Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Beli Kereta Baru
    • Contact Me
    • Iklan Kereta Di Blog Website
    • Renew Roadtax / Insurans Kereta Guna BJAK
    • Beli Kereta Recond Jepun
    • Panduan SCRUT
    Facebook YouTube WhatsApp
    Beli Kereta Baru
    Home » Anak Pertama Kali Ke Klinik Swasta Guna We Kongsi
    Takaful/Insurans

    Anak Pertama Kali Ke Klinik Swasta Guna We Kongsi

    adminBy admin09/07/2025No Comments4 Mins Read
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email Telegram WhatsApp

    Beberapa hari lepas badan anak naik bintik bintik. Saya biarkan sahaja sebab rumah di kawasan kami ada banyak serangga cali, charli, charlie atau disebut sebagai rove beetle” yang akan menyebabkan kulit yang terkena akan sedikit melecur. Tapi kami juga bimbang kalau bintik bintik di sebabkan oleh masalah penyakit HFMD yang mula popular dikalangan kanak kanak di Malaysia. Atas sebab itu sekolah tidak benarkan anak untuk ke sekolah melainkan selepas dibuat pemeriksaan oleh doktor.

    Dan kemudian isteri menelefon saya bertanya jika beliau boleh menggunakan coverage klinik panel tempat kerja saya. Saya jawab boleh kerana saya memang ada melanggan insurans tempat kerja untuk anak dan isteri. Tetapi limit medical untuk kes pesakit luar (outpatient) tempat kerja saya cuma setinggi RM80 sahaja setiap kali penggunaan. Kalau bil rawatan kena caj sampai RM150, baki RM70 memang kena tambah guna duit sendiri lah. Jadi kurang berbaloi lah.

    Guna WeKongsi Di Klinik Swasta Sangat Mudah & Murah

    Untuk pengetahuan anda, saya juga ada melanggan pelan perlindungan perubatan We Kongsi untuk anak saya. Saya tidak mahu bercerita panjang lebar. Saya jemput anda klik link di atas ini dan baca dulu untuk lebih faham. Dan kenapa saya langgan dan ambil pakej WeKongsi untuk anak dan isteri saya untuk perlindungan bil perubatan hospital? Ini adalah kerana pihak We Kongsi telah kemaskini kelebihan (benefit) kepada pengguna pelan medical mereka untuk boleh digunakan di klinik swasta sebagai pesakit luar (out-patient) juga. Menarik? Memang menarik!!!.

    Malah terlebih menarik, berapa pun jumlah caj yang dikenakan oleh klinik panel We Kongsi, ahli We Kongsi hanya perlu bayar RM10 sahaja. Betul ker? 

    Bayaran caj outpatient klinik swasta guna We Kongsi TPA eMAS cuma RM10 sahaja
    Bayaran caj outpatient klinik swasta guna We Kongsi TPA eMAS cuma RM10 sahaja

    Kronologi Sakit Anak Di Klinik Guna We Kongsi

    • Badan anak naik bintik merah
    • Kami suspect anak kena serangga cali atau virus HFMD
    • Sekolah tidak benarkan anak ke sekolah sampai dapat surat pengesahan doktor
    • Saya cadangkan isteri untuk gunakan pelan We Kongsi kerana menggunakan TPA dari eMas
    • Kami bawa anak ke Klinik Keluarga yang ada cover TPA dari eMas
    • Anak berjaya didaftarkan di klinik Keluarga guna perlindungan TPA dari eMas
    • Bintik merah pada badan anak didiagnos sebagai kena cecair melepuh disebabkan serangga cali sahaja dan bukan disebabkan HFMD atau penyakit menular
    • Anak boleh ke sekolah semula

    Alhamdulillah, penyakit bintik bintik pada badan anak diistihar sebagai “Charlie Skin Infection” yang tidak menular. Sejak 2 hari lepas saya memang kurang bimbang ketika pertama kali nampak kesan pada kulit badan anak saya kerana tidak menunjukkan simpton simpton seperti bintik pada mulut, tapak tangan atau kaki. Malah anak tidak demam atau selsema.

    Berapa kos caj yang dikenakan oleh klinik swasta oleh Klinik Keluarga? Sudah tentu caj yang dikenakan adalah RM10 SAHAJA. Bukti sila lihat gambar pertama di atas ini. Memang terbaiklah We Kongsi ini. 

