberian duit dari saudara mara ketika datang mengunjung ke rumah mereka, kami simpan di dalam sampul dan biarkan di laci di dalam rumah sahaja. Kalau hendak serius menyimpan dan menabung duit untuk anak sehingga anak dewasa, seharusnya kami sebagai ibu bapa kena juga buka apa apa akaun simpanan bank atau melabur di mana mana. Akhirnya kami memilih akaun simpanan Maybank Yippie. Kenapa?
Percaya atau tidak, bila kita pertama kali hendak buat sesuatu, kita jangan terus letakkan had yang agak tinggi. Konon hendak menyimpan duit dalam jumlah yang banyak. Konon hendak simpan dalam akaun bank yang tidak mudah untuk keluar duit. Akhirnya kita menyusahkan diri sendiri ketika kita memerlukan. Jadi saya memilih untuk membuka akaun simpanan bank Maybank Yippie kerana isu ini. Mudah dan senang. Lagipun siapa yang tidak kenal dengan Maybank betul?
Cara Buka Akaun Maybank Yippie
Akaun Maybank Yippie adalah sebuah akaun simpanan yang khusus untuk anak anda yang berumur SEJAK LAHIR sehingga berumur 18 TAHUN SAHAJA!!!. Jadi katakan anda ada anak yang berumur 3 tahun dan mencari cari akaun bank yang sesuai dan boleh dibuka untuk anak kecil anda, maka akaun Yippie dari Maybank ini adalah salah satu pilihan yang boleh anda cuba. Saya secara peribadi tidaklah mencari mana mana akaun simpanan atau akaun pelaburan untuk kanak kanak untuk mencari keuntungan semata mata. Cukup ianya mudah dibuka, mudah dikendali, dikenali dan mudah pula untuk keluarkan wang.
Kelebihan Buka Akaun Yippie Maybank
- Simpanan sejak lahir sehingga remaja berumur 18 tahun
- Mendapat pulangan wang tunai jika cemerlang dalam pelajaran
- Mendapat perlindungan kemalangan diri dan anak sehingga RM70K
Syarat kelayakkan untuk membuka akaun Maybank Yippie adalah anak anda mestilah berumur bawah 18 tahun dan anda sebagai penjaga (ibu/bapa) pula mestilah berumur bawah dari 60 tahun.
Dokumen Untuk Buka Akaun Maybank Yippie
- Sijil kelahiran dan MyKid
- Kad pengenalan ibu/bapa/penjaga
- Minima wang tunai untuk deposit ke akaun Yippie sebanyak RM100
Ketika proses pendaftaran anda boleh memilih untuk buat kad debit Maybank ataupun tidak. Terpulang. Semasa saya buka akaun Yippie-i Maybank, pihak bank mengatakan saya perlu deposit untuk buka akaun sebanyak RM250. Saya deposit terus ke akaun simpanan Yippie anak saya sebanyak RM300.
Cara Buka Daftar Akaun Maybank Yippie
- Cawangan Maybank – hadir ke mana mana cawangan Maybank, bawa dokumen yang diperlukan, isi borang dan selesai.
- [ Maybank2U ] – anda juga boleh membuka akaun Yippie secara online melalui link yang telah saya kongsikan ini.
- Lengkapkan borang dan klik submit. DONE.
Kalau anda tanya secara peribadi, saya lebih berminat hendak buka akaun Yippie ini di cawangan Maybank. Ini kerana jika ada masalah atau persoalan boleh terus bertanya kepada mereka. Jika telah selesai pula, kita akan berasa lebih yakin. Banyak maklumat yang perlu pihak bank isikan untuk anda ketika di bank. Saya pasti kalau anda buat sendiri secara online, mungkin akan terasa leceh. Ini pendapat peribadi sayalah.
Biasanya para ibu bapa memilih akaun simpanan untuk kanak kanak atau remaja seperti akaun SSPN-i, Tabung Haji, ASB Remaja/Didik, akaun bank Junior dan sebagainya. Untuk bank Maybank, tabung simpan khas untuk kanak kanak adalah Yippie. Nama akaun pun sudah menggambarkan akaun ini memang khas untuk kanak kanak. Oleh kerana saya pengguna akaun saving simpanan dari Maybank, maka saya lebih selesa untuk mendaftarkan akaun bank untuk anak saya dari Maybank juga iaitu Yippie.
Pihak bank boleh sambungkan terus akaun simpanan Yippie anak kita dengan akaun simpanan Maybank2u kita jika ada. Jadi kita boleh lihat terus status semasa jumlah simpanan yang telah terkumpul di dalam akaun Yippie-i anak kita melalui akaun simpanan online banking Maybank2u kita dengan mudah. Malah kita boleh transfer keluar duit kita ke akaun lain dengan mudah jika kita perlu dan ingin gunakan wang tersebut. Mudah bukan?
Satu nasihat saya kepada anda yang beragama Islam iaitu seorang muslim. Sila pilih untuk mendaftar dan membuka akaun Maybank Yippie jenis patuh syariah iaitu “Yippie-i” iaitu i merujuk kepada Islamik. Kalau boleh biarlah akaun simpanan dan apa apa dividen yang disumbangkan ke dalam akaun tersebut dari pihak Maybank adalah dari sumber yang halal juga. Jangan ambil ringan perkara ini ya. Tidak kisahlah samada pulangan dividen akaun simpanan Yippie-i lebih kecil berbanding Yippie konvensional. Asalkan ianya halal dan berkat.
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.
Dan kenapa blog atau website tentang kereta cerita pasal buku Maybank Yippie pula. Haha. Sekarang zaman kos sara hidup. Nak beli rumah pun dah mahal. Akan datang lagi mahal. Sekarang hendak beli kereta pun dah mahal. Akan datang akan lagi mahal. Zaman anak kita akan sampai satu zaman di mana semuanya adalah mahal dari semua segi akibat kenaikkan kos sara hidup dan perang ekonomi dunia yang semakin mencabar. Ini adalah salah satu inisiatif kita untuk memupuk minat menabung anak kita dari kecil. Mana tahu apabila sudah besar, duit simpanan seperti ini boleh membantu banyak urusan di masa hadapan nanti. Setuju? Sedikit selingan iklan. Kalau hendak beli kereta nanti, hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. BYE!!!.