    Dan selepas itu, pihak eMas menghantar email notifikasi yang menunjukkan kos rawatan sebenar adalah RM53. Ok lah kan. Kos rawatan sebenar RM53, tetapi sebagai ahli We Kongsi, saya cuma perlu bayar RM10 sahaja. Memang murah dan jimat lah. Sebenarnya kepada anda yang ada kad medikal dan mahu mendapatkan kelebihan outpatient murah RM10 seperti ini, saya memang mencadangkan anda untuk melanggan WeKongsi.

    Bayaran caj outpatient klinik swasta guna We Kongsi TPA eMAS cuma RM10 sahaja
    Bayaran caj outpatient klinik swasta guna We Kongsi TPA eMAS cuma RM10 sahaja

    Saya ada perlindungan insurans kesihatan dari tempat kerja. Namun saya memilih untuk mendapatkan perlindungan caj bayaran sebagai pesakit luar (out-patient) menggunakan We Kongsi. Kenapa? Kebanyakkan dari anda bukan ada medical card pun. Malah ramai juga dari anda yang tidak ada coverage medical dari tempat kerja. Dengan menjadi sebahagian dari We Kongsi, anda dapat benefit bayar kos perubatan di klinik swasta dan dalam masa yang sama sudah tentu ada coverage perlindungan kos di hospital swasta. 2 dalam 1 ya.

    Daftar/Register We Kongsi

    • [ LandingPageWeKongsi ] – sila klik link ini untuk baca maklumat lebih lanjut
    • [ RegisterWeKongsi ] – sila klik link ini jika anda mahu terus daftar
    • [ WhatsappWeKongsi ] – ini adalah group Whatsapp kendalian saya. Sila masuk ke group ini untuk bantuan pendaftaran dan pertanyaan.

    Tuan tuan dan puan puan. Kalau anda tidak ada apa apa pelan perlindungan rawatan hospital seperti medical card dan ada tidak ada perlindungan insurans dari tempat kerja, jom bersama saya di We Kongsi. Anda ada keluarga? Ada isteri dan anak? Kalau anda rasakan caj mendapatkan rawatan di klinik swasta adalah mahal, jom dapatkan dan langgan WeKongsi untuk mendapat manfaat out-patient bayar RM10 untuk klinik swasta melalui link daftar / register di atas ini. BYE!!!.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email WhatsApp
    admin
    • Website

    Saya adalah seorang ejen yang menjual kereta baru seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford, Tesla, BYD, Chery dan lain lain. Anda boleh beli kereta secara online. Dan anda juga boleh melakukan urusan submit loan kereta secara online melalui Whatsapp sahaja. Berminat? Sila Whatsapp saya di 017-4836797. BYE!!!

    Related Posts

    Langgan pakej perubatan WE KONGSI untuk anak dan isteri

    Daftar Pelan Perubatan We Kongsi Untuk Anak Dan Isteri

    01/09/2025
    We Kongsi melalui TPA EMAS menawarkan kelebihan outpatient di klinik swasta panel dengan RM10 sahaja

    Pergi Klinik Swasta Cuma Bayar RM10 SAHAJA

    05/05/2025
    Langgan pelan perlindungan perubatan yang murah untuk anak isteri di We Kongsi

    Adik Berminat Langgan We Kongsi

    14/03/2025
    Medikal kad pelan perlindungan perubatan We Kongsi dalam bentuk digital

    Pelan Perlindungan Perubatan Mampu Milik Bawah RM100 SEBULAN

    04/01/2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Berminat beli kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi, Mazda, Ford dan lain lain? Jom submit loan kereta secara online melalui Whatsapp di sini.

    Beli Kereta? Contact Me Now!!!
    • WhatsApp
    • Facebook
    Post Kereta Baru Terkini
    Income dari kempen YouTube affiliate Shopee Shopping untuk bulan ogos 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee August 2025

    01/10/2025
    Kereta saya sangkut kena tarik keluar guna lori tunda towing

    Guna Khidmat Towing Tunda Tarik Kereta Penang

    30/09/2025

    Invoice Untuk Direct Jual Beli Kereta Terpakai

    09/09/2025
    Bonus Reward Untuk Program Affiliate YouTube Shopping July 2025

    Komisen Affiliate YouTube Shopee July 2025

    01/09/2025
    Facebook YouTube WhatsApp
    © 2025 Hubungi Saya Melalui Whatsapp Di Sini Contact Me.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.